Paparan

Search This Blog

Saturday, May 23, 2009

Mengutip Data





Alhamdulillah pagi tadi selesai mengutip data di lapangan. Rakan guru di sekolah juga menunjukkan respon yang baik, mereka tetap mengisi walau pun jam sudah menunjukkan 12.30 hari. Dalam hati saya berdetik risau bila melihat penceramah lain mengambil masa yang lama sebelum menamatkan sesi. "Nak ke dia orang jawab kalau saya akhir sekali, nanti ada yang balik...habis la aku...". Hati berkata-kata. Nak di beri dulu kut la menganggu sesi yang awal. Saya memerhatikan rakan guru dari jauh. Betul la teori yang dipelajari semasa paper Datin YXGA6105, jika nak buat perkembangan staf kena sesuai dan mesti buat kajian keperluan terlebih dahulu. Kita harus buat perkembangan staf yang diperlukan oleh guru. jangan tangkap muat saja nanti guru tidak menumpukan perhatian. Saya lihat semasa pegawai dari Lembaga peperiksaan memberikan sesi ada yang menanda, membaca akhbar yang diletakkan di atas riba, atau melakukan kerja sendiri, terutamanya di belakang. Yang duduk depan kena la bagi tumpuan malu kat penceramah.

Tapi yang hebatnyanya hanya satu baris seramai 5 orang saja jejaka idaman melaya kat sekolah ni....mereka dok barisan belakang sekali seolah-olah sebagai benteng atau perisai kepada barisan pertahanan....depan pintu lak tu....sesekali keluar mencari ilham di balik bangunan.....

Di dalam amalan komuniti pembelajaran profesional, pembelajaran yang berkesan harus dijalankan dalam komuniti yang lebih kecil dan berbentuk bengkel. Jika ceramah perdana, bilangan komuniti yang besar akan menyebabkan yang duduk saf dibelakang agak lemah coveragenya....tak tercapai objektif pembelajaran yang sepatutnya....

sekarang dah dapat kutip data...langkah seterusnya kena masukkan dan analisis...besok kalu tak ada sapa kat IPK kena la mengadap Dr Chua...

Friday, May 22, 2009

PENGETUA PENERAJU PERUBAHAN

Alhamdulillah hari ni mula terasa membuat penyelidikan. Soal selidik yang telah dimurnikan berulangkali bersama Pn. Zu telah dapat siap dibuat salinan jam 11.00 malam tadi. Itu pun setelah berjanji dengan adik agar dia dapat menjaga ibu malam ini sahaja sebab nak sediakan bahan-bahan untuk hari sabtu nanti. Pagi-pagi hantar anak dan jenguk ibu dahulu, risau adik lelaki jaga banyak tidurnya...
Hari ni mula mengutip data rintis di sebuah sekolah menengah yang berhampiran. Sebelum ke sekolah singgah di kedai buku untuk mendapatkan pen bagi memudahkan respondan mengisi jawapan. Pintu kedai di tolak...tersengih anak muda dan menyapa dari jauh bertanya khabar. Hati berdetik semakin kacak budak ni ...lalu membalas senyum dan sapaannya...Nizar adalah merupakan bekas pelajar sekolah saya, di mana sekarang sedang menuntut Mass Com di UiTM Shah Alam. Nak jadi Broadcast Journalist, nanti boleh jemput dan interview cikgu masuk TV katanya bergurau. Saya selalu memberikan kata-kata perangsang apabila berpeluang bertemu dengannya yang bekerja di kedai buku secara sambilan semenjak sebelum melanjutkan pelajaran lagi. Jika cuti semester di situlah dia akan berkerja seharian bagi mendapatkan wang saku. Pen di bayar dan terus bergerak ke sekolah.
Smk Seri Sepang, adalah merupakan sebuah sekolah yang sudah lebih 20 tahun lamanya berbanding SMK BBST (Sekolah Saya). Pengetua yang ada sekarang baru 10 bulan yang berpindah dari SMK Cengal, Kelantan, menggantikan pengetuanya yang bersara. Sekolah ini, dari segi pencapaian akademiknya rendah, sahsiah murid yang teruk, tiada budaya dan iklim pembelajaran yang kondusif dan pengetua yang sebelumnya menggunakan stail autokratik.
Kereta menyusuri pintu masuk sekolah itu. Pintu pagar sudah bertukar warna, jaga senyum dan membuka palang, masuk terus, saya dapati ada bangunan tambahan yang baru. Laman sekolah sudah bertukar wajah. Saya menuju ke pejabat, ruangan masuk menuju pejabat sudah berubah wajah dan lebih ceria, tetamu di sambut dengan deruan air dari pasu hiasan. Saya naik ke tingkat satu menuju pejabat sekolah bagi mendapatkan kebenaran pengetua bagi membuat kajian rintis. Saya sering ke sekolah ini semasa masih bertugas kerana menghadiri mesyuarat. Saya nampak banyak yang telah berubah dan sekolah lebih ceria dan menyamankan. Bangunan sudah bertukar warna, mural yang baru dihasilkan kelihatan di sudut dan ruangan tertentu, deretan bunga yang hidup dan segar menyamankan pandangan sepanjang koridor pejabat dan bilik guru. Saya menolak daun pintu dan disambut senyuman kerani di dalam ruangan pejabat. Saya minta kebenaran untuk berjumpa dengan pengetua, namun ada tetamu di dalamnya. Di ruangan menunggu kelihatan seorang murid lelaki yang dari pengamatan saya bukanlah pelajar yang nakal, kerana dia kelihatan kemas, bersih dan tidak selekeh. Saya fikir mungkin lelaki di dalam bilik pengetua adalah bapa murid itu. Sesekali kedengaran dengan jelas loghat kelantan pengetua berbicara dengan bapa pelajar tersebut. Dari perbualanya saya dapati pelajar tersebut ada masalah disiplin. Pelajar itu menundukkan kepala apabila saya memerhatikannya.
Melihat suasana sekolah yang agak tenang saya membuka suara bertanya murid itu adakah sekarang waktu peperiksaan. Dia menjawab lemah, peperiksaan sudah selesai minggu lalu. Saya berfikir sejenak, apa magis yang di bawa pengetua baru yang berloghat kelantan ini telah menukar sekolah yang satu waktu dahulu dianggap 'sinking school' dan tidak menjadi pilihan ibu bapa?. Jika ada pelajar yang bermasalah masuk ke sekolah kami, dia pastinya di buang dari seri sepang. Dalam saya berfikir sendirian, seorang guru wanita menyapa. Dari namanya saya kenal dia adalah penolong kanan yang saya lihat di carta organisasi sekolah sebentar sejurus masuk ke pejabat. Sebenarnya tadi saya mencari nama pengetua. Tapi penolong kanan telah bertukar baru (guru sekolah itu juga) kecuali PK Ko dan penyelia petang yang saya dah lama kenal dengannya. Saya menyatakan hasrat berada di situ, dan beliau membenarkan saya berjumpa dengan guru terlebih dahulu memandangkan pengetua ada tamu.
Setelah sejam berada di bilik guru saya selesai mengedarkan 30 soal selidik dan meminta kawan saya mengumpulkannya. Saya mengambil kesempatan bertanya dari segi kejelasan, bahasa yang digunakan dan susun atur item. Semuanya ok kecuali bahagian kualitatif yang mereka agak keberatan untuk menulis pendapat. Saya dapati juga ramai yang tidak pernah mendengar PLC, ini memberi ruang untuk saya menerangkan sepintas lalu, bahawa PLC bukanlah sesuatu yang asing kepada guru. PLC sering menjadi amalan guru-guru kita cuma, tidak dijenamakan sebagai PLC.
Jam 11 saya berjumpa pengetua. Melihat raut wajahnya, saya fikir beliau seorang yang mesra. Siapa tak kenal orang kelantan yang comel dan peramah, lembut berbicara dan tutur katanya jelas satu persatu. Ada ketenangan dan kematangan seorang pemimpin yang berkaliber. Pn Hjh Faridah Che Hussin menyambut saya dengan begitu mesra. Nama beliau dari Kementerian sepatutnya menggantikan pengetua saya, namun oleh kerana Grednya yang masih DG48 maka beliau tidak layak berada di sekolah saya pengetua DG52.
Beliau menceritakan detik menerima tawaran pada 30 April 2008 ke sekolah saya, iaitu sebulan setengah sebelum pengetua kami pencen. Hatinya berbunga riang cantik katanya sekolah kami macam kolej. Ok la sama taraf dengan SMK Cengal yang sudah dibangun dan dimajukan olehnya. Namun memo yang diterima pada Jun meruntunkan hatinya apabila diberikan nama sekolah lain iaitu SMK Seri Sepang di BBST. Beliau kehairanan mengapa berubah. Namun beliau
datang melaporkan diri atas arahan yang diberikan.
Keadaan sekolah dari segi fizikal, murid, guru dan staf mengejutkan beliau. Kedatangan yang tidak bersambut sebagaimana beliau menjadi pengetua di Kelantan (walau pun telah dimaklumkan kepada penlong kanan beliau akan melapor diri) telah memberikan gambaran bahawa sekolah tersebut tiada budaya. Oleh itu fokus utama beliau ialah membentuk budaya, memulihkan fizikal dan persekitaran sekolah agar selamat, ceria dan bersih, memperkasakan guru tingkatan dan guru disiplin, memperkasakan penolong kanan, menangani disiplin dan sahsiah murid, mengutamakan pembelajaran murid dan mengadakan hubungan yang erat dengan ibubapa dan agensi luar. Hasilnya selama 10 bulan sekolah berubah wajah, pembelajaran murid menampakkan hasil melalui peningkatan pencapaian, masalah disiplin berkurangan dan guru yang sebelum ini sering mengisi borang keluar tiada seorang pun yang mengisi borang pindah. Besok sekolah akan menerima anugerah khas daripada PPD sempena hari guru. Tahniah kepada Pn Hjh Faridah dan guru-guru SMK Seri Sepang.
Itu yang membezakan di antara pemimpin dan pengurus. Pemimpin akan berusaha mencipta inovasi yang membawa perubahan kepada penambahbaikan sekolah yang berterusan. Meminjam kata-kata beliau, "usaha yang luar biasa akan membawa hasil yang juga luar biasa. Jika kita bekerja biasa-biasa sahaja maka kita akan hanya mendapat hasil yang seperti biasa dan tiada perubahan. Namun tidak ada yang istimewanya beliau hanya kita perlu memberikan lebih tumpuan dan sentuhan. setiap permasalahan akan terus di ambil tindakan. Saya tidak boleh menunggu setahun untuk membuat perubahan, kerana keadaan dan persekitaran sekolah, murid dan guru merimaskan saya untuk hanya duduk di kerusi. Saya lihat sekolah ada masalah maka saya perlu cari jalan untuk membuat perubahan".
Untuk menjadi pengetua bukan kerja yang mudah kerana kita tidak boleh memilih sekolah yang kita inginkan. Pengetua yang hebat adalah dapat membawa perubahan daripada sinking school kepada moving school. Semuga Pn Hjh akan terus berjaya membawa penambahbaikan dan keberkesanan kepada sekolah.

Thursday, May 21, 2009

NILAI SEORANG GURU

Semalam semasa saya sedang menunggu rawatan ibu di bahagian kecemasan Hospital Putrajaya, kelihatan seorang wanita yang tinggi lampai berulang kali keluar masuk di panggil masuk oleh petugas. Gelagat beliau menarik perhatian saya. Jalannya menundukk, agak laju dan tidak menghiraukan pesakit dan keluarga lain yang sedang menunggu. Dalam waktu yang sama hati agak risau melihat petugas dan nurse di bahagian tersebut yang serius dan memakai topeng keselamatan. Malahan semasa menuju kebahagian kecemasan awal tadi kereta kami ditahan dan terpaksa bersoal jawab dengan pengawal seketika. Rupanya di sini adalah unit saringan bagi H1N1. Risau jugak dibuatnya.

Sedang mata menumpu kepada kaca tv melihat berita yang dipaparkan, namun fikiran menerawang kepada virus yang sedang menular ini mengalih pemikiran daripada memberikan tumpuan kepada berita tersebut. Risalah mengenai H1N1 diambil dan dibaca. Di belakang kedengaran suara merungut menunggu farmasi yang agak lama..saya menoleh ..rupanya wanita yang keluar masuk tadi. mata saya tertumpu kepada matanya yang merah, lebam dan ada sedikit luka. sangka saya wanita itu telah dipukul oleh suaminya. Kami bertegur sapa sehingga terjawab persoalan kecederaan yang dialaminya.

Rupanya wanita itu seorang guru di sebuah sekolah menengah di USJ 3. Lebam mata adalah akibat ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki tingkatan 4 di mana beliau ada guru kelas murid itu. Beliau bercerita dengan suara yang bergetar, mungkin sedih dan rasa terhina akibat dari perbuatan pelajarnya itu. Pelajar tersebut katanya ada banyak maslah disiplin, ibu bapa sudah tidak dapat buat apa2 dan sering di bantu masalah kewangan kerana pelajar mengadu tiada wang. pelajar tersebut dari keluarga yg sesnya rendah. Katanya punca daripada perkara itu, beliau menegur pelajar tersebut yang sering membuli seorang pelajar perempuan yang menyebabkan pelajar itu takut untuk datang ke sekolah.

Sebagai insan biasa kita berfikir sejenak.. dimana nilainya seorang guru? jika guru tidak dapat lagi memberikan nasihat, menegur dan memberi tunjuk ajar..apa lagi kerja yang guru boleh buat. Menjadi guru tanpa mendidik ibarat menimba air menggunakan raga...lopak tak kering, air tak berbekas.Kerja guru bukan lagi murni dan bermakna. Jika hanya menyampaikan ilmu yang ada di dalam sukatan pelajaran hanya ilmu yang diperolehi. Ilmu yang disampaikan tanpa ihsan pasti tidak bermakna kepada membentuk modal insan yang seimbang.

Namun sebagai guru, permasalahan ini harus dilihat dari sudut yang berbeza. Kita harus 'reframe' mengapa pelajar tersebut berkelakuan sedemikian. Dimanakah peluang yang boleh kita ambil untuk melembutkan hatinya yang sudah keras dan kering itu. Hati kering adalah hati yang tidak terdidik dengan keimanan dan nilai peradaban kemanusiaan. itu yang menjadikan dirinya tidak mempunyai rasa hormat kepada orang lain da bertindak di luar kawalan batas kemanusiaan.

Apa yang dibimbangkan jika murid yang sebegini kita lahirkan hasil dari proses transformasi yang berlaku di dalam sekolah, martabat profesioan murni ini akan tercemar. Di mana lagi kuasa kita untuk mendidik anak murid. Ke mana perginya semua rasa hormat kepada guru yang memberikan ilmu dan nyawa kepada semua insan yang melalui proses transformasi di sekolah.

Guru malang itu pulang dengan muka yang kelat tanpa mengetahui saya juga seorang guru yang bersimpati dengan nasib rakan sejawat dalam bidang perguruan. Jika saya diberi peluang mencurahkan bakti dalam memimpin sekolah sahsiah murid akan menjadi fokus utama. Murid yang mempunyai sahsiah yang terbilang terdidik dengan nilai keagamaan akan dapat mengelakkan diri dari terjebak kepada salah laku disiplin yang merosakkan peluang mereka untuk berjaya. Misi saya adalah untuk mendekati murid yang bermasalah sama pentingnya dan harus diberikan kerana semua murid adalah berbeza latar belakang, kecerdasan dan g=faktor ses. Permuafakatan dengan ibubapa yang erat dan agensi luar akan membantu merealisasikan hasrat membangunkan murid di sekolah.


Bercakaplah dari hati kerana insyaallah akan dibuka hati-hati anak didik kita untuk mendengarnya...

ANAK-ANAK DI SEKOLAH

Semalam merupakan hari yang agak sibuk semenjak balik dari lawatan ke jogja. Setelah berehat seminggu di katil, hati mula risau dek kertas projek. Anak-anak sekarang menghadapi peperiksaan so kena la bangun awal sikit ...siapkan breakfast dan hantar mereka lebih awal ke sekolah. Pagi tu terus berada di sekolah...lihat anak-anak di sekolah dan rakan yang keluar masuk kelas...terbit rindu untuk bersama dengan mereka semula...

walau pun hati kuat mengatakan untuk keluar ke jabatan lain, tapi jiwa masih di sekolah....saya senyum kepada diri...dan tahu apa yang perlu di buat selepas ini...Saya sentiasa berdoa untuk Allah tempatkan saya di tempat yang terbaik untuk diri....dan sekarang saya tau..tempat yang terbaik untuk saya hanyalah di sekolah bersama anak-anak di sekolah..

Pengetua pun ada bertanya kemana saya selepas ini?... berjumpa denga rakan-rakan saya juga dihujani dengan pertanyaan yang sama....saya fikir yang misterinya MPRINC kepada rakan lain kerana istilah principalship itu...jika kita ambil MPRINT biasa rasanya tak ada siapa hirau dan tanya kemana kita selepas tamat belajar...

Oleh kerana sekolah akan mengadakan perkembangan staf pada sabtu ini, saya mengambil kesempatan memohon dengan pengetua untuk mendapatkan satu slot bagi tujuan mentadbir soalan. Oleh kerana saya adalah penceramah daerah bagi kajian tindakan sekolah turut mengambil kesempatan agar saya dapat membantu slot tersebut.....well bercakap memang kegemaran saya so no problemo.....

Soal selidik yang diubahsuai dan ditambahbaik soalselidik pn zu dimurnikan dalam masa dua hari saja....sangat berterima kasih dan menghargai bantuan Pn. Zu...dia yang dapat meyakinkan datin apa yang saya nak kaji...jika tidak tak grad la saya.....

So petang ni berkejar ambik anak jam 6 dari Hospital Putrajaya ambil kesempatan print dan hantar kedai copy....besok pagi boleh la bagi kawan di sekolah kat sini utk rintis....

Baru peringkat permulaan.....lepas ni?????....

Tuesday, May 19, 2009

Babi dan Influenza

Ada empat sekawan di rimba hijau, mereka ini sangat rapat dan sentiasa bersama ke mana jua. Pada satu hari gajah, singa dan zirafah keluar mencari sang babi untuk bermain...Apabila sampai di kediaman sang babi mereka bertiga melihat dia sedang duduk termenung di tepi kolamnya...

Zirafah dari jauh memanggil hey...babi apa yang engkau menungkan tu? tapi babi senyap je tak menyahut panggilan sang zirafah.....mereka berpandangan teruk agaknya masalah yang ditanggung oleh babi ni.... singa kemudiannya memanggil pula...babi...o babi...dok buat apa tu? senyap je...tiada sahutan dari sang babi mereka berdua memandang sang gajah kehairanan ....

Gajah dengan selamba je berjalan menghampiri sang babi dan memanggil hey influenza apala yang engkau fikirkan tu kami panggil pun tak dengar?... Sang babi menoleh dan senyum....nama aku dah bertukar baru.....engkau kena panggil aku influenza mulai hari ni...ingat tu...

kalau gitu tak boleh sebut selsema babi lagi....nanti camna nak samak kalu terkena selsema babi? ada sapa-sapa boleh bagi jawapan.....

ni cerita orang yang baru balik dari ofis....hari ni ceria dan boleh buat lawak sebab dah hilang sakit gigi yang ditanggung selama 4 hari selepas dicabut gigi....semalam cabut lagi satu gigi...
hari ni balik boleh senyum...dan makan...lega...

SMART WALLET

Pernah dengar tentang 'Smart Wallet'?. Sekarang anda tak perlu lagi bawa dompet dan wang tunai ke mana-mana. Jika selama ini kita membawa kad kredit, wang tunai dan lain-lain kad yang digunakan sebagai alat pembayar. Kini anda hanya perlukan telefon bimbit sahaja untuk menikmati secawan kopi, menaiki LRT atau membayar pembelian barangan dapur dan keperluan di pasaraya. Canggih kan. Itu lah inovasi. Setiap hari manusia sentiasa berfikir untuk mencipta sesuatu yang baru dan menyaingi produk keluaran yang lain agar dapat memenangi hati pelanggan serta akhirnya menggandakan keuntungan.

Selepas tiga tahun percubaan, Visa boleh digunakan melalui telefon bimbit 3G yang dipasang 'Near Field Communication' (NFC) sebagai alat pembayaran. Telefon bimbit telah diinovasikan menjadi dompet pintar yang dilengkapi dengan kad kredit juga melalui perkongsian pintar bersama Maybank, touch n go dan Maxis. Pemegang kad kredit Visa Maybank boleh download secara terus menggunakan nokia 6212 classic di mana taliannya adalah melalui maxis. Kaedah ini telah meluas digunakan di jepun. Namun untuk penggunaan seluruh dunia visa telah melancarkannya pada bulan lalu. Ini akan meningkatkan saingan kepada mastercard untuk mencari inovasi yang lebih canggih lagi

Di masa akan datang anda perlu memberikan anak-anak telefon bimbit sahaja dan mereka boleh membayar tol, makanan, membeli pakaian baru, menaiki LRT dan mana-mana yang ada touch n go atau paywave visa di pusat perniagaan komersial di bandar-bandar besar. Hari ini anda boleh menikmati secawan kopi di sebuah restoran di KLCC yang boleh di bayar dengan menggunakan smart wallet.

Tapi awas, walau pun begitu canggih dan memudahkan kita untuk membayar tanpa memerlukan membawa dompet terdapat kebaikan dan keburukan yang mengundang jika tidak berwaspada...

Kelebihannya.. kita tidak perlu membawa beg tangan atau dompet dan mengelakkan di ragut, memudahkan untuk membayar hanya ada satu alat sahaja, cepat dan tidak perlu beratur untuk membayar bil dan sebagainya..

Namun keburukannya.... jika tidak dikawal bil telefon dan visa akan melambung setiap bulan...anak-anak kita akan menggunakan telefon bimbitnya yang sentiasa berwang kerana akan sentiasa dicajkan kepada visa.. anak-anak akan lebih mengamalkan sifat boros serta tidak cermat dalam berbelanja.. semuanya mudah hanya touchkan telefon bimbit pada peranti alat pembayar di mana-mana kaunter bayaran... tauke lori pun boleh jual tayar di buatnya... Tambahan pula..telefon akan menjadi sangat berharga dan harus berhati-hati agar tidak kecurian jika tidak kita menanggung hutang akibat diguna oleh pencuri...bagaimana dengan penipuan internet adakah hackers boleh akses mobile kita dan mencuri maklumat atau mengcajkan pembayaran melalui telefon bimbit kita....tunggu dan lihat apabila digunakan secara menyeluruh nanti....

Siapa ada Visa maybank boleh la beralih kepada maxis dan beli telefon nokia 6212 classic.... anak saya pakai telefon tu? tapi rasanya tak sanggup nak bayar bil lagi...bil telefon untuk anak 4 orang pun dan kami pasangan suami isteri pun cecah ribuan sebulan...

Monday, May 18, 2009

Thesis atau Disertasi?

Dalam usaha mengolah kembali penulisan kertas projek, saya mencari semula buku-buku yang telah disediakan untuk menambahkan literatur...Dalam sibuk menyusun deretan buku dirak yang sudah semakin semak itu terjumpa satu buku yang seharusnya digunakan untuk menulis laporan kertas projek. Buku itu bertajuk "writing the winning thesis or dissertation" oleh Glatthorn dan Joyner (2005). Buku ini memberikan tips dalam bahasa yang mudah untuk difahami bagaimana menulis laporan dengan baik. Saya telah membacanya sepintas lalu dan mendapati bahawa terdapat perbezaan di antara tesis dan disertasi seperti berikut:
1. Tesis adalah untuk master yang lebih pendek laporannya berbanding disertasi untuk Phd yang lebih panjang dan mendalam.
2. Disertasi dari segi metodologinya lebih teliti atau terperinci berbanding tesis.
3. Tesis adalah laporan projek yang lebih mudah berbanding disertasi Phd yang menganalisis sesuatu isu yang lebih sukar dan mendalam.
Antara cadangan penulis adalah:
1. Laporan kertas projek atau disertasi adalah merupakan keupayaan diri seseorang.
2. dokumenkan semua fakta atau idea yang merupakan buah fikiran orang lain.
3. terima bantuan pembantu bagi mengedit hasil tulisan kita.
4. Nyatakan penulis asal.
5. Beri penghargaan kepada sesiapa sahaja yang banyak membantu
6. Analisis keperluan seperti masa, kewangan, sumber dan peralatan.
7. Sentiasa dapatkan bantuan dan penasihatan daripada penyelia atau sesiapa shj yang pakar.
Lain-lain akan dibaca kemudian apabila selesai pening lalat nak siapkan olahan semula ni....

Sunday, May 17, 2009

Minda Lestari

Minda Lestari adalah merupakan tema penulisan umum Prof. Dr.Ir Zaini Ujang Naib Canselor UTM bermula sejak alaf baru tahun 2000. Hasil tulisan beliau telah diterbitkan di dalam akhbar Berita Harian bermula tahun 2004 sehingga tahun 2008. Saya sering menggunakan rencana beliau untuk tujuan pembelajaran pelajar-pelajar tingkatan 6 bagi mata pelajaran Pengajian Am di sekolah. Selama tempoh itu lebih 200 naskah makalah ditulis dan di siarkan serta mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pembaca. Hasil daripada itu lahirlah sebuah buku beliau yang diberi tajuk "Minda Lestari: Pembangunan Negara dan Pemuliharaan Alam Sekitar".
Minda Lestari yang didefinisikan oleh beliau adalah pemikiran, gaya fikir dan disiplin akliah yang menjadikan kesejahteraan masyarakat sebagai matlamat pembangunan menerusi alam sekitar yang bersih dan selamat, sistem pembangunan yang cekap, dan dasar serta amalan gaya hidup selari dengan fitrah insaniah.
Minda Lestari juga pada pendapat beliau berkaitan dengan pemikiran atau minda kelas pertama. Di mana minda kelas pertama memberi makna pemikiran dan sikap progresif, maju dan proaktif yang membentuk budaya dan amalan hidup yang berkualiti yang setanding dengan bangsa dan negara maju. Pada hemat penulis, realitinya masyarakat kita masih belum sampai tahap berminda kelas pertama. Masih ramai yang tidak berasa bersalah membuang sampah, merokok di khalayak ramai, mencemar sungai dan menebang pokok. Masih kurang dalam kalangan kita yang sanggup berjuang, menjadi pencinta dan wira untuk memastikan alam sekitar tidak dicemari.
Buku ini sangat baik untuk dibaca bagi membuka minda kita agar lebih perihatin terhadap pemuliharaan alam sekitar yang semakin tercemar dan sehingga menyebabkan pemanasan global dan lain-lain kesan yang memudaratkan kehidupan manusia.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Jika hari ini berdirinya seorang pemimpin agong adalah kerana jasa seorang guru..... kerana guru adalah merupakan insan yang perlu dihormati selain daripada kedua ibu bapa kita. Jika hari ini guru merasa bangga kerana mereka adalah seorang guru yang banyak jasa dalam membantu anak-anak tulis dan baca, boleh memilih antara intan dan kaca dan tahu menghargai sejarah diri dan bangsa...lantas mengapa masih rasa terhina, pabila bicara menyebut "hanya seorang guru".....kita patut bangga dan melaung kepada dunia bahawa "aku adalah seorang guru".
Apakah yang melunturkan jiwa dan hati masyarakat untuk tidak lagi menghormati guru?. Apakah yang mendorong naluri guru untuk tidak lagi berbangga menjadi guru dan merasa rendah diri jadi seorang guru? Atau diri guru tidak lagi meletakkan kerjaya guru seagung namanya seorang guru? Guru-guru semua harus bertanya, membuat refleksi dan mengkaji sejenak sempena hari guru ini dan hari-hari yang berikutnya adakah sudah jitu usaha kita membangunkan anak bangsa... mendidik dan menjadi guru atau sekadar kerja makan gaji sebagai seorang guru.
Jika kita adalah guru lihatlah ke dalam mata hati anak didik kita...sampaikanlah ilmu yang bermanfaat...berbicaralah dengan berhemah dan tegurlah....nasihatlah...bimbinglah anak-anak kita dengan sabar ...kerana jika kita sudah hilang rasa untuk menasihati, membimbing, menegur dan saling mengingati nescaya jiwa guru sudah hilang di hati dan minda kita dan kita bukan lagi guru yang boleh diagungkan kerana tunjuk ajar yang kita berikan.
Jika hari ini kita menerima bertalu-talu dering sms mengucapkan hari guru daripada anak didik yang lampau pastinya kita sudah berjaya bertandang di hati mereka kerana tunjuk ajar yang diberikan. Pastinya akan ada didikan kita yang berkesan dan berguna di waktu mereka dewasa hari ini dalam menempuh gelora hidup di alaf yang sangat mencabar jiwa, minda dan keimanan mereka.
Jika hari ini kita berjaya menjadi guru yang disayangi..ini adalah kerana jasa guru kita dahulu yang mendidik kita dengan penuh kasih sayang.....
Terima kasih cikgu..kasih cikgu setanding kasih kedua ibu bapa kami...pesanan cikgu Ramli, cikgu kamariah dan cikgu Ali (Kaunselor) masih segar dalam ingatan....dan membuatkan saya ingin menjadi guru sehebat cikgu... menegur dan menasihati tanpa jemu walau pun saya sering membuat salah berulang kali... kemiskinan, masalah keluarga akibat perceraian tidak pernah melunturkan dan memuakkan cikgu untuk membimbing saya agar menjadi insan yang berguna. Alhamdulillah..berkat doa yang berpanjangan...saya ditemukan jodoh seorang suami yang sangat baik budi pekertinya dan tidak pernah jemu dengan kerenah adik-adik lelaki sehingga mereka bekerja dan berkahwin. itu semua kerana nasihat dan bimbingan guru....

Wednesday, May 6, 2009

jogja kota budaya

Hari ini 6 mei merupakan hari kedua kami di sini, menginap di Puri Aurtha Hotel. Dekorasi hotel bali-javaness menunjukkan ciri-ciri kebudayaan indonesia yang sejati. Lanskap yang menarik. Cuma bilik agak tidak berfungsi sistem penyaman udaranya dan shower yang agak kecil. Afterall everthings is great especially layanan stafnya. Orang indonesia memang first class kalau melayan tetamu.

Hari ini kami akan melawat universiti Gadjah Mada dan Sekolah di Jogjakarta ini. Dan kemudiannya bermalam di Solo. Malam ni boleh nyanyi lagu Bengawan Solo dengan Datin..dia memang minat lagu tu...tapi problemnya aku tak tau lirik dan melodi dia...kena buat research...lagu tu lepas ni....Pak Yus bilang Kami ni semuathe leaders of research and innovation...

Ketemu lagi....