Paparan

Search This Blog

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Jika hari ini berdirinya seorang pemimpin agong adalah kerana jasa seorang guru..... kerana guru adalah merupakan insan yang perlu dihormati selain daripada kedua ibu bapa kita. Jika hari ini guru merasa bangga kerana mereka adalah seorang guru yang banyak jasa dalam membantu anak-anak tulis dan baca, boleh memilih antara intan dan kaca dan tahu menghargai sejarah diri dan bangsa...lantas mengapa masih rasa terhina, pabila bicara menyebut "hanya seorang guru".....kita patut bangga dan melaung kepada dunia bahawa "aku adalah seorang guru".
Apakah yang melunturkan jiwa dan hati masyarakat untuk tidak lagi menghormati guru?. Apakah yang mendorong naluri guru untuk tidak lagi berbangga menjadi guru dan merasa rendah diri jadi seorang guru? Atau diri guru tidak lagi meletakkan kerjaya guru seagung namanya seorang guru? Guru-guru semua harus bertanya, membuat refleksi dan mengkaji sejenak sempena hari guru ini dan hari-hari yang berikutnya adakah sudah jitu usaha kita membangunkan anak bangsa... mendidik dan menjadi guru atau sekadar kerja makan gaji sebagai seorang guru.
Jika kita adalah guru lihatlah ke dalam mata hati anak didik kita...sampaikanlah ilmu yang bermanfaat...berbicaralah dengan berhemah dan tegurlah....nasihatlah...bimbinglah anak-anak kita dengan sabar ...kerana jika kita sudah hilang rasa untuk menasihati, membimbing, menegur dan saling mengingati nescaya jiwa guru sudah hilang di hati dan minda kita dan kita bukan lagi guru yang boleh diagungkan kerana tunjuk ajar yang kita berikan.
Jika hari ini kita menerima bertalu-talu dering sms mengucapkan hari guru daripada anak didik yang lampau pastinya kita sudah berjaya bertandang di hati mereka kerana tunjuk ajar yang diberikan. Pastinya akan ada didikan kita yang berkesan dan berguna di waktu mereka dewasa hari ini dalam menempuh gelora hidup di alaf yang sangat mencabar jiwa, minda dan keimanan mereka.
Jika hari ini kita berjaya menjadi guru yang disayangi..ini adalah kerana jasa guru kita dahulu yang mendidik kita dengan penuh kasih sayang.....
Terima kasih cikgu..kasih cikgu setanding kasih kedua ibu bapa kami...pesanan cikgu Ramli, cikgu kamariah dan cikgu Ali (Kaunselor) masih segar dalam ingatan....dan membuatkan saya ingin menjadi guru sehebat cikgu... menegur dan menasihati tanpa jemu walau pun saya sering membuat salah berulang kali... kemiskinan, masalah keluarga akibat perceraian tidak pernah melunturkan dan memuakkan cikgu untuk membimbing saya agar menjadi insan yang berguna. Alhamdulillah..berkat doa yang berpanjangan...saya ditemukan jodoh seorang suami yang sangat baik budi pekertinya dan tidak pernah jemu dengan kerenah adik-adik lelaki sehingga mereka bekerja dan berkahwin. itu semua kerana nasihat dan bimbingan guru....

2 comments:

  1. Terlalu banyak jasa cikgu kepada semua murid-murid dan setiap orang guru ada sesuatu yang dikenang oleh anak murid mereka, janganlah kita dikenang kerana kurangnya keikhlasan kita dalam mendidik mereka kerana mereka tahu siapa kita melalui tingkah laku kita terhadap mereka

    ReplyDelete
  2. Teruskanlah menabur bakti selagi hayat dikandung badan

    ReplyDelete

Kongsi minda anda