Sekolah yang mengamalkan budaya kerja secara kolaboratif akan mendapati semua guru mengamalkan kepemimpinan secara kreatif dan bertanggungjawab untuk membantu pembelajaran murid secara bersama-sama ( Kohm & Nance, 2009). Ini adalah kerana dengan budaya kerja secara kolaboratif ini akan menggerakkan semua guru untuk merasakan mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam membangunkan pembelajaran dan sahsiah murid. Guru tidak akan merasa mereka bekerja secara sendirian. Sebarang permasalahan yang timbul dalam menangani masalah pembelajaran murid akan dibantu dan dibimbing oleh rakan guru yang lain. Aplikasi ini amat membantu guru-guru baru yang masih mencari formula bagaimana untuk menangani masalah mengawal disiplin murid di dalam bilik darjah dan memastikan murid memahami apa yang diajar. Bimbingan dari guru-guru yang lebih senior secara kolaboratif akan membantu guru-guru baru untuk menjadi lebih profesional.
Dalam masa yang sama, budaya kerja ini juga akan menjadikan hubungan di antara guru lebih rapat dan bekerja dalam suasana yang mesra. Sebarang teguran dan nasihat tidak akan di anggap prejudis kerana bagi setiap guru setiap nasihat dan bimbingan adalah untuk membantu mereka menangani permasalahan yang timbul dan semuanya adalah untuk memastikan pembelajaran murid yang berkesan.
Budaya kerja secara kolaboratif juga akan membantu membuat keputusan yang lebih baik yang berasaskan data-data yang ada berkaitan dengan pencapaian murid. Semasa proses membuat keputusan setiap ahli panitia atau unit akan mengeluarkan pandangan masing-masing dan memilih cadangan yang paling baik secara bersama. Ini menjadikan keputusan yang dibuat adalah merupakan keputusan bersama. Keputusan yang dihasilkan secara bersama akan meningkatkan tanggungjawab yang lebih tinggi dalam kalangan guru. Hal ini demikian kerana setiap ahli panitia atau unit akan merasakan bahawa keputusan tersebut ialah keputusan mereka bersama. Akhirnya akan timbul kejelekitan dalam kalangan guru yang akan meningkatkan budaya kerja profesional.
untuk terus membaca boleh ke http://ascd@smartbrief.com, dan cari educational leadership bulan oktober. Saya baca majalah ini yang dilanggan secara bulanan, yang baru je tiba hari ni dan di buka bila balik dari sekolah jam 5.00 ptg tadi.
Selamat membaca.....
Oktober Bulan Bahasa.....walaupun memartabatkan bahasa malaysia satu kewajipan namun memperkukuhkan bahasa inggeris akan menjadikan kita lebih berilmu...
No comments:
Post a Comment
Kongsi minda anda