Paparan

Search This Blog

Sunday, July 19, 2009

Jakarta Bergegar Lagi

Gegaran pagi sabtu mengejutkan kota metropolitan Jakarta. Pengeboman ini dilihat cuba menguji keupayaan Presiden Susilo Bambang yang baru memenangi pilihanraya yang lalu. Amerika mengharapkan agar pihak yang bertanggungjawab diambil tindakan dengan sewajarnya. Sasaran hotel JW Marriot adalah kali kedua setelah pengeboman yang pertama di Bali dan mencederakan sejumlah hampir 200 orang. Kesibukan tetamu di restoran Ritz Carlton adalah juga tempat yang strategik dijadikan sasaran pengebom berani mati.

Apa yang menyebabkan seseorang bertindak di luar batas normal manusia? Tindakan mereka sering dikaitkan dengan islam dan rangkaian Al Qaeda. Orang-orang yang dikatakan berjuang kerana jihad ini sering kali dilabelkan oleh Amerika dan sekutunya sebagai pengganas. Namun, sebaliknya tindakan terang-terangan pihak Isreal membunuh rakyat Palestin dihalalkan oleh mereka.

Dalam pada itu, Indonesia tidak mendedahkan senarai tetamu yang menginap di kedua-dua hotel yang menjadi sasaran. Berkemungkinan besar terdapat dalam kalangan tetamu yang bersarapan di Restoran Hotel Ritz Carlton dan tempat letak kereta JW Marriot merupakan sasaran utama pihak yang bertanggungjawab melakukan pengeboman.

Muslihat Amerika, Yahudi dan sekutunya yang menjadikan Indonesia sebagai pusat kawalan di Asia amat merbahaya kepada kedudukan negara kita. Amerika memang telah lama inginkan perairan negara untuk dijadikan laluan kawalan mereka yang kononnya untuk menjaga keamanan antarabangsa. Namun kebijaksanaan kepemimpinan negara kita telah menolak desakan mereka. Kunjungan Obama ke Indonesia semasa kempen piliharaya sedang rancak berlangsung seharusnya di ambil perhatian yang serius oleh negara-negara ASEAN yang lain.

Jika di kaji kedudukan negara-negara di sekitar Asia Tenggara hanya Malaysia dan Indonesia sahaja yang ditadbir dan dipimpin oleh pemimpin Islam dan merupakan negara-negara Islam. Sekarang Indonesia telah berada di bawah genggaman Amerika dan sekutunya. Yang tinggal hanyalah negara kita Malaysia. Malaysia harus mempunyai pendirian yang teguh mengenai keselamatan perairan dan dalam negara. Muslihat Amerika dengan memberikan tekanan kepada negara apabila CIA melabelkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang menjadi laluan atau transit pedagang manusia. Isu keselamatan yang lain ialah laluan dagangan dadah yang menjadikan warga Malaysia sebagai sasaran.

Sekarang tiba masanya kita semua bersatu hati ke arah perpaduan serta saling menghormati adat dan budaya masyarakat majmuk. Kita juga harus perihatin dan mengambil tahu akan segala isu-isu ekonomi, politik dan sosial sama ada dalam atau luar negara.

No comments:

Post a Comment

Kongsi minda anda