Semalam merupakan hari yang agak sibuk semenjak balik dari lawatan ke jogja. Setelah berehat seminggu di katil, hati mula risau dek kertas projek. Anak-anak sekarang menghadapi peperiksaan so kena la bangun awal sikit ...siapkan breakfast dan hantar mereka lebih awal ke sekolah. Pagi tu terus berada di sekolah...lihat anak-anak di sekolah dan rakan yang keluar masuk kelas...terbit rindu untuk bersama dengan mereka semula...
walau pun hati kuat mengatakan untuk keluar ke jabatan lain, tapi jiwa masih di sekolah....saya senyum kepada diri...dan tahu apa yang perlu di buat selepas ini...Saya sentiasa berdoa untuk Allah tempatkan saya di tempat yang terbaik untuk diri....dan sekarang saya tau..tempat yang terbaik untuk saya hanyalah di sekolah bersama anak-anak di sekolah..
Pengetua pun ada bertanya kemana saya selepas ini?... berjumpa denga rakan-rakan saya juga dihujani dengan pertanyaan yang sama....saya fikir yang misterinya MPRINC kepada rakan lain kerana istilah principalship itu...jika kita ambil MPRINT biasa rasanya tak ada siapa hirau dan tanya kemana kita selepas tamat belajar...
Oleh kerana sekolah akan mengadakan perkembangan staf pada sabtu ini, saya mengambil kesempatan memohon dengan pengetua untuk mendapatkan satu slot bagi tujuan mentadbir soalan. Oleh kerana saya adalah penceramah daerah bagi kajian tindakan sekolah turut mengambil kesempatan agar saya dapat membantu slot tersebut.....well bercakap memang kegemaran saya so no problemo.....
Soal selidik yang diubahsuai dan ditambahbaik soalselidik pn zu dimurnikan dalam masa dua hari saja....sangat berterima kasih dan menghargai bantuan Pn. Zu...dia yang dapat meyakinkan datin apa yang saya nak kaji...jika tidak tak grad la saya.....
So petang ni berkejar ambik anak jam 6 dari Hospital Putrajaya ambil kesempatan print dan hantar kedai copy....besok pagi boleh la bagi kawan di sekolah kat sini utk rintis....
Baru peringkat permulaan.....lepas ni?????....
1. maaf sebab tak sempat tolong awak td.
ReplyDelete2. org yg sibuk itulah yg akan dapat buat semua kerja.kalau tak caya, org yang tak buat apa2 adalah org yg cakap byk kerja tapi tak buat apa2
Lepas ni nak mintak bahan2 dari awak sebab saya pun nak jadi penceramah jugak kat sekolah. he...he...
ReplyDelete