Akhbar BH jumaat 25 September 2009 (hlm 16) menyiarkan tulisan kunta kinte yang mengupas permasalahan remaja hari ini dan yang berkaitan dengan samseng jalanraya merempit. Sebahagiannya saya bersetuju dengan pandangan Kunte kinte...namun ada beberapa perkara yang perlu difikirkan bersama dengan lebih mendalam akan permasalahan ini.
Saya bersetuju dengan beliau mengenai salah didikan ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak dengan menyediakan motor dengan alasan mudah untuk ke sekolah. Di sekolah saya dan beberapa sekolah lagi di Sungai Pelek memang kebanyakan murid yang tinggal berhampiran sekolah datang menaiki motor secara haram. Malahan ada juga anak pegawai kerajaan dan ibu bapa yang berpelajaran tinggi memberi kebenaran kepada anak-anak untuk menaiki motor ke sekolah. Alasannya tidak menyusahkan ibu bapa untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah kerana bekerja jauh dari rumah.
Namun, usaha membangunkan modal insan ini perlu bersepadu dengan melibatkan ibu bapa, komuniti, guru, pemimpin masyarakat, agensi kerajaan dan syarikat swasta. Setiap pihak memainkan peranan masing-masing dalam membantu sekolah untuk menjalankan tanggungjawab membentuk murid yang bersahsiah mulia dalam waktu mereka berada di sekolah. Apabila pulang ke rumah dan berada di dalam masyarakat mereka, amalan yang baik harus diteruskan diamalkan di dalam rumah dan komuniti. Apa yang menjadi musibah hari ini, terdapat pertentangan nilai di antara sekolah, rumah dan komuniti. Apa yang diajar baik di sekolah, belum tentu diamalkan secara baik di rumah dan di dalam komuniti.
Kesedaran setiap ibu bapa sangat penting kerana akan meningkatkan kesedaran yang sama di dalam komunit dan akhirnya seluruh rakyat dalam negara...
di sekolah, berapa ramai guru yang apabila mengajar, mereka cuba memberikan pembelajaran yang membantu memperkembangkan nilai yang patut menjadi amalan berbanding mengambil kandungan yang perlu untuk peperiksaan semata-mata.
ReplyDeletepakwar sudah mula terasa kebodohan mengajar sukan jika tiada nilai agama di dalam pengisiannya.
Kebanyakkan ibu bapa mengharapkan para guru dapat memberikan "A" kepada anak-anak mereka dalam peperiksaan tanpa mengambil kisah sangat tentang akhlak dan perlakuan anak-anak.
ReplyDelete