Paparan

Search This Blog

Saturday, April 11, 2009

Dalam Lipatan Memori


Dalam mengharungi hari-hari terakhir sebagai pelajar IPK, pelbagai perasaan berbaur. Gembira...sedih...duka...dan pastinya rindu akan suasana keriuhan, gelak ketawa, dan ada juga ketikanya bermasam muka. Namun kesemua dugaan dan ujian sebagai ibu, ayah, suami dan isteri yang gigih menuntut ilmu dapat diharungi dengan jayanya. Alhamdulillah...Syabas dan tahniah kepada diri kita sendiri...
Tempoh pembelajaran bagi tahun kedua hampir ke penghujungnya. Minggu-minggu mendatang adalah bagi menghadapai peperiksaan akhir dan juga menyiapkan kajian di sekolah yang di pilih. Mohon ke hadrat illahi agar kita semua akan mendapat kejayaan yang cemerlang serta menyiapkan kajian dengan jayanya.
Apa yang diharapkan agar kita semua dapat mengibarkan bendera diri masing-masing yang membawa seribu makna dan manfaat kepada dunia pendidikan. Ilmu penuh di dada seharusnya dikongsikan dengan rakan-rakan di sekolah dan juga pengamal yang lain. Tawarlah diri sebagai penceramah untuk sekolah sendiri dan kemudian di kembangkan kepada sekolah di Daerah lain.
Sekembali kita ke Negeri masing-masing ambillah ruang, peluang dan kesempatan untuk berjumpa dengan boss di JPN atau Daerah bagi menawarkan diri untuk berkhidmat. Gunakan wisdom yang ada untuk tidak menunjukkan kegelojohan diri yang akan menimbulkan tempelak dan muak orang lain kepada kita.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang menegur saya selama ini. Saya gembira ada yang sudi menyedarkan diri dari terus melakukan amalan yang mungkin tidak disenangi oleh rakan lain nanti.
Apa yang pasti rakan dan adik-adik semua tetap dalam ingatan. I will miss u all.

2 comments:

  1. Kenangan hanya rakan sejenis sahaja ke?

    ReplyDelete
  2. Kenangan manis hanya dapat dirasa apabila kita selesai melalui pengalaman tersebut. Oleh itu... bersyukurlah kerana kita diberi peluang untuk merasakannya.

    ReplyDelete

Kongsi minda anda