Paparan

Search This Blog

Friday, April 3, 2009

KONSULTASI KERTAS PROJEK

Hari ni kami berempat saya, Naser, Abang Jan, dan Lau telah berkesempatan mendapat konsultasi kali pertama bersama penyelia. Oleh kerana abang jan bas dah menunggu dia yang kena bentang dulu. Kajian abang jan menggunakan LBDQ yang datin dah masak sangat tentangnya... abang jan pulak baru nak keluar bunga.....harap atas bas abang jan dapat ilham macam mana nak faham apa yang datin cakap.

Kemudian tiba giliran Naser...yang mengkaji di empat buah sekolah..... sama dengan saya yang membuat kajian di tiga buah sekolah.... bila tiba giliran saya... dah tinggal dua buah sekolah saja.
Banyak betul soal jawabnya sehingga saya terpaksa kena ubah kerangka konseptual. sekarang saya hanya mengkaji tentang budaya komuniti profesional di dua buah sekolah dan menggunakan hanya satu instrumen kajian. sebelum ini menggunakan instrumen LPI (2003) untuk melihat amalan kepemimpinan pengetua dan hubungannya dengan PLC yang menggunakan instrumen yang dibangunkan oleh Hord (1997). Kajian saya tidak akan melihat hubungan kepemimpinan pengetua dan PLC, tetapi sekarang untuk menyelidik budaya PLC dalam kalangan guru dan pihak pengurusan di dalam sekolah. kemudian melihat perbezaan yang akan menggunakan ujian bukan parametrik kruskal -wallis dan mann-whitney U (sebelum ini hanya menggunakan spearman rho)
Nampak gayanya saya kena ubahsuai dan tambahbaik mengikut kepada soalan kajian, populasi dan sampel kajian, dan juga sedikit di bahagian metodologi kajian. Harap dapat siapkan sebelum datin bercuti bermula 10 April dan akan melapor diri semula pada 27 April nanti. Dalam masa datin bercuti kerana tamat kontrak kami berempat tak boleh mendapat penyeliaan secara terus... mungkin harap dipertimbangkan jika dapat datin menyelia melalui email....

2 comments:

  1. Biasa la setiap penyelia mempunyai pandangan yang berbeza. Saya percaya anda dapat mengatasi masalah itu.

    ReplyDelete
  2. saya amat simpati dengan lau rakan dari villa putra...lepas jumpa datin dr. rahima..hidupnya dah mula kucar-kacir...ada sesiapa boleh bantu dia...

    ReplyDelete

Kongsi minda anda