Paparan

Search This Blog

Wednesday, July 1, 2009

Minggu Haluan Siswa 09

Bersama Prof Datuk Hussein selepas ceramah motivasi beliau. Selepas tu sempat bincang untuk temujanji bagi meneruskan Phd. Saya akan meneruskan kajian mengenai Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP). Kajian lanjutan berikut adalah untuk memulakan dan melaksanakan KPP di sekolah. Saya akan menjalankan kajian berbentuk eksperimental untuk melihat kesan KPP kepada pencapaian murid dan juga pembelajaran guru. Kaedah kajian menggunakan kualitatif dan di sokong oleh kuantitatif. Kajian juga mungkin berbentuk kajian kes...tengok perbincangan lanjut dengan penyelia (Prof Datuk) dulu cam na.

Kami kusyuk mendengar celoteh Prof. Datuk mengenai cerita2 semasa beliau belajar dulu...Arman dan Woo kusyuk mendengar...boleh ambil inspirasi tu....nanti jadi orang hebat seperti beliau..

Prof. Datuk semasa menyampaikan ceramah motivasi beliau kepada pelajar kohort 10.

30 Jun kami keluarga kohort 9 menyambung tradisi IPK senior menyambut ketibaan pelajar baru pada Minggu Haluan Siswa. Pagi sampai uruskan pendaftaran dengan Ida dan Su dan kemudian Sdr Azhan ingatkan tentang majlis perasmian dah nak mula. Tak sempat tengok aturcara betul2 dan prepair skrip. semuanya spontan. dah tentu bila spontan ni pasti ada silapnya. tapi alhamdulillah semua profesional dan fleksibel. dan majlis berjalan lancar.
Terima kasih kepada rakan2 yang dapat hadir bersama-sama hari ni. Sayang tak sempat bergambar ramai2 mungkin seronok bercerita sampai lupa nak bergambar....almaklum la...semua dah fresh dan free and easy je...orang jerman kata sempoi...

2 comments:

  1. Yati, tq kerana menjadi Datin kelas selama 2 tahun ini. Flower Power masih ingat masa di IAB Utara Yati membela kami (SM1) sehingga menangis kat kereta. Anda seorang yang jujur, tulus and semangat buat kerja. Semoga Yati berjaya dalam hidup.

    ReplyDelete
  2. Tahniah dapat menjalankan tugas "datin" dengan baik.

    ReplyDelete

Kongsi minda anda