Paparan

Search This Blog

Thursday, October 1, 2009

Tragedi Oktober...

Kejadian yang berlaku semalam seolah-olah merupakan amarah Allah kepada manusia....baca sahaja bait-bait kalimah Allah dalam surah Arrahman...darah pasti berderau...

dalam jangkamasa sehari semalam beberapa kejadian peringatan Allah yang diingatkan kepada manusia...gempa bumi di Padang, tsunami di Samoa, taufan ketsana di pantai timur yang sebelum ni melanda melumpuhkan Filipina dan bergerak ke Vietnam. Taufan ketsana juga telah menjejaskan penduduk di Pantai Timur iaitu Kelantan dan jertih terengganu. Di Kelantan sehingga Jeli dan Kuala Krai...ini bererti ribut yang datang membawa hujan sangat kuat sehingga ke tengah daratan...penduduk di Bachok, tumpat, dan deretan kedai PCB tentunya terjejas teruk.

marilah kita bersama berdoa dan sujud kepada kebesaran Allah. Jika kita masing-masing menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sama ada sebagai ibu bapa, guru, ahli masyarakat, pemimpin politik dan sesiapa sahaja tentunya gejala sosial, maksiat dan perkara yang menjelekkan tidak akan berlaku.

Lihat la apa yang jadi dengan anak2 kita hari ini...remaja sekolah lelaki sudah beramai-ramai menjadi gay, anak dara kita tiada lagi segan silu mengajak lelaki untuk masuk ke rumah dan melakukan maksiat ketika keluarga semuanya ada di dalam rumah...ayah tidak lagi segan silu merogol anak sendiri, isteri tidak lagi segan silu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain malahan bukan islam, ibu tidak lagi kisahkan anak-anak, abang ipar sesuka hati menjadikan adik isteri sebagai pelacur murahan, anak-anak gadis yang masih bersekolah tidak lagi rasa berdosa dan bersalah menjual diri kerana kemewahan dan pelbagai lagi musibah yang diberitakan semenjak dua bulan kebelakangan ini.

Wallahuallam..

3 comments:

  1. Malaysia perlu diubah dari segi pemerintahan agar pemimpin baru yang mengambil alih lebih bertanggung jawab dan amanah kepada agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  2. tarikh 24.12.2012 makin hampir...tanda akhir zaman dah kelihatan...gerak gempa yang terkuat dan terbesar sedang menunggu masa untuk meletus....tunggu aje...

    ReplyDelete
  3. Setiap diri itu adalah pemimpin, oleh itu kita bertanggungjawab ke atas ahli di bawah pimpinan kita. Tidak wajar kita hanya melihat apa yang orang lain tidak buat, yang lebih penting apakah diri kita sudah melaksanakan amanah kepimpinan yang ada dan diamanahkan kepada kita.

    ReplyDelete

Kongsi minda anda