Paparan

Search This Blog

Saturday, May 23, 2009

Mengutip Data





Alhamdulillah pagi tadi selesai mengutip data di lapangan. Rakan guru di sekolah juga menunjukkan respon yang baik, mereka tetap mengisi walau pun jam sudah menunjukkan 12.30 hari. Dalam hati saya berdetik risau bila melihat penceramah lain mengambil masa yang lama sebelum menamatkan sesi. "Nak ke dia orang jawab kalau saya akhir sekali, nanti ada yang balik...habis la aku...". Hati berkata-kata. Nak di beri dulu kut la menganggu sesi yang awal. Saya memerhatikan rakan guru dari jauh. Betul la teori yang dipelajari semasa paper Datin YXGA6105, jika nak buat perkembangan staf kena sesuai dan mesti buat kajian keperluan terlebih dahulu. Kita harus buat perkembangan staf yang diperlukan oleh guru. jangan tangkap muat saja nanti guru tidak menumpukan perhatian. Saya lihat semasa pegawai dari Lembaga peperiksaan memberikan sesi ada yang menanda, membaca akhbar yang diletakkan di atas riba, atau melakukan kerja sendiri, terutamanya di belakang. Yang duduk depan kena la bagi tumpuan malu kat penceramah.

Tapi yang hebatnyanya hanya satu baris seramai 5 orang saja jejaka idaman melaya kat sekolah ni....mereka dok barisan belakang sekali seolah-olah sebagai benteng atau perisai kepada barisan pertahanan....depan pintu lak tu....sesekali keluar mencari ilham di balik bangunan.....

Di dalam amalan komuniti pembelajaran profesional, pembelajaran yang berkesan harus dijalankan dalam komuniti yang lebih kecil dan berbentuk bengkel. Jika ceramah perdana, bilangan komuniti yang besar akan menyebabkan yang duduk saf dibelakang agak lemah coveragenya....tak tercapai objektif pembelajaran yang sepatutnya....

sekarang dah dapat kutip data...langkah seterusnya kena masukkan dan analisis...besok kalu tak ada sapa kat IPK kena la mengadap Dr Chua...

6 comments:

  1. tahniah kerana data sudah berada di tangan, apa lagi tinggal kayuh saja. Mula-mula compute jadikan variabel untuk dilihat hubungan atau perbezaan. macam na agaknya jadi jajaka idaman melaya kerna kat smk gaal jejaka adalah majoriti

    ReplyDelete
  2. kesian sekolah tu jejaka makin pupus

    ReplyDelete
  3. Tahniah. Dah kutip data. Nanti boleh share tentang sebarang masalah dlm menghasilkan analisis

    ReplyDelete
  4. wah bertuahnya kat sekolah Gaal ramai jejaka...hantar la sebahagian kat sekolah kami pasti jadi tumpuan...

    ReplyDelete
  5. tahniah , dah berjaya kutip data. Lepas ni analisis dan bermulalah episod untuk mengayat bagi menyiapkan Bab 4. Semoga diberikan kelancaran untuk mengeluarkan idea yang bernas bagi mengulas analisis yang telah dilakukan.

    ReplyDelete

Kongsi minda anda