Paparan

Search This Blog

Thursday, May 21, 2009

NILAI SEORANG GURU

Semalam semasa saya sedang menunggu rawatan ibu di bahagian kecemasan Hospital Putrajaya, kelihatan seorang wanita yang tinggi lampai berulang kali keluar masuk di panggil masuk oleh petugas. Gelagat beliau menarik perhatian saya. Jalannya menundukk, agak laju dan tidak menghiraukan pesakit dan keluarga lain yang sedang menunggu. Dalam waktu yang sama hati agak risau melihat petugas dan nurse di bahagian tersebut yang serius dan memakai topeng keselamatan. Malahan semasa menuju kebahagian kecemasan awal tadi kereta kami ditahan dan terpaksa bersoal jawab dengan pengawal seketika. Rupanya di sini adalah unit saringan bagi H1N1. Risau jugak dibuatnya.

Sedang mata menumpu kepada kaca tv melihat berita yang dipaparkan, namun fikiran menerawang kepada virus yang sedang menular ini mengalih pemikiran daripada memberikan tumpuan kepada berita tersebut. Risalah mengenai H1N1 diambil dan dibaca. Di belakang kedengaran suara merungut menunggu farmasi yang agak lama..saya menoleh ..rupanya wanita yang keluar masuk tadi. mata saya tertumpu kepada matanya yang merah, lebam dan ada sedikit luka. sangka saya wanita itu telah dipukul oleh suaminya. Kami bertegur sapa sehingga terjawab persoalan kecederaan yang dialaminya.

Rupanya wanita itu seorang guru di sebuah sekolah menengah di USJ 3. Lebam mata adalah akibat ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki tingkatan 4 di mana beliau ada guru kelas murid itu. Beliau bercerita dengan suara yang bergetar, mungkin sedih dan rasa terhina akibat dari perbuatan pelajarnya itu. Pelajar tersebut katanya ada banyak maslah disiplin, ibu bapa sudah tidak dapat buat apa2 dan sering di bantu masalah kewangan kerana pelajar mengadu tiada wang. pelajar tersebut dari keluarga yg sesnya rendah. Katanya punca daripada perkara itu, beliau menegur pelajar tersebut yang sering membuli seorang pelajar perempuan yang menyebabkan pelajar itu takut untuk datang ke sekolah.

Sebagai insan biasa kita berfikir sejenak.. dimana nilainya seorang guru? jika guru tidak dapat lagi memberikan nasihat, menegur dan memberi tunjuk ajar..apa lagi kerja yang guru boleh buat. Menjadi guru tanpa mendidik ibarat menimba air menggunakan raga...lopak tak kering, air tak berbekas.Kerja guru bukan lagi murni dan bermakna. Jika hanya menyampaikan ilmu yang ada di dalam sukatan pelajaran hanya ilmu yang diperolehi. Ilmu yang disampaikan tanpa ihsan pasti tidak bermakna kepada membentuk modal insan yang seimbang.

Namun sebagai guru, permasalahan ini harus dilihat dari sudut yang berbeza. Kita harus 'reframe' mengapa pelajar tersebut berkelakuan sedemikian. Dimanakah peluang yang boleh kita ambil untuk melembutkan hatinya yang sudah keras dan kering itu. Hati kering adalah hati yang tidak terdidik dengan keimanan dan nilai peradaban kemanusiaan. itu yang menjadikan dirinya tidak mempunyai rasa hormat kepada orang lain da bertindak di luar kawalan batas kemanusiaan.

Apa yang dibimbangkan jika murid yang sebegini kita lahirkan hasil dari proses transformasi yang berlaku di dalam sekolah, martabat profesioan murni ini akan tercemar. Di mana lagi kuasa kita untuk mendidik anak murid. Ke mana perginya semua rasa hormat kepada guru yang memberikan ilmu dan nyawa kepada semua insan yang melalui proses transformasi di sekolah.

Guru malang itu pulang dengan muka yang kelat tanpa mengetahui saya juga seorang guru yang bersimpati dengan nasib rakan sejawat dalam bidang perguruan. Jika saya diberi peluang mencurahkan bakti dalam memimpin sekolah sahsiah murid akan menjadi fokus utama. Murid yang mempunyai sahsiah yang terbilang terdidik dengan nilai keagamaan akan dapat mengelakkan diri dari terjebak kepada salah laku disiplin yang merosakkan peluang mereka untuk berjaya. Misi saya adalah untuk mendekati murid yang bermasalah sama pentingnya dan harus diberikan kerana semua murid adalah berbeza latar belakang, kecerdasan dan g=faktor ses. Permuafakatan dengan ibubapa yang erat dan agensi luar akan membantu merealisasikan hasrat membangunkan murid di sekolah.


Bercakaplah dari hati kerana insyaallah akan dibuka hati-hati anak didik kita untuk mendengarnya...

3 comments:

  1. Teringat seorang pegawai polis yang melatih kadet polis, katanya "susah2 sangat cikgu dengan masalah displin ni, mengajar je lepas tu cukup bulan "cocoh" duit di ATM, habis cerita". Sanggupkah seorang guru melakukan sedemikian rupa?

    ReplyDelete
  2. Itulah cabaran dan dugaan kita sebagai guru. Semoga setiap insan yang bergelar guru akan lebih tabah, sabar dan ikhlas menjalankan tugas yang dianggap ibadat yang paling mulia. Walaupun pelajar telah semakin hilang rasa hormat terhadap guru, keikhlasan kita dalam menunaikan amanah Allah akan mendapat balasan jua dariNya. Amin.

    ReplyDelete
  3. Tersentuh juga dengan cerita dan ulasan Yati. Mungkin IPK boleh memikirkan utk memperkenalkan kursus keperibadian berkesan.

    ReplyDelete

Kongsi minda anda