Paparan

Search This Blog

Thursday, April 30, 2009

Hari-hari terakhir seorang Mprint di IPK

Tok dad, Pn Zu PLC dan Mama tok yang always sporting menyumbangkan lagu.....
kiri dan kanan tu penari pengiring yang kaku.....


Pengerusi Kohort yang mempamerkan kepemimpinan demokratik dan karismatik

dan Setiausaha yang tegas dan dedikasi....



Sebahagian wajah-wajah riang selepas berhempas pulas menjawab exam final


Staf IPK yang banyak membantu .... terima kasih daun keladi..




Transformasi yang dibawa oleh IPK kepada bakal-bakal Mprint





Dr Tie menerima gambar kenangan Kohort 9 untuk digantungkan di Bilik Mesyuarat




Bakal-bakal pemimpin yang sporting... yes the spring will coming soon..





Kohort 9 juga telah berjaya membawa puing-puing kemesraan kepada semua pensyarah...





Bersama bonda yang dikasihi





Wajah-wajah bakal-bakal Mprint, pensyarah dan staf IPK di jamuan akhir Kohort 9, IPK, UM
Walau pun, tempoh pengajian tinggal hampir dua purnama dirasakan akan begitu cepat berlalu.....
wajah-wajah keriangan jelas kelihatan namun mungkin ada sayu dihati...
Anda semua pasti akan membawa satu transformasi kepemimpinan pendidikan negara.....





















Monday, April 27, 2009

Kecil tapi Suara dan jiwa Besar

Fizikal yang kecil tidak menghadkan minda dan jiwa yang besar dan mempunyai suara yang lantang apabila membicarakan isu keganasan israel di bumi palestin. Ahmadinejad, Presiden Iran yang sering dilihat keras mengutuk israel dan sekutunya termasuklah Amerika, Eropah, Australia dan 40 diplomat yang lain di dalam persidangan PBB yang membincangkan isu perkauman awal minggu ini. Selama 48 tahun rakyat palestin menderita akibat keganasan isreal yang berselindung di sebalik isu Holocaust sebagai alasan untuk menindas rakyat palestin di buminya sendiri. Tuduhan Ahmedinejad bahawa Amerika dan Eropah bersekongkol dengan Isreal menyiksa dengan menggunakan keganasan terhadap rakyat palestin semenjak perang dunia ke dua lagi, telah membangkitkan kemarahan ramai diplomat dan menganggap kecaman yang tidaj sepatutnya dikeluarkan di dalam persidangan tersebut. Sikap prejudis barat terhadap islam jelas dipamerkan apabila sentiasa mengecam dan menghina islam dan menganggap islam sebagai pengganas. Padahal sebaliknya, tindakan yahudi diagung-agungkan kerana memperjuangkan hak mereka. Siapa sebenarnya yang berhak... yahudi atau palestin? Siapa sebenarnya perampas hak israel atau palestin?... Dunia sebenarnya kurang mempunyai pemimpin islam yang berkarisma, berjiwa besar dan berani bersuara menegakkan pendirian. Jiwa Ayatollah Khomenei pejuang islam moden yang diagung-agungkan nampaknya mula dipamerkan oleh pemimpin iran ini. Tun Mahathir juga pernah bersuara lantang mengecam keganasan barat dan berpendirian tegas dalam apa jua isu antarabangsa termasuk isu-isu kewangan.
Kebangkitan suara islam amat dinantikan oleh palestin... bagi yang tidak dapat bersuara...sekuranr-kurangnya teruskan memboikot keluaran negara sekutu isreal...

Friday, April 24, 2009

Ragam manusia

Dalam kehidupan ni ada pelbagai jenis ragam dan tingkah laku manusia. Allah menjadikan kita pelbagai agar memberikan manfaat, pengajaran, dan panduan kepada manusia yang lain. Ada juga manusia yang tidak kesah dengan kesengsaraan orang lain dan tidak peka atau buat-buat tidak tahu. Kita sebagai guru akan sering berhadapan dengan pelajar. Pelbagai jenis dan latar belakang pelajar. Ada yang miskin, golongan hartawan, cerdas atau pun lembam. Mengajarlah dengan mata hati dan selamilah perasaan dan jiwa anak-anak didik kita. lihatlah kedalam mata mereka betapa mereka memerlukan kita untuk membimbing, menunjuk ajar, mendidik agar mendapat ilmu dan menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, agama, masyarakat dan negara. Lihatlah satu persatu ke dalam diri mereka kerana ada yang begitu sengsara untuk memahami apa yang kita ajar dan tidak sampai kepada akal dan fikiran mereka.

Thursday, April 23, 2009

Perolehan

Pengurus sekolah iaitu pengetua diberikan tanggungjawab sepenuhnya terhadap semua perolehan dan perbelanjaan drp KWK.

Penting mematuhi peraturan :

- menentukan sistem perolehan teratur dan sempurna
- memastikan perbelanjaan cekap
- pastikan perolehan mengkur prosedur dan undang-undang
- elak surcaj

Proses perolehan adalah :

perancangan perolehan yang baik dgn ambil kira peruntukan:

1. pastikan peruntukan di buku tunai cukup dan ambil kira tanggungan (hutang)
2. tentukan kuantiti yg hendak di beli - ambil kira keperluan berdasarkan
- stok
- kegunaan purata sebulan
- kekerapan penggunaan
- tarikh barangan dibekalkan
3. pembelian memberi faedah
4. pastikan jk kewangan aktif buat perancangan perolehan
5. mendapt kelulusan ketua PTJ untuk pembelian melebihi had perolehan dan kelulusan JK maklumat pengkomputeran utk perolehan komputer
6. mohon guna nota minta dan kelulusan pengetua melalui ketua panitia dan ketua bidang.
7. patuh pekeliling pembelian harta modal
- LPBT/LPK sekolah - tdk lebih RM10 000 pengetua lulus, lebih ketua PTJ
- PCG - nilai harta modal dibeli tdk lebih RM10 000 setahun/ 30% PCG
- pengetua lulus
- laporan dan resit serah kpd ppd utk tujuan pemantauan
- beli lebih kadar lulus oleh ketua ptj

Kehilangan dan hapus kira

Mengikut AP 323 dan Akta Prosedur Kewangan seksyen 17 dan 18 menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pengurus sekolah untuk mengambil tindakan melaporkan kehilangan bagi tujuan hapuskira atau syor surcaj mengikut peraturan yang telah ditetapkan

Apa yang dimaksudkan dengan kehilangan adalah suatu kerugian wang awam dan barang-barang awam yang dialami oleh sekolah akibat daripada kecurian, kebakaran, penipuan atau kecuaian pegawai, kekurangan kutipan, bayaran terlebih, pembayaran tanpa kuasa, hutang tidak boleh didapatkan balik, hasil yang tidak dapat dipungut dan perbelanjaan yang sia-sia.
Sementara hapuskira pula bermaksud membatalkan atau mengeluarkan daripada rekod kewangan sekolah mengenai wang awam dan barang awam yang disahkan hilang atau tidak dapat dikesan atau tiada dalam simpanan sekolah atau akaun belum terima yang disahkan tidak boleh dipungut.
Jenis kehilangan yang perlu dibuat hapuskira adalah seperti berikut:
  • kehilangan wang awam
  • kehilangan barang awam
  • kehilangan peralatan PPSMI
  • akaun belum terima

Apabila didapati salah satu daripada perkara di atas disahkan hilang maka tindakan yang perlu diambil adalah :

bagi wang dan barang awam

1. tindakan segera lapor polis dalam tempoh 24jam atau tidak lewat 2 hari bekerja dari tarikh hilang.

2. Sediakan 7 salinan lampiran J

3. 6 salinan Lampiran J kepada ketua PTJ bersama laporan polis dan gambar bukti kejadian

4. Dapatkan laporan akhir hasil siasatan daripada polis untuk dikemukakan kepada Lembaga Penyiasat dalam tempoh empat bulan dari tarikh laporan awal - laporan j

kuasa meluluskan hapuskan:

- wang awam adalah perbendaharaan

- barang awam kurang RM50 000 ketua PTJ

Jika barang PPSMI hilang, tindakannya adalah:

1. membuat laporan polis

2. sediakan lampiran j 7 salinan, laporan polis dan gambar bukti kejadian

3. kemukakan lampiran J ke PPD dan dokumen berikut:

  • sijil akuan penerimaan
  • borang aku janji penerimaan
  • LO atau dokumen kontrak
  • salinan daftar kew312 dan kew315
  • surat kebenaran bawa keluar
  • gambar bukti kejadian
  • dokumen lain berkaitan

- 2 salinan ke bhgn kewangan KPM

- satu salinan ke ketua PTJ, Perbendaharaan, Jabatan akauntan negara, jabatan audit negara dan audit sekolah.

Setelah itu, pengurus sekolah perlu menyediakan laporan akhir kehilangan wang awam.

Wednesday, April 22, 2009

Exam fear

Exam fear ni bukan hanya dalam kalangan anak-anak sekolah sahaja, malahan juga dalam kalangan dewasa tambahan pula jika ada high blood presure lagi cepat adrenalin dan jantung berdenyut kencang mengepam darah mengalir ke otak. Ketakutan menduduki exam bukannya berlaku semasa menjawab tetapi selepas menjawab....lagi tragis bila silap jawap.... nasib le..
Tawakkal kepada Allah sahaja la jawabnya...

Tuesday, April 21, 2009

Peranan Pengetua

Sekolah adalah merupakan sebuah organisasi pendidikan yang mempunyai elemen sumber manusia yang perlu di pimpin, di urus dan dibangunkan oleh peneraju utamanya iaitu pengetua. Selari dengan namanya sebagai ketua dan mengetuai sebuah organisasi yang fitrahnya dianggotai oleh manusia, harus memainkan ketiga-tiga peranan iaitu sebagai pemimpin, pengurus dan pembangun bagi guru, staf dan murid. Kertas ini akan membincangkan peranan pengetua dalam menjalankan ketiga-tiga peranan tersebut.
Sebagai pemimpin sekolah, pengetua menjalankan peranan utamanya sebagai pemimpin instruksional atau pemimpin pembelajaran. Dalam menjalankan peranan fungsional kepemimpinannya, pengetua melaksanakan lima proses iaitu pemantauan secara bijak dan berkala, pencerapan secara berhemah, komunikasi efektif dan interaktif, empowermen secara telus tanpa abdikasi dan proses transformasi.
Sementara itu, pengetua juga menjalankan fungsional sebagai pengurus apabila mengelola, membahagi, menyelaras dan menilai kerja-kerja persekolahan.
Akhirnya pengetua menjalankan funsional membangunkan guru apabila menjalankan pembangunan staf dalam aspek intelektual, kecerdasan pelbagai, emosi dan spritual.
Pengetua yang cemerlang akan menjalankan ketiga-tiga fungsional tadi dengan berkesan.

Friday, April 17, 2009

Asas Gelagat Berkumpulan

Pemahaman bagi kumpulan-kumpulan formal dan tidak formal adalah kritikal bagi menerangkan gelagat organisasi. Sesebuah kumpulan didefinisikan sebagai dua atau lebih individu, berinteraksi dan saling bergantungan yang telah bergabung untuk mencapai suatu objektif dan matlamat. Kumpulan formal adalah berdasarkan struktur organisasi dengan pembahagian kerja melalui tugas. oleh itu, gelagat seseorang seharusnya ditetapkan dan diarahkan untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi. Sementara itu, kumpulan tidak formal adalah perhubungan yang tidak distrukturkan secara formal sebaliknya terbentuk secara semulajadi dalam persekitaran kerja yang wujud akibat daripada hubungan sosial.
Kumpulan dalam organisasi terbahagi kepada pentadbir, tugasan, minat dan persahabatan. Kumpulan pentadbir san tugasan adalah kumpulan formal, manakala minat dan persahabatan adalah tidak formal. Sebenarnya tiada sebab yang khusus mengapa seseorang itu menyertai kumpulan. Namun, secara asasnya sseorang itu menyertai kumpulan adalah untuk mendapatkan perasaan selamat, untuk mendapat status, kerana harga diri, disebabkan hubungan, kuasa dan untuk pencapaian matlamat tertentu.
Model yang menerangkan gelagat kumpulan adalah model lima peringkat dan model keseimbangan berselang-seli. Model lima peringkat ini adalah tahap dan peringkat pembentukan kumpulan dalam organisasi. peringkat pertama adalah pembentukan, diikuti dengan bantahan apabila ujudnya konflik, seterusnya norma kumpulan yang lengkap apabila struktur terbentuk dan mempunyai satu st jangkaan yang sama. Peringkat seterusnya adalah pelaksanaan , di mana struktur kumpulan berfungsi dan diterima sepenuhnya. Ahli kumpulan akan bergerak dan mengenali antara satu sama lain bagi melaksanakan tugasan untuk mencapai matlamat. Peringkat akhir apabila sesuatu tugasan dilaksanakan sepenuhnya. Ahli-ahli akan mengemukakan maklum balas yang akan memberikan pelbagai reaksi baik dan buruk. peringkat ini dinamakan penangguhan terutamanya bagi komuniti sementara (adhoc).
Model gelagat kumpulan memperjelaskan mengapa sesuau kumpulan lebih berjaya berbanding dgn yang lain. Mengikut model ini, kumpulan adalah merupakan sebahagian daripada organisasi besar, oleh itu setiap kumpulan kerja dipengaruhi oleh keadaan luaran. Keadaan luaran tersebut strategi organisasi, struktur kuasa, peraturan formal, sumber organisasi, proses pemilihan sumber manusia, penilaian pelaksanaan dan sistem ganjaran, budaya organisasi dan keadaan tempat kerja.
Pembolehubah struktur kumpulan adalah terdiri daripada kepimpinan formal, peranan, standard, status kumpulan, saiz kumpulan, komposisi kumpulan dan darjah pertalian kumpulan.

Thursday, April 16, 2009

Kecuaian guru dan undang-undang tort

Kamus undang-undang Blackstone mendefinisikan undang-undang tort sebagai sebahagian daripada bidang undang-undang yang melindungi seseorang individu daripada kesalaahan sivil, persendirian ataupun kecederaan. Undang-undang tort melibatkan aspe kecuaian. Kamus Random House mentakrifkan kecuaian sebagai kegagalan mengambil tindakan berjaga-jaga untuk melindungi individu lain sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang.

Dalam konteks pendidikan, aspek kecuaian guru berpunca daripada konsep tanggungjawab berjaga-jaga dari segi undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepada guru. Dalam pada itu, kecuaian guru selalunya dikaitkan dengan kemalangan atau kecederaan yang menimpa pelajar dan mengakibatkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pelajar, seperti mata buta, patah tangan dan retak tengkorak kepala atau pun kematian. Apabila mahkamah memutuskan bahawa wujud liabiliti guru dalam sesuatu kejadian, guru terpaksa membayar denda dalam bentuk ganti rugi, khususnya kepada ibu bapa pelajar itu. Oleh kerana pelajar adalah merupakan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 18 tahun yang belum mencapai usia dewasa untuk hadir ke mahkamah, maka tindakan mahkamah akan diwakili untuk dikemukakan oleh ibu bapa atau penjaga yang paling rapat.

Terdapat empat elemen yang perlu dibuktikan oleh plaintif iaitu pelajar sebelum seseorang defendan yang merupakan guru dianggap cuai melaksanakan tugasnya dan boleh disabitkan kesalahan kerana menyebabkan kecederaan fizikal plaintif. Empat elemen tersebut adalah:

1. Kewajipan berjaga-jaga
2. Kewajipan berjaga-jaga dimungkiri
3. plaintif mengalami kerugian
4. terdapat hubungan rapat antara tingkah laku defendan dengan kecederaan fizikal plantif.

kewajipan berjaga-jaga - elemen ini mudah dibuktikan. Ini adalah kerana guru dan sekolah mempunyai tanggungjawab in loco parentis, di mana ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah telah menyerahkan peranan dan tanggungjawab sebagai ibu bapa menjaga anak-anak mereka ssewaktu berada si sekolah. Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk mendapat pendidikan daripada guru-guru di sekolah. Sebagai ibu bapa yang baik dan munasabah, guru dan sekolah berkewajipan untuk menyediakan penyeliaan yang munasabah terhadap pelajar mereka sebelum, semasa dan selepas waktu persekolahan. Kaitkan kes Mohamed Raihan Ibrahim dan Kes Titus Vs Lindberg. Darjah penyeliaan bergantung kepada umur, bilangan murid, aktiviti merbahaya atau tidak, peralatan yang digunakan merbahaya atau tidak dan kualiti pelajar sama ada telah mempunyai rekod disiplin atau pun tidak.

Kewajipan berjaga-jaga itu dimungkiri - apabila guru:
i. mendedahkan pelajar kepada situasi yang berbahaya dan guru mengabaikan.
ii. apabila guru tidak melakukan sebarang tindakan untuk mencegah dan mengelakkan kecederaan
iii. apabila guru cuai memberikan arahan yang tidak jelas dan mencukupi ketika membuat persediaan untuk melakukan aktiviti yang merbahaya ( kes Mohamed Raihan )

mahkamah menganggap guru adalah merupakan seorang yang lebih berpengalaman, bijak, berpengetahuan, terlatih dan peka terhadap risiko sesuatu perbuatan. oleh itu guru bertanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah awal untuk mencegah kecederaan yang boleh diramalkan secara munasabah.

Guru juga bertanggungjawab untuk memberikan amaran kepada pelajar tentang sesuatu risiko kecederaan semasa pelajar mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti yang merbahaya (kes chen soon lee). Sekiranya setelah amaran diberikan dan pelajar telah mengengkari arahan tersebut, perbuatan pelajar telah dianggap sebagai kecuaian sertaan (kes headmistress), Kecuaian sertaan merujuk kepada suatu keadaan di mana pelajar sendiri dikatakan telah bertindak cuai dan bertanggungjawab terhadap kemalangan yang menimpa diri dan seterusnya mengakibatkan kecederaan atau kematian.

Aspek kecuaian guru juga melihat kualiti arahan yang diberikan kepada pelajar dalam usaha mencegah kecedederaan yang boleh diramalkan secara munasabah. (kes zazlin zahira kamaruzzaman). Sesuatu arahan dikatakan berkualiti apabila jelas, khusus, tepat, dan menggunakan bahasa yang mudah difahami.

Apabila telah dibuktikan defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap plaintif, langkah seterusnya adalah untuk meneliti sama ada defendan telah mengabaikan kewajipan tersebut. Pengabaian kewajipan berjaga-jaga berlaku apabila defendan melakukan sesuatu perbuatan yang dianggap berada di bawah paras minimum tahap penjagaan (standard of care) yang dikehendaki oleh defendan (kes mohamed Raihan - guru duduk bawah pokok dan kes jumat mahmud) dan juga kes chen soon lee, camkin vs Bishop cth tidak mungkiri ). Guru juga perlu bertindak dengan cermat untuk menjaga keselamatan pelajar ( kes zazlin ).

Dalam kes kecuaian guru, mahkamah juga akan membuktikan bahawa terdapat hubungan yang rapat antara tingkahlaku defendan dengan kecederaan plaintif (spt tindakan pn hau dalam kes mohamed raihan).

Tuesday, April 14, 2009

Leading change in time of uncertainty

Saya ingin berkongsi minda dengan rakan semua mengenai buah fikiran yang ditulis oleh George Kohlrieser dalam akhbar mingguan The Edge. Beliau menyatakan in today's world, the one thing that is constant is change. Ini bererti setiap masa pemimpin harus bersedia untuk menangani perubahan apalagi dalam keadaan ketidaktentuan akibat daripada krisis ekonomi global. Untuk menghadapi semua cabaran ini, pemimpin haruslah menyediakan asas yang selamat dan juga sentiasa resilien. Pemimpin juga dicadangkan untuk memperjelaskan keadaa dan situasi syarikat yang sebenar dan kemungkinan yang akan berlaku. Dalam pada itu, pemimpin harus menggunakan kuasa karismatiknya untuk memberikan ketenangan minda kepada pekerja agar rasa selesa dan selamat untuk terus bekerja dengan produktif. Pemimpin yang menyediakan rasa selamat kepada pekerja akan meraih kepercayaan pekerja dan ini akan meningkatkan motivasi untuk bekerja.

Bersabit dengan komunikasi dan karismatik yang sememangnya harus dan wajib dikuasai oleh sesiapa yang ingin menjadi pemimpin dalam apa jua bidang. Ketidaktentuan dunia juga menyaksikan keadaan politik sesebuah negara yang kucar kacir dan rakyat mula bersuara dan menuntut perubahan. Negara jiran kita, Thailand yang mula bergolak semenjak kebelakangan ini akibat daripada keghairahan monarki untuk mengekalkan kuasanya yang berselindung di sebalik Abishit dan kerakusan jutawan telekom Thaksin yang ingin merampas kembali kuasa politik negara itu. Thaksin telah mengambil peluang berkomunikasi dengan rakyat melalui media elektronik, telefon, sidang video untuk mendesak satu revolusi rakyat bagi merampas kuasa dari Abishit dan satu pilihanraya boleh diadakan. Ironinya dalam keadaan yang jaraknya tidak berapa jauh perusuh antikerajaan bertempur dengan askar dan di tempat yang berhampiran sambutan perayaan Songkran yang merupakan acara perayaan tahunan terbesar di Thailand yang sering dikunjungi oleh pelancong asing. Thaksin yang menggunakan baju merah sebagai simbol penyokongnya satu ketika dulu pernah menjadi tauke pasukan bolasepak yang terkenal 'the red devil'.. kali ini benar-benar menunjukkan devilnya ....

Monday, April 13, 2009

Bersesak di pc fair

Setiap tahun pasti ada yang menunggu kedatangan PC fair. Kalau dulunya pc fair ini selalunya diadakan di PWTC. Semenjak adanya KLCC (Convensyen Centre) pc fair telah beralih ke sini. Lautan manusia yang berduyun-duyun memasuki dewan-dewan jualan yang disediakan membuktikan bahawa masyarakat Malaysia sudah mula celik teknologi. Namun jika diamati pengunjungnya pasti anda dapat meneka dengan tepat bangsa apa kah yang paling ramai. Bangsa kita yang ramai adalah muda mudi yang saya fikir penuntut universiti. Ada juga keluarga yang datang seperti kami namun boleh dibilang dengan jari.

Dalam zaman kegawatan ekonomi ini, syarikat, penjual dan pengedar menggunakan pelbagai strategi bagi menarik dan mengekalkan pengguna yang mempunyai kuasa beli yang agak merosot berbanding tahun sebelumnya. Untuk masuk ke ruangan sony yang mempamerkan gadget baru kami berbaris hampir setengah jam. Kami diberikan brosur yang perlu dicop bagi setiap booth yang dikunjungi dan bila keluar dapat t.shirt percuma... walaupun tshirt dan penat berbaris malahan ada anak kecil yang mula merengek dan menjerit kepenatan namun semua pengunjung tetap berbaris untuk melihat teknologi baru yang dipamerkan. Alhamdulillah...masa mengelek anak kecil dengan handbag (beg lampin dan susu) dan troli dah berakhir....

Saya ingin mencari notebook mini yang ringannya kurang daripada 1 1/2 kilo kerana masalah tangan yang kebas bila membimbit laptop biasa yang agak berat. Sony menawarkan pocket PC yang murah harganya tapi kapasitinya kecil dan sesuai untuk browse internet, chatting dan sedikit catatan. jadi tak sesuai untuk kerja yang banyak ... Jenis Z agak mahal 7-9 ribu...sayangnya duit..... Acer pun ada juga beratnya 1 1/2 kilo harganya pun boleh tahan. Saya tertarik dengan notebook mini keluaran Toshiba yang menngunakan teknologi terkini tanpa hard disk dan sangat ringan. Harganya pun boleh tahan.. tapi boss kata wait for another pc fair will be coming again soon...bagi price turun lagi...

Anak-anak juga mula mencari pendrive, dan berkenan dengan satu walkman sony terbaru yang hanya kecil sahaja macam bluetooth...si zammil nak gaget game terkini...si ain nak latest kamera yang sangat canggih ...kalau nak ikutkan teknologi banyak barang kena buang sebab sekarang lagi canggih... daripada pendrive terus boleh tayang kat tv , cucuk di radio di rumah , radio kereta., .. pendek kata makin senang.. dan record tak perlu beli download atau minta dengan rakan... tapi kita yang bankrap kalu ikut kan hati... kena ajar mereka memilih dan berbelanja dengan berhemah... kena tau konsep kos melepas...dan sharing....kena ajar beringat tiada di waktu ada....ingat susah waktu senang.....

Jualan hebat...tetap muncul...siapa yang hebat sebenarnya....penjual atau pembeli?

Saturday, April 11, 2009

Dalam Lipatan Memori


Dalam mengharungi hari-hari terakhir sebagai pelajar IPK, pelbagai perasaan berbaur. Gembira...sedih...duka...dan pastinya rindu akan suasana keriuhan, gelak ketawa, dan ada juga ketikanya bermasam muka. Namun kesemua dugaan dan ujian sebagai ibu, ayah, suami dan isteri yang gigih menuntut ilmu dapat diharungi dengan jayanya. Alhamdulillah...Syabas dan tahniah kepada diri kita sendiri...
Tempoh pembelajaran bagi tahun kedua hampir ke penghujungnya. Minggu-minggu mendatang adalah bagi menghadapai peperiksaan akhir dan juga menyiapkan kajian di sekolah yang di pilih. Mohon ke hadrat illahi agar kita semua akan mendapat kejayaan yang cemerlang serta menyiapkan kajian dengan jayanya.
Apa yang diharapkan agar kita semua dapat mengibarkan bendera diri masing-masing yang membawa seribu makna dan manfaat kepada dunia pendidikan. Ilmu penuh di dada seharusnya dikongsikan dengan rakan-rakan di sekolah dan juga pengamal yang lain. Tawarlah diri sebagai penceramah untuk sekolah sendiri dan kemudian di kembangkan kepada sekolah di Daerah lain.
Sekembali kita ke Negeri masing-masing ambillah ruang, peluang dan kesempatan untuk berjumpa dengan boss di JPN atau Daerah bagi menawarkan diri untuk berkhidmat. Gunakan wisdom yang ada untuk tidak menunjukkan kegelojohan diri yang akan menimbulkan tempelak dan muak orang lain kepada kita.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang menegur saya selama ini. Saya gembira ada yang sudi menyedarkan diri dari terus melakukan amalan yang mungkin tidak disenangi oleh rakan lain nanti.
Apa yang pasti rakan dan adik-adik semua tetap dalam ingatan. I will miss u all.

Tuesday, April 7, 2009

Penambahbaikan sekolah berkesan

Seperti hari-hari bekerja yang lalu, kesibukan menghambat diri dan anak-anak bergerak dengan pantas. Dari IPK jam 5.30 petang dan tiba di Transit anak-anak di Taman Seroja, salak tinggi jam 6.15 petang. Sementara menunggu nani yang tingkatan 2 pulang dari sekolah biasanya saya akan ke kedai yang terdekat mencari roti bagi breakfast pagi besok. Kebiasaannya anak-anak harus bersarapan dan membawa bekal ke sekolah, walau pun hanya roti telur atau sandwich scramble egg. Zammil anak yang kecil kata jimat sikit duit belanja... bagus la zaman kegawatan ini jika anak-anak sudah tahu nilai wang diharapkan bila dewasa mereka akan lebih menghargai dan sentiasa 'beringat' di waktu susah atau orang jerman kata 'jago kigho'. Kemudiannya ambil nani di transit... Ain anak yang sulung belum pulang .. rupanya berjalan bersama rakannya sebab nak tumpang kereta yang ambik nani dah penuh... Ok la tu jika ain dah tahu bagaimana nilai persahabatan... masa susah dan senang turut di kongsi bersama...

Tengokkan ain dan nani sekarang makin gelap... setiap petang berkawat di padang untuk pertandingan kawat kaki Daerah di Litar Sepang minggu hadapan. Katanya ada banyak formasi dan bunga untuk dilatih.....semoga usaha pasukan mereka akan berjaya menandingi platun lain. ... tapi susah hati dengan muaz yang tidak berminat untuk menyertai kokurikulum...bagaimana tu? sepatutnya anak lelaki yang lebih tangkas dan berhati waja tapi ini sebaliknya...

Malam hantar zammil ke pusat tiusyen dan muaz tiusyen di sekolah yang bermula jam 8.00. Kelas tiusyen malam di sekolah sudah bermula selama dua minggu untuk kelas peperiksaan... Muaz memaklumkan aktiviti kelas waktu ini adalah recall bagi topik tingkatan 1 dan 2.. Tiba di sekolah berkesempatan berjumpa dengan Penolong Kanan Pn Nik yang datang untuk memantau perjalanan kelas dan YDP PIBG En. Helmi yang menghantar anaknya ke kelas. Seperti biasa kami bertanya khabar dan bersembang tentang program sekolah. Berdasarkan jumlah pelajar yang memenuhi kelas, menunjukkan sokongan pelajar dan ibu bapa amat menggalakkan.

Perbincangan di kelas sarjana berkaitan dengan keberkesanan dan penambahbaikan sekolah seharusnya mementingkan penguasaan pembelajaran murid. Pelaksanaan program penambahbaikan sekolah selalunya menekankan kepada pencapaian murid untuk mendapat A di dalam peperiksaan awam. Namun usaha murni sekolah dan guru-guru setiap petang dan malam diharapkan adalah untuk meningkatkan penguasaan serta menambah baik pembelajaran murid-murid dan bukannya melatih murid untuk menjawab peperiksaan. Melihat kesungguhan guru-guru di kelas menerbitkan rasa rindu untuk mengajar dan berada di kelas bersama murid-murid agar dapat turut sama menyumbang kepada kejayaan pelajar. Usaha menambahbaik moving school harus juga berterusan untuk melestarikan pendidikan negara.

Friday, April 3, 2009

KONSULTASI KERTAS PROJEK

Hari ni kami berempat saya, Naser, Abang Jan, dan Lau telah berkesempatan mendapat konsultasi kali pertama bersama penyelia. Oleh kerana abang jan bas dah menunggu dia yang kena bentang dulu. Kajian abang jan menggunakan LBDQ yang datin dah masak sangat tentangnya... abang jan pulak baru nak keluar bunga.....harap atas bas abang jan dapat ilham macam mana nak faham apa yang datin cakap.

Kemudian tiba giliran Naser...yang mengkaji di empat buah sekolah..... sama dengan saya yang membuat kajian di tiga buah sekolah.... bila tiba giliran saya... dah tinggal dua buah sekolah saja.
Banyak betul soal jawabnya sehingga saya terpaksa kena ubah kerangka konseptual. sekarang saya hanya mengkaji tentang budaya komuniti profesional di dua buah sekolah dan menggunakan hanya satu instrumen kajian. sebelum ini menggunakan instrumen LPI (2003) untuk melihat amalan kepemimpinan pengetua dan hubungannya dengan PLC yang menggunakan instrumen yang dibangunkan oleh Hord (1997). Kajian saya tidak akan melihat hubungan kepemimpinan pengetua dan PLC, tetapi sekarang untuk menyelidik budaya PLC dalam kalangan guru dan pihak pengurusan di dalam sekolah. kemudian melihat perbezaan yang akan menggunakan ujian bukan parametrik kruskal -wallis dan mann-whitney U (sebelum ini hanya menggunakan spearman rho)
Nampak gayanya saya kena ubahsuai dan tambahbaik mengikut kepada soalan kajian, populasi dan sampel kajian, dan juga sedikit di bahagian metodologi kajian. Harap dapat siapkan sebelum datin bercuti bermula 10 April dan akan melapor diri semula pada 27 April nanti. Dalam masa datin bercuti kerana tamat kontrak kami berempat tak boleh mendapat penyeliaan secara terus... mungkin harap dipertimbangkan jika dapat datin menyelia melalui email....

AZHAN THE GURU GUIDE

Salam.

thank you to Azhan yang menjadi guru hari ini menghidupkan college cottage yang dah lama mati. Harap dapat terus hidup.