Paparan

Search This Blog

Thursday, October 8, 2009

Peperiksaan.....

Semenjak dari Kak Ain ambik UPSR pada tahun 2005, setiap tahun hati memang risau je kerana akan ada anak yang menduduki peperiksaan. Tahun lepas 2008 kak ain PMR, tahun ni 2009 Muaz ambik PMR, tahun 2010 Kak ain SPM dan Nani PMR, 2011 Muaz pulak SPM....kemudian nani pulak dan Zammil lak. Pendek kata tak ada break.....itula penangannya kalau anak berderet setahun sorang..

Mama, abah, kak ain, nani dan muaz sentiasa mendoakan kejayaan muaz.....semoga dapat cemerlang ya sayang...

Semalam g jenguk Muaz sekejap kat sekolahnya (sekolah lama saya). Bestnya dapat jumpa rakan2. Sembang dgn PK lama jugak...dapat la tips...

Budaya sekolah lama dengan sini sangat berbeza....banyak yang perlu dibangunkan...rasanya kena cari tips membangunkan budaya sekolah pulak....tapi dari aspek murid le....

Unit HEM sediakan sarapan pagi untuk calon PMR. Terima kasih kepada semua guru yang turun dan bantu guru bertugas mengagihkan roti pelbagai perisa (mini pizza, sausage, coklat, butter dan cheese), air mineral dan kismis kepada murid. Roti dapat diskaun ehsan Kak Maria tauke kilang roti daripada RM1.20 bagi 70 sen sahaja. Semoga rahmat Allah kepada perniagaan kak maria. amin. Semoga murid-murid dapat menjawab peperiksaan dengan cemerlang.

6 comments:

  1. Anak buah sy pun ambil PMR. Kelas baru diserahkan masa reposting. Mudah2-an mereka bejaya dan cemerlang

    ReplyDelete
  2. pakwar begitu sibuk bermula 7.15 pagi untuk memberikan taklimat kepada calon sekolah sehingga kepada bacaan doa.. tapi seronok untuk melaksanakannya

    ReplyDelete
  3. JH begitu sibuk masa minggu PMR - bermula pukul 6.30 pagi ke bilik kebal untuk mengambil soalan PMR dan menguruskan peperiksaan PMR dengan jayanya.

    ReplyDelete
  4. Flower Power pun sibuk beri taklimat mengenai PMR, apa yang boleh buat... apa yang tak boleh...

    ReplyDelete
  5. waris hanya dapat berdoa supaya murid waris berjaya...sebagai kp sejarah waris pastikan guru2 sejarah form 3 telah membuat kelas persediaan secukupnya bersama2 murid2. alhamdullillah hari sabtu lalu waris bangga dengan cikgu fadhil dan cikgu roa'ani yang mengadakan kelas pecutan terakhir subjek sejarah dari jam 8.00 sampai 12.00, waris sempat menjenguk mereka di sekolah...cikgu roslina tah ke mana...haram tak nampak...

    ReplyDelete
  6. tahniah kepada semua guru yang sentiasa berusaha ke saat-saat akhir untuk kejayaan murid...

    cikgu muaz saya sabtu dan ahad pun buat kelas...

    tapi sedih betul dengan cikgu2 sekolah saya...rileks je....

    tak pernah sepanjang saya berkhidmat melihat guru2 yang serileks ini...entahlah..

    ReplyDelete

Kongsi minda anda