Semalam pagi khamis bersama dengan PK sampaikan sumbangan maruku dan duit kepada murid-murid berbangsa india yang menyambut dewali. Naik daripada dewan, masuk bilik mesyuarat discuss dengan PK dan guru-guru mata pelajaran T5 mengenai perancangan untuk membantu saat-saat akhir murid kelas 5 Zaaba yang ramai fail terutama BM.
Semasa perbincangan dengan menggunakan kaedah brainstorming memperlihatkan sikap sebenar setiap guru termasuk GK. Jika berada dalam zon selesa memang susah nak cungkil pinggul untuk bangun, berdiri dan melangkah kaki untuk berlari dengan sesungguh hati. Namun tak boleh kencang sangan nanti terkejut beruk...susah lak...
Saya memang tak tahan melihat murid seolah-olah tiada aktiviti pembelajaran. Guru macam rileks je...ari tu masa PMR tak nampak suasana nak exam....sekarang tiba giliran SPM pulak...murid-murid melepak macam tak ada tujuan hidup...lalu suarakan suara hati kepada PK. Itu yang timbul nak buat perbincangan semalam.
Lepas tu panggil murid dan suara hati guru murid berlangsung di bilik mesyuarat. 1.30 tgh ke rumah terbuka pengetua. Memang tabik kat pengetua sampai cuti nak masak untuk staf. Ada tiga menu utama Nasi minyak, rojak pesembur dan Mee utara ( macam mee jawa ). semuanya sedap-sedap dan pedas...
Hari ni jumaat cuti sakan (cuti peristiwa dewali, isnin cuti ganti lak). dapat la kemas kat dapur kejap dan selesaikan mendobi. ptg zammil ada jamuan di sekolah agama....belanja KFC 2 barrel kat kawan2 zammil...tak larat nak masak....rasa nak rileks je...ramai jugak ibu bapa yang hadir.
Balik dah petang singgah rumah jiran beraya. Jam 6 balik berkejar masak...tgh dok masak hubby dah balik ..kelam kabut buat air...apasal balik awal lak ari ni...selalu jam 9.30 mlm baru sampai...rupanya ada meeting kat GMI bangi...ada projek yang belum siap..dah tu singgah kat MFI juga kat bangi katanya. Jam 6.45 ambik nani kat sekolah...si nani nak KFC jugak singgah beli..jam 7.30 baru sampai rumah...
anak2, in law ( doktor yang baru balik tu ) and my hubby tgh makan...Anak2 memang dah jadi habit mesti makan sebelum jam 8.00. Kalu tak makan time tu mereka memang tak makan dah...
istilah makan malam tak ada rumah kami...mak saya dulu marah kat kami makan waktu maghrib katanya tak elok..tapi nak wat cam na...bila balik sekolah kesian mereka kelaparan..terus makan. Bila dah makan naik mandi solat dan tusyen...itula rutin hidup mereka...
cara hidup dolu-dolu dan kini memang berubah...namun nilai seharusnya tetap sama....
rutin hidup sememangnya dah berubah jika dibandingkan dengan rutin masyarakat dahulu. Apa-apapun pastikan nilai keagamaan tidak dikesampingkan.
ReplyDeleteTQ JH. nilai keagamaan tetap kena diperteguhkan kepada anak cucu. jika kita sudah mula lupa akan hubungan dengan tuhan dan manusia itu tandanya dunia dah makin dekat dengan kiamat..
ReplyDelete