Minda Lestari adalah merupakan tema penulisan umum Prof. Dr.Ir Zaini Ujang Naib Canselor UTM bermula sejak alaf baru tahun 2000. Hasil tulisan beliau telah diterbitkan di dalam akhbar Berita Harian bermula tahun 2004 sehingga tahun 2008. Saya sering menggunakan rencana beliau untuk tujuan pembelajaran pelajar-pelajar tingkatan 6 bagi mata pelajaran Pengajian Am di sekolah. Selama tempoh itu lebih 200 naskah makalah ditulis dan di siarkan serta mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pembaca. Hasil daripada itu lahirlah sebuah buku beliau yang diberi tajuk "Minda Lestari: Pembangunan Negara dan Pemuliharaan Alam Sekitar".
Minda Lestari yang didefinisikan oleh beliau adalah pemikiran, gaya fikir dan disiplin akliah yang menjadikan kesejahteraan masyarakat sebagai matlamat pembangunan menerusi alam sekitar yang bersih dan selamat, sistem pembangunan yang cekap, dan dasar serta amalan gaya hidup selari dengan fitrah insaniah.
Minda Lestari juga pada pendapat beliau berkaitan dengan pemikiran atau minda kelas pertama. Di mana minda kelas pertama memberi makna pemikiran dan sikap progresif, maju dan proaktif yang membentuk budaya dan amalan hidup yang berkualiti yang setanding dengan bangsa dan negara maju. Pada hemat penulis, realitinya masyarakat kita masih belum sampai tahap berminda kelas pertama. Masih ramai yang tidak berasa bersalah membuang sampah, merokok di khalayak ramai, mencemar sungai dan menebang pokok. Masih kurang dalam kalangan kita yang sanggup berjuang, menjadi pencinta dan wira untuk memastikan alam sekitar tidak dicemari.
Buku ini sangat baik untuk dibaca bagi membuka minda kita agar lebih perihatin terhadap pemuliharaan alam sekitar yang semakin tercemar dan sehingga menyebabkan pemanasan global dan lain-lain kesan yang memudaratkan kehidupan manusia.
kita akan menghargai sesuatu yang telah kita ada apabila kita kehilangannya. Sungai di tempat saya dulu menjadi tempat berkelah kami sekeluarga amat dikenang setelah fungsinya telah tiada... ingat ! Kita bukan mewarisi dari ibubapa tetapi kita hanya meminjam daripada anak-anak kita.
ReplyDeletecanggihnya blog ni lo ni
Nampaknya blog anda sudah ada sedikit pembaharuan. syabas!
ReplyDeleteKali pertama berkunjung ke blok awk. Menarik. Tahniah. Mungkin banyak lagi yg dpt dikongsikan. Org minda kelas pertama juga proaktif dalam penjagaan kesihatan. Selamat makan ubat....
ReplyDeleteTahniah, seronok membaca blog Yati. Teruskan usaha yang baik ini.
ReplyDelete