Sekolah adalah merupakan sebuah organisasi pendidikan yang mempunyai elemen sumber manusia yang perlu di pimpin, di urus dan dibangunkan oleh peneraju utamanya iaitu pengetua. Selari dengan namanya sebagai ketua dan mengetuai sebuah organisasi yang fitrahnya dianggotai oleh manusia, harus memainkan ketiga-tiga peranan iaitu sebagai pemimpin, pengurus dan pembangun bagi guru, staf dan murid. Kertas ini akan membincangkan peranan pengetua dalam menjalankan ketiga-tiga peranan tersebut.
Sebagai pemimpin sekolah, pengetua menjalankan peranan utamanya sebagai pemimpin instruksional atau pemimpin pembelajaran. Dalam menjalankan peranan fungsional kepemimpinannya, pengetua melaksanakan lima proses iaitu pemantauan secara bijak dan berkala, pencerapan secara berhemah, komunikasi efektif dan interaktif, empowermen secara telus tanpa abdikasi dan proses transformasi.
Sementara itu, pengetua juga menjalankan fungsional sebagai pengurus apabila mengelola, membahagi, menyelaras dan menilai kerja-kerja persekolahan.
Akhirnya pengetua menjalankan funsional membangunkan guru apabila menjalankan pembangunan staf dalam aspek intelektual, kecerdasan pelbagai, emosi dan spritual.
Pengetua yang cemerlang akan menjalankan ketiga-tiga fungsional tadi dengan berkesan.
No comments:
Post a Comment
Kongsi minda anda