Paparan

Search This Blog

Sunday, August 2, 2009

Sumber makanan berkurangan

Pakar barat meramalkan dalam beberapa tahun akan datang sumber makanan dunia akan mula berkurangan. Vincent Piket dalam tulisannya di ruangan forum The Edge keluaran 27 julai menyatakan bahawa pengeluaran makanan harus digandakan menjelang 2050 bagi menampung pertambahan penduduk dan juga perubahan diet manusia. Pakar pelaburan Rogers juga mula mengalihkan perhatiannya daripada keluaran dan pasaran komoditi kepada keluaran pertanian dengan membeli tanah pertanian di Kanada dan Brazil. Beliau menyatakan bahawa trend menunjukkan keluaran pertanian di seluruh dunia mulai merosot dan tidak lagi dapat menampung keperluan pemakanan penduduk yang semakin bertambah. Tambahan pula generasi muda mula tidak meminati untuk menceburi bidang pertanian secara skil besar. Kebanyakan anak-anak muda mengejar pekerjaan yang lebih moden di bandar. Oleh itu, Rogers menjangkakan peluang pelaburan dibidang pengeluaran makanan akan lebih menguntungkan dalam bebeberapa tahun akan datang. Hal ini demikian kerana, tiada satu organisasi korporat yang melabur di dalam bidang ini secara besar-besaran, kerana menganggap pengeluaran pertanian tidak menguntungkan.
Betul apa yang Rogers katakan iaitu makanan akan sentiasa menjadi satu keperluan kepada manusia. Trend sekarang menunjukkan ladang-ladang pertanian tidak dapat menampung permintaan penduduk dunia, maka harga makanan akan menjadi bertambah mahal. Rogers yang kini menetap di Singapura telah menekankan bahawa anaknya perlu menguasai tiga bahasa dunia iaitu bahasa inggeris, bahasa cina dan bahasa perancis. Beliau percaya China akan mula menjadi gergasi ekonomi dunia, kerana kelemahan ekonomi Amerika yang menggunakan pendekatan makro yang amat lemah dalam menangani masalah ekonomi negaranya. Amerika bakal dilanda muflis apabila mula mencetak wangnya secara berlebihan dalam usaha menangani pengangguran, defisit, inflasi dan hutang yang berlebihan. China adalah tempat Amerika bergantung kerana mempunyai tunai yang berlebihan.
Pandangan Rogers mula menarik perhatian pakar ekonomi dunia untuk turut berbicara mengenai sumber makanan dunia yang diramalkan akan kritikal. Tambahan pula satelit hari ini mula memberi fokus kepada glasier yang semakin menebal di puncak Himalaya yang akan menghentikan sumber air kepada sungai Yang Tze, Sungai Mekong, Sungai Irrawadi, Sungai Ganges dan Sungai Brahmaputra. Jika Allah telah mentakdirkan punca air bagi sungai-sungai tersebut beku akibat glasier yang semakin menebal, ianya akan menjejaskan sumber air kepada 2/3 penduduk dunia. Kesan kepada pertanian akan lebih dasyat lagi. Dunia bukan sahaja akan menghadapi krisis air tetapi juga krisis makanan.
Ekoran daripada itu, mari lah kita sama-sama kembali untuk berbakti kepada bumi. Mulakan dengan tanah yang sekangkang kera di laman rumah kita. Jika kita mempunyai tanah yang luas dan tidak diusahakan, mulalah untuk mengerjakan secara kecil-kecilan dahulu dari sekarang. Mulakan dengan tanaman makanan dan tidak hanya menumpukan kepada ladang-ladang kelapa sawit, getah atau lain-lain sahaja.
Pupuk lah anak-anak didik kita di sekolah untuk meminati bidang perladangan bagi menghasilkan sumber makanan. Sebenarnya masih banyak tanah-tanah pertanian yang tidak diusahakan dengan sebaiknya di kampung-kampung kita. Bersyukurlah kerana kita masih ada tanah....ada insan yang sudah tidak mempunyai tanah kerana hakisan ombak, banjir, runtuhan tanah, ditenggelami oleh ombak besar dan sebagainya yang didatangi musibah tuhan. Berdoalah semoga umur kita masih panjang dan dapat berbakti kepada anak-anak didik, negara dan dunia.

3 comments:

  1. saya dah daftar dengan jabatan Pertanian Rompin bg program bumi hijau. Jom kita kurangkan makan ...

    ReplyDelete
  2. bagus cikguparizan. kita kena mula kempen untuk kembali menghijaukan bumi dan kurangkan makan makanan berat...

    kena diet cara sihat...

    tapi...kurang makan pun berat badan tak turun..lemak dah degil betul.

    ReplyDelete
  3. jangan lupa membaca blog antijared khas untuk mereka yg ingin mengecilkan badan

    ReplyDelete

Kongsi minda anda