Paparan

Search This Blog

Tuesday, October 6, 2009

Bad Mood

Hari ini terasa begitu malap dan melemaskan. Mungkin tidak cukup tidur kerana memasak untuk adua anak yang ada jamuan raya di sekolah. Di sekolah semalam dan hari ini begitu menekan jiwa. Semalam ada murid yang terlibat dengan kes polis. Kepala mula ligat berpusing. "Bagaimana harus ku bangunkan modal insan di sekolah?".

Semenjak memikul tanggungjawab ini bermula Julai, pendekatan ku hanyalah meneruskan apa yang telah di atur oleh Hem yang sebelumnya. Perancangan ada namun dirasakan elok memulakannya tahun hadapan.

Tadi mengajar di kelas aku terlanggar jam dinding yang hanya disangkutkan pada papan hitam. Ketinggian ku dah bertambah ke. Setahu ku selalunya aku kena menjengkit untuk memadamkan papan hitam hingga ke atas. Kepala buntu.....elok balik saja....badan rasa macam nak demam...macam ada yang tak kena....entah la...harap jangan ada perkara yang tak elok berlaku....

ok la...nak balik tidur kalu sempat jap.....bye.. (3.30 ptg)

3 comments:

  1. Mudahan Pn Bicara tabah menghadapi kerenah "warga sekolah" yang begitu menekan jiwa sekarang ini.

    ReplyDelete
  2. lakukan sesuatu dengan sejujur hati, insyallah kekuatan diri akan sertai. Diri anda juga wajar diberi ruang untuk berehat. Jangan hanya mementingkan hak orang lain sedangkan hak diri sendiri terabai hingga menjejaskan hak orang lain pula.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas ingatan. Memang since bukak sekolah lepas raya banyak pula kes yang berat. Pengetua pun macam dah boleh harapkan kita...lepaskan kita handle dengan ibubapa...ada satu kes yang paling berat sampai nak saman pelajar yang terlibat. Bapanya melenting dan hampir bergaduh dalam bilik mesyuarat. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan dan dapat menenangkan ke dua ibu bapa tersebut....memang cabaran.

    ReplyDelete

Kongsi minda anda