Paparan

Search This Blog

Wednesday, September 16, 2009

JAMUAN RAYA

Walau pun belum habis puasa kepala ligat berpusing untuk mengadakan jamuan raya. menunya apa, siapa nak dijemput, tempat macam mana....yang penting budget ada ke tidak?...

Jamuan Raya ni bukan open house saya tapi OPen School...Jamuan Raya di sekolah...tanya kerani ada duit ke? kerani kata duit semua duit habis...duit PIBG pun langsai....

terfikir duit RIMUP...boleh buat aktiviti RIMUP untuk guna duit tersebut....PIBG sekolah ni langsung tak bergerak...dah mati agaknya....dengar khabar YDP dah letak jawatan...hey...teruk la macam ni....saya biasa bekerja dengan PIBG rasa janggal sangat PIBG tak aktif.

Tanya cikgu Isa (PK KO) dan En. Azman (PK) siapa ketua bahagian kat sini untuk bina hubungan. cari nama-nama pengerusi taman dan ketua kampung...terpaksa kena gunakan khidmat YDP sekolah lama untuk bantu nak buat temu janji dengan YB Dato'Seri MD Zin dan Datin Seri..

Kertas kerja dah disiapkan dan dibincangkan dengan pengetua, penolong kanan dan ketua bidang untuk dapat persetujuan...pengetua sebelum ni nampak ok dan bersetuju...tup..tup pagi ni berubah fikiran..tak sempat la katanya..cadangan tarikh 24 Oktober terlalu dekat katanya..dan lagi tak nak nyusahkan cikgu....hari ni sepatutnya jumpa YB Dato' Seri Kat majlis berbuka puasa di Sepang...nampaknya tak dapat la buat terbuka....buat tertutup je la...

sebenarnya nak jemput YB atas beberapa perkara:

1. nak kutip dan mohon dana untuk tabung kebajikan,
2. nak mengeratkan hubungan ibu bapa, komuniti dan sekolah supaya mereka lebih terbuka dan bersedia untuk hadir ke sekolah. hubungan yang baik akan memajukan sekolah dan pendidikan anak-anak mereka.
3. memperkenalkan budaya pelbagai kaum kepada murid kerana jamuan tu dwiperayaan raya dan deepavali sekali....saya namakan Majlis Mesra Raya...

menu yang dicadangkan sate, nasi impit, lemang, nasi tomato, buah dan murid dan guru masing-masing bawa pot luck saja nak seronok...boleh bayangkan hidangan terpanjang kat sepang...bestnya...tapi sayang kita je seronok boss nampak tu susah...kena la akur arahan boss tak boleh engkar....

so kena kansel temujanji.. cepat-cepat buat surat dan kertas kerja baru untuk mohon dana sahaja....janji dgn wakil YB kalu dapat bagi surat dan kertas kerja pun tak pa la.....

ingat kata Arman...kalu nak buat ikut kepala sendiri kena tunggu jadi boss dulu...hi..hi...

3 comments:

  1. Yalah!! saya yang menurut perintah

    ReplyDelete
  2. kat SMK Sg Puteri dah buat majlis berbuka. tak ada VIP. Dpt erat silaturrahim dan keberkatan berbuka bersama sj.

    Tahniah kpd Datin. Semoga yg dirancang berjaya.

    ReplyDelete
  3. sebenarnya jemput VIP tu nak kumpulkan ibu bapa, kutip derma dan bila buat propose jamuan utk komuniti Parlimen akan taja..kita nak cari dana...PIBG miskin tak ada wang...kesian anak2...yang memerlukan harap dapat bantu beri semangat kepada mereka untuk lebih gembira hadir dan belajar untuk lebih cemerlang...

    takpa abgjan..tak boleh tu kita cari cara lain..tq

    ReplyDelete

Kongsi minda anda