Bermula 6 Julai pengetua mula memberikan kepercayaan untuk melaksanakan tugas HEM. Dengan jadual waktu sementara yang diberikan menggantikan guru yang pindah sebanyak 26 waktu, saya seperti tidak dapat bernafas. Semput mendaki tangga. Al maklum la, selama dua tahun, jalan berlenggang kangkung. Hari pertama tak sempat menjamah makanan sehingga ke jam 1.00. Dalam perjalanan untuk bertemu Datin bagi mengambil laporan yang telah disemak dan perlu diperbaiki, singgah petronas beli roti dan air kosong. Dalam keletihan dapat juga bertemu Datin pada jam 2.50 ptg di IPK. Melihat catatan pembetulan yang di buat saya dah faham situasi yang dihadapi. Hati kecil bertanya sendirian bila la masa nak siapkan ni? Selasa 15 Julai dah nak kena hantar. Untuk copy ambil masa 3 hari. Jam 5 petang habis berbincang dan pulang ke rumah. Dengan perut yang hanya di alas dengan air kosong dan roti bilis sebuku. Seperti biasa rutin, ambil anak, order makanan dan 8 mlm hantar anak tusyen. Jam 10.00 mlm mata dah tak boleh nak bukak ambil anak dalam keadaan menahan mengantuk dan letih. Maklum la pagi 4.30 dah mula bangun, sediakan makan pagi dan bekal anak. 10.30 sampai di rumah, solat isyak dan terus padam.
Sebelum tu dah pesan anak-anak siapkan kelengkapan sekolah sebab hubby outstation dan perlu hantar anak ke sekolah se awal jam 6. 00 pagi. kesian mereka...6.30 di sekolah masih gelap dan hanya ada satu atau dua pelajar sahaja. Pagi besoknya jam 5 pagi saya dapati adik ada tidur di bilik muaz...hem lagi hati..boleh minta dia tolong hantar anak ke sekolah.
Hari ke 2, 7 julai mula berurusan dengan ibu bapa yang datang kerana salah laku disiplin anak-anak mereka. Hari ni juga ada majlis penyerahan wang KWAMP kepada seramai 31 orang murid dengan jumlah wang sebanyak RM300 seorang. Saya difahamkan jumlah tersebut berkurangan berbanding tahun lepas sebanyak RM600. Ibu bapa ada bertanya mengenainya, kena la pandai memberi penjelasan bagi pihak Kementerian. Hari ada ada 6 waktu. 4 waktu dengan kelas peralihan. Saya ambil kesempatan menggunakan waktu untuk mengajar mereka membaca. Bagi yang lancar tiada masalah. Ada 8 orang yang perlu betul-betul dibantu. saya telah bersedia dengan buku bacalah anakku, ajar mereka membaca seperti mengajar anak-anak saya waktu kecil dahulu. Hiba juga hati melihat keinginan mereka bila didekati. Pelajar india dan cina nampak seolah-olah degil, tidak menghormati guru...tetapi sebenarnya mereka putus asa kerana tidak faham apa yang diajar oleh guru. Saya mendekati, memujuk dan mengajak mereka untuk membaca. Setelah 4 masa berakhir mereka mula berlembut apabila ditegur dan bersedia menjawab apabila ditanya. Hari ini adalah hari yang ketiga saya bersama mereka. Saya mula agak senang hati mungkin hari-hari berikutnya lebih mudah untuk saya mengawal mereka.
Hari ini 8 Julai. 3 masa bersama 1D yang digeruni oleh semua guru. Pantang lepa mata mereka bergaduh. Saya sepatutnya hanya mengajar pelajar ERT sahaja. Tapi oleh kerana cikgunya merayu-rayu minta di ambil kesemua pelajar kerana beliau ada urusan untuk persiapan pertandingan memasak terpaksa saya akur. Masa berlalu begitu lambat. Tiada perancangan untuk murid lelaki yang terlalu banyak tenaganya. Tekak dah mula agak keperitan untuk menenangkan mereka yang bercakap dengan nada suara yang kuat separuh menjerit. Di tambah dengan mengganggu rakan, cuit sana, cuit sini...mengejek dan akhirnya bergaduh. Seram jugak...dibuatnya. Dah lama tak hadapi situasi pelajar bergaduh. Di sekolah asal tiada murid yang bergaduh semasa saya mengajar. Mujur budak2 kecik dapat dicekup kedua-duanya...
Setiap hari misteri...apa lagi yang akan berlaku besoknya.....
Fuh ! 26 waktu awak. Saya 25 waktupun lemas sero. PK HEM lagi. Tapi, insyallah awak boleh. Cuma, solat isyak kena awl sikt.. ingat posting Naser hehehe. Teruskan kehebatan
ReplyDeleteI am sure you can manage. Tahniah atas kecekalan anda.
ReplyDeleteSaya 24 waktu seminggu. Saya tak hadapi masalah displin pelajar kerana sekolah agama saya kebanyakkan budaknya bersopan dan berakhlak (setakat hari ni). Tiada cabaran baru, masih di sekolah yang sama.
ReplyDeleteTabik PK HEM!
ReplyDeletetq rakan semua...kalu ada cadangan bagaimana nak tangani murid nakal dan tak minat belajar boleh la share dengan saya...
ReplyDelete