Paparan

Search This Blog

Monday, June 8, 2009

Bicara dari Langkawi


Seperti hari-hari yang lalu dalam dua tiga minggu ini, tidur pun tak menentu. Malam bertemankan kopi yang dulunya tidak ku gemari. Bersengkang mata membaca kajian-kajian lepas terkini yang ada kaitan dengan literatur kajian ku. Hari ni terpaksa ku penuhi tuntutan anak-anak untuk bercuti. Tapi syaratnya hanya yang dekat sahaja...Ya la since semua orang boleh terbang ni anak-anak pun mula panjang akalnya...bercuti pun nak g luar negeri..

Langkawi kami kunjungi lagi...terakhir kami datang tahun 2007...anak merungut kenapa langkawi lagi...apa lagi nak diteroka di langkawi...
cuba mencari di internet...tapi tiada yang baru dan menarik di langkawi....mencari-cari apa aktiviti yang nak di buat selama 4 hari di Langkawi...

kali ini kami cuba meneroka keindahan alam semulajadi di langkawi...

hari ni hari kedua....kami ingin menyelusuri sungai kilim dan memberi pengalaman baru kepada anak-anak mengenai hutan paya bakau...

thanks to pak azhan atas cadangan....ada beberapa aktiviti yang kami nak buat lagi...lain sikit selain dari pergi ke tempat yang berbayar seperti taman ular...makam mahsuri..dll semua mereka dah kunjungi.

Ingat kali ni nak g memancing...atau buat acara pengembaraan...tapi ada beberapa aktiviti yang mereka tetap nak ikuti seperti underwater...cabel car.

Langkawi kena fikirkan tarikan yang baru untuk diterokai...mungkin sediakan bot keluarga yang boleh di sewa untuk beberapa hari dan dilengkapi dengan kemudahan memasak, ruangan tidur dan membersih diri.....
tapi menyiapkan kertas projek tetap diutamakan

2 comments:

  1. langkawi bukan sahaja syurga untuk peminat correlle ataupun coklat semata-mata. Peluang bercuti bersama keluarga adalah satu impian yang kadang-kadang tidak dapat dipenuhi dengan pelbagai sebab dan alasan yang tidak difahami oleh anak-anak. Selamat bercuti untuk Puan sekeluarga dan syukurlah jika anak-anak masih ingin bersama kita di usia remaja mereka.

    ReplyDelete
  2. Jangan hampakan anak-anak, atas alasan kertas projek. Cukup masa sudah pasti kertas projek akan dihantar jua

    ReplyDelete

Kongsi minda anda