Paparan

Search This Blog

Monday, April 27, 2009

Kecil tapi Suara dan jiwa Besar

Fizikal yang kecil tidak menghadkan minda dan jiwa yang besar dan mempunyai suara yang lantang apabila membicarakan isu keganasan israel di bumi palestin. Ahmadinejad, Presiden Iran yang sering dilihat keras mengutuk israel dan sekutunya termasuklah Amerika, Eropah, Australia dan 40 diplomat yang lain di dalam persidangan PBB yang membincangkan isu perkauman awal minggu ini. Selama 48 tahun rakyat palestin menderita akibat keganasan isreal yang berselindung di sebalik isu Holocaust sebagai alasan untuk menindas rakyat palestin di buminya sendiri. Tuduhan Ahmedinejad bahawa Amerika dan Eropah bersekongkol dengan Isreal menyiksa dengan menggunakan keganasan terhadap rakyat palestin semenjak perang dunia ke dua lagi, telah membangkitkan kemarahan ramai diplomat dan menganggap kecaman yang tidaj sepatutnya dikeluarkan di dalam persidangan tersebut. Sikap prejudis barat terhadap islam jelas dipamerkan apabila sentiasa mengecam dan menghina islam dan menganggap islam sebagai pengganas. Padahal sebaliknya, tindakan yahudi diagung-agungkan kerana memperjuangkan hak mereka. Siapa sebenarnya yang berhak... yahudi atau palestin? Siapa sebenarnya perampas hak israel atau palestin?... Dunia sebenarnya kurang mempunyai pemimpin islam yang berkarisma, berjiwa besar dan berani bersuara menegakkan pendirian. Jiwa Ayatollah Khomenei pejuang islam moden yang diagung-agungkan nampaknya mula dipamerkan oleh pemimpin iran ini. Tun Mahathir juga pernah bersuara lantang mengecam keganasan barat dan berpendirian tegas dalam apa jua isu antarabangsa termasuk isu-isu kewangan.
Kebangkitan suara islam amat dinantikan oleh palestin... bagi yang tidak dapat bersuara...sekuranr-kurangnya teruskan memboikot keluaran negara sekutu isreal...

2 comments:

  1. "Biarlah mereka tahu kita dilahirkan untuk menjadi penunggang kuda perang dan memegang panah, jika mereka mahu merampas pedang kita, biarlah mereka membayar dengan harga yang mahal. Bagi aku, lebih baik aku berkubur di bawah timbunan kota granada kerana mempertahankannya daripada aku mendapat istana yang indah hasil tunduk kepada penjajah...Rosli MOkhtar... Kerajaan Islam Spanyol;Serupakah nasib kita

    ReplyDelete
  2. Membaca tercetusnya revolusi Islam Iran begitu meremangkan bulu-bulu roma. Takbir!

    ReplyDelete

Kongsi minda anda