Paparan

Search This Blog

Tuesday, April 7, 2009

Penambahbaikan sekolah berkesan

Seperti hari-hari bekerja yang lalu, kesibukan menghambat diri dan anak-anak bergerak dengan pantas. Dari IPK jam 5.30 petang dan tiba di Transit anak-anak di Taman Seroja, salak tinggi jam 6.15 petang. Sementara menunggu nani yang tingkatan 2 pulang dari sekolah biasanya saya akan ke kedai yang terdekat mencari roti bagi breakfast pagi besok. Kebiasaannya anak-anak harus bersarapan dan membawa bekal ke sekolah, walau pun hanya roti telur atau sandwich scramble egg. Zammil anak yang kecil kata jimat sikit duit belanja... bagus la zaman kegawatan ini jika anak-anak sudah tahu nilai wang diharapkan bila dewasa mereka akan lebih menghargai dan sentiasa 'beringat' di waktu susah atau orang jerman kata 'jago kigho'. Kemudiannya ambil nani di transit... Ain anak yang sulung belum pulang .. rupanya berjalan bersama rakannya sebab nak tumpang kereta yang ambik nani dah penuh... Ok la tu jika ain dah tahu bagaimana nilai persahabatan... masa susah dan senang turut di kongsi bersama...

Tengokkan ain dan nani sekarang makin gelap... setiap petang berkawat di padang untuk pertandingan kawat kaki Daerah di Litar Sepang minggu hadapan. Katanya ada banyak formasi dan bunga untuk dilatih.....semoga usaha pasukan mereka akan berjaya menandingi platun lain. ... tapi susah hati dengan muaz yang tidak berminat untuk menyertai kokurikulum...bagaimana tu? sepatutnya anak lelaki yang lebih tangkas dan berhati waja tapi ini sebaliknya...

Malam hantar zammil ke pusat tiusyen dan muaz tiusyen di sekolah yang bermula jam 8.00. Kelas tiusyen malam di sekolah sudah bermula selama dua minggu untuk kelas peperiksaan... Muaz memaklumkan aktiviti kelas waktu ini adalah recall bagi topik tingkatan 1 dan 2.. Tiba di sekolah berkesempatan berjumpa dengan Penolong Kanan Pn Nik yang datang untuk memantau perjalanan kelas dan YDP PIBG En. Helmi yang menghantar anaknya ke kelas. Seperti biasa kami bertanya khabar dan bersembang tentang program sekolah. Berdasarkan jumlah pelajar yang memenuhi kelas, menunjukkan sokongan pelajar dan ibu bapa amat menggalakkan.

Perbincangan di kelas sarjana berkaitan dengan keberkesanan dan penambahbaikan sekolah seharusnya mementingkan penguasaan pembelajaran murid. Pelaksanaan program penambahbaikan sekolah selalunya menekankan kepada pencapaian murid untuk mendapat A di dalam peperiksaan awam. Namun usaha murni sekolah dan guru-guru setiap petang dan malam diharapkan adalah untuk meningkatkan penguasaan serta menambah baik pembelajaran murid-murid dan bukannya melatih murid untuk menjawab peperiksaan. Melihat kesungguhan guru-guru di kelas menerbitkan rasa rindu untuk mengajar dan berada di kelas bersama murid-murid agar dapat turut sama menyumbang kepada kejayaan pelajar. Usaha menambahbaik moving school harus juga berterusan untuk melestarikan pendidikan negara.

1 comment:

  1. seorang ibu yang mendidik anak-anak sehingga mereka menjadi insan adalah sangat mulia

    ReplyDelete

Kongsi minda anda