Paparan

Search This Blog

Saturday, June 13, 2009

Rindu

Rindu ku memuncak untuk mencoret sesuatu di dalam ruangan BICARA ini. sudah lama rasanya ku tidak membuka ruangan ini. Banyak cerita yang hendak dikongsi tentang percutian di Langkawi, berita ekonomi dunia dan negara, dan isu-isu berkaitan dengan pendidikan. Namun untuk berbicara perlukan hati yang tenang agar dapat mengupas sesuatu isu dengan kritikal dan bermakna. Itu la jika terlalu nak sesuatu sempurna kita akan jadi lambat berbanding dengan orang lain.

Minggu ini, malam rabu sampai dari Langkawi penerbangan agak lancar walau pun ada sedikit gangguan perjalanan ekoran cuaca yang tidak elok. Pesawat MH1459 boleh dikatakan sarat dengan keluarga yang mengambil kesempatan bercuti. Mungkin ramai yang menukar jadual percutian akibat dari Pendamik H1N1.

Pagi keesokannya, selepas berkemas terus bersiap untuk ke IPK. Di dalam hati mengharapkan ada rakan disana yang boleh membantu merungkai permasalahan berkaitan dengan BAB 4. Alhamdulillan Azhar, shidah dan Dr Chua ada. Dr Sathia juga ada menyelia ita. Mendengar penerangan dari A banyak membantu meyakinkan diri untuk menulis bab 4 dan 5. Alhamdulillah jika dilihat dari dapatan selari dengan Bab 2.

Jumaat dan Sabtu g Library...tapi percaya lah...hidup ini memang perlukan kawan..tanpa kawan kita akan jadi tak menentu dan sangat sunyi serta rindu....

2 comments:

  1. Anda bertuah kerana dapat berjumpa Dr Chua n Dr Sathiya masa pergi IPK tempohari.Wow! suatu percutian yang menarik.

    ReplyDelete
  2. begitulah hidup ini, bila tiada, semua kenangan akan menjelma

    ReplyDelete

Kongsi minda anda