Paparan

Search This Blog

Tuesday, April 14, 2009

Leading change in time of uncertainty

Saya ingin berkongsi minda dengan rakan semua mengenai buah fikiran yang ditulis oleh George Kohlrieser dalam akhbar mingguan The Edge. Beliau menyatakan in today's world, the one thing that is constant is change. Ini bererti setiap masa pemimpin harus bersedia untuk menangani perubahan apalagi dalam keadaan ketidaktentuan akibat daripada krisis ekonomi global. Untuk menghadapi semua cabaran ini, pemimpin haruslah menyediakan asas yang selamat dan juga sentiasa resilien. Pemimpin juga dicadangkan untuk memperjelaskan keadaa dan situasi syarikat yang sebenar dan kemungkinan yang akan berlaku. Dalam pada itu, pemimpin harus menggunakan kuasa karismatiknya untuk memberikan ketenangan minda kepada pekerja agar rasa selesa dan selamat untuk terus bekerja dengan produktif. Pemimpin yang menyediakan rasa selamat kepada pekerja akan meraih kepercayaan pekerja dan ini akan meningkatkan motivasi untuk bekerja.

Bersabit dengan komunikasi dan karismatik yang sememangnya harus dan wajib dikuasai oleh sesiapa yang ingin menjadi pemimpin dalam apa jua bidang. Ketidaktentuan dunia juga menyaksikan keadaan politik sesebuah negara yang kucar kacir dan rakyat mula bersuara dan menuntut perubahan. Negara jiran kita, Thailand yang mula bergolak semenjak kebelakangan ini akibat daripada keghairahan monarki untuk mengekalkan kuasanya yang berselindung di sebalik Abishit dan kerakusan jutawan telekom Thaksin yang ingin merampas kembali kuasa politik negara itu. Thaksin telah mengambil peluang berkomunikasi dengan rakyat melalui media elektronik, telefon, sidang video untuk mendesak satu revolusi rakyat bagi merampas kuasa dari Abishit dan satu pilihanraya boleh diadakan. Ironinya dalam keadaan yang jaraknya tidak berapa jauh perusuh antikerajaan bertempur dengan askar dan di tempat yang berhampiran sambutan perayaan Songkran yang merupakan acara perayaan tahunan terbesar di Thailand yang sering dikunjungi oleh pelancong asing. Thaksin yang menggunakan baju merah sebagai simbol penyokongnya satu ketika dulu pernah menjadi tauke pasukan bolasepak yang terkenal 'the red devil'.. kali ini benar-benar menunjukkan devilnya ....

2 comments:

  1. Camna pemimpin mahu menyelesaikan "guru zon selesa" buat keje wajib sahaja( pnp)tugas lain dipersetankan. Rumah dekat sekolah, ada kebun dan sebagainya.Datang sekolah buat "toya" dan punyai kabel besar. Bagaimana?

    ReplyDelete
  2. alangkah susahnya mengubah diri sendiri apatah lagi mengubah orang lain

    ReplyDelete

Kongsi minda anda