Paparan

Search This Blog

Tuesday, September 1, 2009

Tenangnya Ramdhan

Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan kepada ku untuk berpuasa pada tahun ini. Anak-anak tentunya gembira kerana minggu pertama puasa merupakan cuti sekolah. Entah bila kali terakhir agaknya guru-guru dan anak-anak bercuti di bulan puasa. Jiran sebelah kiri yang kini menetap di Dubai pulang berpuasa di rumah kerana di sana anak-anak sekolah dicutikan sepanjang bulan Ramadhan. Rasanya di negara kita tiada masalah jika berpuasa dan bersekolah. Kita harus didik anak-anak untuk lebih kuat dan bersabar dalam mengerjakan ibadat puasa. Cuaca sekarang juga agak sejuk kerana hampir setiap hari hujan mencurah dengan lebat. Saudara kita di Baling rupanya diuji oleh Allah apabila berpuasa dan mengharungi banjir.

Adik ipar yang baru menamatkan pengajian Doktor perubatan di Pakistan berkali-kali mengucap syukur kerana berpuasa dalam keadaan yang sangat aman, tenang dan cuaca yang sangat nyaman.

Ketenangan Ramadhan pasti akan dinikmati bagi mereka yang beriman dan mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan amal ibadat.

Selamat berpuasa....kurangkan pembaziran dengan menahan nafsu membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan...

2 comments:

  1. PK HEM tak teringin buat program RIMUP dengan ajak pelajar bukan islam berpuasa ke? dengan tidak makan dan minum di sekolah

    ReplyDelete
  2. Di Kuala Tganu pula minggu pertama dan kedua puasa merupakan hari-hari yang sangat panas. Nampaknya cuaca di Malaysia/dunia dah tak berapa stabil lagi

    ReplyDelete

Kongsi minda anda