Paparan

Search This Blog

Friday, April 17, 2009

Asas Gelagat Berkumpulan

Pemahaman bagi kumpulan-kumpulan formal dan tidak formal adalah kritikal bagi menerangkan gelagat organisasi. Sesebuah kumpulan didefinisikan sebagai dua atau lebih individu, berinteraksi dan saling bergantungan yang telah bergabung untuk mencapai suatu objektif dan matlamat. Kumpulan formal adalah berdasarkan struktur organisasi dengan pembahagian kerja melalui tugas. oleh itu, gelagat seseorang seharusnya ditetapkan dan diarahkan untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi. Sementara itu, kumpulan tidak formal adalah perhubungan yang tidak distrukturkan secara formal sebaliknya terbentuk secara semulajadi dalam persekitaran kerja yang wujud akibat daripada hubungan sosial.
Kumpulan dalam organisasi terbahagi kepada pentadbir, tugasan, minat dan persahabatan. Kumpulan pentadbir san tugasan adalah kumpulan formal, manakala minat dan persahabatan adalah tidak formal. Sebenarnya tiada sebab yang khusus mengapa seseorang itu menyertai kumpulan. Namun, secara asasnya sseorang itu menyertai kumpulan adalah untuk mendapatkan perasaan selamat, untuk mendapat status, kerana harga diri, disebabkan hubungan, kuasa dan untuk pencapaian matlamat tertentu.
Model yang menerangkan gelagat kumpulan adalah model lima peringkat dan model keseimbangan berselang-seli. Model lima peringkat ini adalah tahap dan peringkat pembentukan kumpulan dalam organisasi. peringkat pertama adalah pembentukan, diikuti dengan bantahan apabila ujudnya konflik, seterusnya norma kumpulan yang lengkap apabila struktur terbentuk dan mempunyai satu st jangkaan yang sama. Peringkat seterusnya adalah pelaksanaan , di mana struktur kumpulan berfungsi dan diterima sepenuhnya. Ahli kumpulan akan bergerak dan mengenali antara satu sama lain bagi melaksanakan tugasan untuk mencapai matlamat. Peringkat akhir apabila sesuatu tugasan dilaksanakan sepenuhnya. Ahli-ahli akan mengemukakan maklum balas yang akan memberikan pelbagai reaksi baik dan buruk. peringkat ini dinamakan penangguhan terutamanya bagi komuniti sementara (adhoc).
Model gelagat kumpulan memperjelaskan mengapa sesuau kumpulan lebih berjaya berbanding dgn yang lain. Mengikut model ini, kumpulan adalah merupakan sebahagian daripada organisasi besar, oleh itu setiap kumpulan kerja dipengaruhi oleh keadaan luaran. Keadaan luaran tersebut strategi organisasi, struktur kuasa, peraturan formal, sumber organisasi, proses pemilihan sumber manusia, penilaian pelaksanaan dan sistem ganjaran, budaya organisasi dan keadaan tempat kerja.
Pembolehubah struktur kumpulan adalah terdiri daripada kepimpinan formal, peranan, standard, status kumpulan, saiz kumpulan, komposisi kumpulan dan darjah pertalian kumpulan.

6 comments:

  1. Saya rasa soalan yang berkaitan dengan artikel ini keluar dalam exam

    ReplyDelete
  2. Jubah Hitam tak leh rase2...biar confirm baru boleh kata..
    anyway...satu artikel yang berguna..tq kepada collage cottage...

    ReplyDelete
  3. kena tambah dgn pembentukan kumpulan iaitu : pembentukan, bantahan, norma, pelaksanaan dan penagguhan untuk memastikan PSM tahu mengapa kumpulan masih mempunyai kelemahan, bila tiba peringkat norma barulah ahli mempunyai gelagat yang sama iaitu menuju satu matlamat . TQ

    ReplyDelete
  4. bleh tlong berikan cth bg kelima-lima peringkat kumpulan tersebut x??

    ReplyDelete
  5. adakah asas gelagatr kumpulan sama ngan group behaviour model?

    ReplyDelete
  6. SAMA JE, BAHASA JE LAIN

    ReplyDelete

Kongsi minda anda