Ambil kesempatan bawa anak-anak naik puncak dah lama sebenarnya tak bawa mereka datang. Dulu pertama kali datang ain umur 5 tahun, muaz 4 dan nani 2 tahun...masa tu indoor belum ada dan cabel car belum operasi sepenuhnya..dan kami naik bawa kereta dan parking dekat je outdoor park...sekarang dah makin luas anak-anak nak main outdoor park berjalan kaki pun dah lenguh...sampai kat kaunter nasib tak sempat beli tiket hujan bukan main lebat lagi...
main indoor game je...lama tak naik roller coaster...kat dalam tu naik euro express pun dah nak pitam di buatnya...dulu lain ...jantung kuat.
Yati ...anda seorang yang tak pernah nampak risau...senyum je..
bersama rakan-rakan yang sempat lagi bergambar kat luar...anda semua hebat
Bersama suami yang sentiasa sabar dengan ketiadaan saya semasa belajar di IAB..dan anak-anak yang sentiasa menggembirakan bila dapat balik ke rumah di hujung minggu...
Mama sayang semua so much....
mama yakin anak-anak mama juga akan cemerlang suatu hari nanti...
harapan mama jadi anak yang soleh...beriman, berbudi pekerti mulia, menghormati orang yang lebih tua dan berbakti kepada agama, negara dan masyarakat dalam apa bidang yang dipilih selagi hayat masih ada..
Abah...tiada suami sehebat anda...
mama bertuah kerana dijodohkan dengan suami yang sangat memahami, menyokong apa jua yang mama ingin lakukan, pendengar yang setia waktu duka...dan dapat menerima kesukaran hidup keluarga mama dengan sabar...
abah...tiada gantinya bagi mama dunia dan akhirat...
I WILL LUV U ALWAYS...WHAT EVER IT TAKES..
SEMUGA RAHMAT ALLAH KE ATAS KELUARGA KITA SENTIASA..
Blog ni ibarat catatan diari kehidupan seseorang. Jika dulu kita melakar peristiwa di kertas, tapi hari coretannya di alam maya dan boleh di baca oleh rakan dan tamu lain yang sudi...bezanya blog tiada rahsia...catatan diari masih untuk diri sendiri...
Dalam dua minggu ni setiap detik dirasakan begitu pantas berlalu...sehingga tiada kesempatan untuk mengemaskini catatan di BICARA ini..Kesibukan menyiapkan kertas projek mencuri waktu dan ruang untuk membicarakan isu terkini di ruangan maya ini.
Dalam tempoh itu, pelbagai peristiwa menarik dan menggembirakan telah berlaku komensmen IAB yang amat mengecewakan kerana segala penat lelah selama ini hanya dibayar dengan nilai c yang berderet...sijil yang diterima seperti tidak diendahkan...beberapa hari masih dikereta..
Namun tahniah atas usaha dan penat lelah mendaki puncak genting bagi menuntut ilmu...
Meminjam kata-kata Dr. Hj Khair Pengarah IAB...sebenarnya apa yang dilihat adalah siapa kita dan bukan apa kita..selamat menempuh 'permulaan' (komensmen) episod yang baru menabur bakti mendidik anak bangsa dengan ilmu yang baru diperolehi bermula awal julai ini.
"Keluarga Bahagia" - Tahniah!
ReplyDeleteTahniah Kak Tie, semoga anda terus cemerlang dan bahagia bersama keluarga tercinta. Sesungguhnya dorongan, sokongan dan kasih sayang keluarga adalah nadi kepada kejayaan yang dikecapi.U r a brave, good and kind friend. Tq for being a nice, warm and supporting friend.
ReplyDeleteseorang yg mudah dibuat kawan, disegani dan berperinsip, sesuai untuk menjadi pemimpin di segani. Semoga berbahgia ke akhir hayat
ReplyDeleteapa yang kita bawa hanya dapat ditafsirkan oleh mata yang melihat...jika itu gambaran anda semua terhadap saya ...alhamdulillah...
ReplyDelete