Paparan

Search This Blog

Tuesday, June 23, 2009

Hari-hari terakhir Mprinc bergelar pelajar

Tinggal tidak kurang dua minggu aku akan melangkah semula kembali ke sekolah. walaupun semenjak menyiapkan laporan projek sentiasa hampir setiap hari berada di sekolah kerana memenuhi tanggungjawab sebagai driver yang mengambil anak pulang dari sekolah. Apabila diri muncul di sekolah pasti ayat yang terpacul di mulut rakan adalah nak daftar ke?. Menginjakkan kaki ke sekolah seolah-olah mula bertugas di sekolah baru. cuma bezanya rakan-rakan guru dan kerani sudah dikenali...
Menjengah ke bilik guru...tiada lagi ruang atau meja yang kosong. jumlah guru yang semakin ramai telah memisahkan ketua panitia dan guru-guru di bilik yang berbeza. Jumlah guru baru bertambah...
meja, ruang parking...semua sudah diambil orang......
tapi kawan-kawan masih sama...masih mesra seperti dulu...dan mereka mula menjadikan kita pakar rujuk
bersedia MPRINC dengan ilmu dan kemahiran yang ditimba....
selamat berjuang...demi anak bangsa...kemajuan negara dan ketamaddunan insan..

4 comments:

  1. Selamat kembali menjadi cikgu yg berilmu Mprinc..."Cerdik sikit kan..." (memetik kata-kata Datin prof)

    ReplyDelete
  2. Ambe nak start belajar semula (membaca buku-buku dan pekeliling) agar dapat menampakkan ketokohan Mprince di sekolah

    ReplyDelete
  3. ambo rasa lemah kaki dan tangan kerana yg dituntut nanti adalah berada di dalam kelas mengajar tapi 2 tahun ni, yg masuk adalah tubuh imlu pengurusan tapi alah bisa tegal biasa... mula dari 0 balik, jgn ulang kesilapan lama supaya tak malu nak ubah bila tiba-tiba diangkat menjadi pk.

    ReplyDelete
  4. Anonymous ni sapa ya...misteri gak nak tau

    bagusla kalu pakwar dah nampak riak-riak air nak jadi PK

    ngajar tu ok la yang lemah ni jadi guru kelas...rasanya dah lama snagat tak jadi guru kelas dan tanda register, isi markah, ...dan macam2

    ReplyDelete

Kongsi minda anda