Paparan

Search This Blog

Tuesday, May 19, 2009

Babi dan Influenza

Ada empat sekawan di rimba hijau, mereka ini sangat rapat dan sentiasa bersama ke mana jua. Pada satu hari gajah, singa dan zirafah keluar mencari sang babi untuk bermain...Apabila sampai di kediaman sang babi mereka bertiga melihat dia sedang duduk termenung di tepi kolamnya...

Zirafah dari jauh memanggil hey...babi apa yang engkau menungkan tu? tapi babi senyap je tak menyahut panggilan sang zirafah.....mereka berpandangan teruk agaknya masalah yang ditanggung oleh babi ni.... singa kemudiannya memanggil pula...babi...o babi...dok buat apa tu? senyap je...tiada sahutan dari sang babi mereka berdua memandang sang gajah kehairanan ....

Gajah dengan selamba je berjalan menghampiri sang babi dan memanggil hey influenza apala yang engkau fikirkan tu kami panggil pun tak dengar?... Sang babi menoleh dan senyum....nama aku dah bertukar baru.....engkau kena panggil aku influenza mulai hari ni...ingat tu...

kalau gitu tak boleh sebut selsema babi lagi....nanti camna nak samak kalu terkena selsema babi? ada sapa-sapa boleh bagi jawapan.....

ni cerita orang yang baru balik dari ofis....hari ni ceria dan boleh buat lawak sebab dah hilang sakit gigi yang ditanggung selama 4 hari selepas dicabut gigi....semalam cabut lagi satu gigi...
hari ni balik boleh senyum...dan makan...lega...

3 comments:

  1. kalau babi ada surat beranak dan ic mcm kita tentu dia dah buat sumpah tukar nama. ..... malu jadi anak babi.......

    ReplyDelete
  2. orang islam kalau dituduh makan babi sampai merah mata menahan marah, tapi kalau makan daging saudara sendiri (dgn mengumpat) buat selamba badak jer

    ReplyDelete
  3. Orang yahudi tak makan babi, tetapi mengapa mereka mahu memastikan orang Islam memakannya?

    ReplyDelete

Kongsi minda anda