Apa implikasi 1Malaysia kepada pendidikan dan peranan guru? 1Malaysia pada dasarnya adalah merupakan kesinambungan daripada matlamat DEB, agenda perpaduan negara. Menurut Blog PM apa yang dihasratkan adalah semua pihak akan mengutamakan pihak yang memerlukan bantuan dan berusaha untuk meningkatkan prestasi.
Dalam konteks pendidikan, sebagai guru kita harus mengutamakan core Bussiness kita iaitu mengajar dan mempastikan semua murid belajar dan mencapai prestasi yang diharapkan. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid. Kajian mendapati faktor seperti SES, rakan sebaya, motivasi, pengaruh internet, pengaruh cybercafe dan sebagainya mempunyai hubungan yang signifikan kepada pembelajaran murid sama ada secara positif atau negatif.
Oleh itu, apabila anak-anak menjejakkan kaki ke sekolah mereka sebenarnya ingin belajar, boleh diajar dan mahu berjaya. Sebagai guru kita harus memperlengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan emosi yang kuat untuk berhadapan dengan kepelbagai kecerdasan, kebolehan dan latar belakang murid.
Menyedarikan hal ini, sebagai guru kesedaran untuk bertanggungjawab memastikan murid dapat menguasai pembelajaran seharian, meningkatkan potensi serta memperbaiki pencapaian diri secara berterusan.
Di samping itu juga, guru harus berterusan menginspirasikan, mendorong dan membimbing murid untuk terus berusaha meningkatkan potensi diri dengan menambahkan pembacaan, berfikir secara analitikal, menulis dengan kritis, melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti kokurikulum dan bersahsiah cemerlang.
Oleh itu, kita seharusnya mendidik anak-anak di sekolah untuk melihat sesuatu isu dengan pelbagai prespektif dan 'multiframe'. Ini adalah kerana cabaran globalisasi, liberalisasi, internetlisasi, langit terbuka, keadaan ekonomi yang tidak menentu, perubahan teknologi yang bergerak pantas dan ledakan ilmu menuntut anak-anak kita untuk lebih dinamik, pintar, bijaksana dan sentiasa meningkatkan pembelajaran diri agar mempunyai kelebihan diri berbanding dengan orang lain.
Sehubungan dengan itu, guru harus menekankan dunia hari ini adalah merupakan dunia yang penuh dengan persaingan. Persaingan dalam erti kata yang sebenar adalah untuk memperbaiki kelemahan diri dan bukan menjatuhkan orang lain.
Kesimpulannya, guru hari ini harus up to date. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada buku teks di sekolah untuk mengajar murid-murid. Pembacaan dan penerokaan ilmu guru harus luas. Kemahiran mencari ilmu melalui internet harus ditingkatkan. Pembangunan kapasiti dan keprofesionalisme guru melalui pembelajaran harus diutamakan. Pembelajaran dan pencapaian murid harus menjadi keutamaan. Peranan guru akan berubah dari hanya penyampai kepada guru sebagai penyelidik. Menyelidik hasil pembelajaran murid dengan mentaksir, mengkaji masalah yang dihadapi, dan memberi peluang kepada murid memperbaiki diri. Oleh itu, guru harus mendahulukan pembelajaran murid dan mengutamakan peningkatan prestasi diri dan juga murid.