Di celah-celah deruan enjin kenderaan kelihatan seorang gadis berlari-lari keanak-anakan mengejar bas yang hampir berjalan. "Tunggu" jeritnya. Dreber bas dah kenal sangat dengan anak dara berbaju kurung putih dan kain biru tua itu.."lambat lagi hari ni budak ni ke sekolah" bisik hati kecilnya.
Anis, seorang pelajar tingkatan enam tinggi lampai, petah berbicara sedang menuntut di sebuah sekolah ternama di bandar KB ini. Setiap hari dia terpaksa mengambil dua bas untuk ke sekolahnya. "Terima kasih bang" ucapnya sebaik sahaja terpandang wajah dreber bas, dia mengangguk perlahan-lahan. Bas menyelusuri laluan bandar yang sibuk. "Kena denda la aku lagi hari ni" dengus hatinya. Mata melirik ke jam tangan sudah menunjukkan jam 7.10 minit.
Maktab Sultan Ismail adalah sekolah tertua di Bandar KB ini. Jam di dinding utama sudah menunjukkan jarum 7.25 pagi. Deretan kereta masih bertali arus memasuki perkarangan sekolah. Sebaik Anis turun dari bas dia terus berlari-lari melintasi jalan besar yang sibuk dengan kenderaan. Tiba-tiba dia terasa dirinya dilanggar keras dari belakang. pandangannya gelap tiba-tiba dan...
apa terjadi pada anis seterusnya?..
(menulis novel adalah impian saya yang sekian lama belum pernah terlaksana...cuba-cuba menulis ayat-ayat permulaan)
ambil kisah diri sendiri, watak akan lebih jelas dipandangan.. hehe komen budak mentah
ReplyDeletemmg ada bakat pun. Penghujung cerita ...".....Anis sendiri hampir tak percaya dgn apa yg diperolehinya skrg. MPrinc ditangan kanan, PHD di tangan kiri, baru dinobat tokoh pendidik kebangsaan dan telah dilamar menjadi org penting di UM. ....... (Tolong sambung sendiri.....)
ReplyDeleteanda memang berbakat untuk menjadi penulis novel yang hebat. Teruskan usaha dan cita-cita anda. Semoga berjaya.
ReplyDeleteada seseorang langgar anis..setelah itu anis jatuh dan bangun semula, orang yang langgar anis seorang jejaka yang amat tampan menaiki kereta bmw..
ReplyDeleteanis masih sedar dia melihat jam menunjukan 7.40 ia berlari pantas ( sambung )