Paparan

Search This Blog

Wednesday, July 1, 2009

Malaysia Pedagang Manusia?

Pandangan yang dilontarkan oleh Quek Sue Yian (The Edge, Jun 29, hlm 55) mengenai bagaimana Malaysia boleh keluar dari senarai Tier 3?. Siapakah yang mengeluarkan senarai Tier ini? mengikut laman web Nationmaster.com sumber mengenainya diperoleh daripada CIA factbooks. Penulis menyatakan bahawa Malaysia telah disenaraikan berada dalam kategori Tier 3 oleh US State Department Trafficking In Persons (TIP) Report 2009. Laporan tersebut telah menyenaraikan Malaysia ditangga yang ke 17 sebagai negara yang tidak mengambil tindakan yang secukupnya untuk menghalang perdagangan manusia.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa Malaysia didakwa sebagai sumber, destinasi dan transit bagi perdagangan wanita dan kanak-kanak untuk bekerja sebagai buruh, pelacuran dan perniagaan. Kanak-kanak yang tidak didaftarkan kelahiran secara sah adalah merupakan mangsa terbesar perdagangan kanak-kanak.

Kanak-kanak yang tidak didaftarkan disebabkan oleh beberapa faktor antaranya:
1. kegagalan mendaftar kelahiran
2. masalah pendaftaran akibat daripada yuran, peraturan dll
3. kanak-kanak yang telah didagangkan dan tidak mempunyai dokumen
4. proses anak angkat yang tidak sempurna.
5. Kanak-kanak terbiar.

Sejauhmanakah seriusnya masalah kanak-kanak yang terbiar dan dijadikan hamba moden ini. Laman Web NationMaster menyatakan perdagangan manusia adalah bentuk perhambaan moden yang sedang berleluasa pada alaf ini.

Saya bersetuju dengan pendapat penulis yang menyarankan Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan yang serius akan hal ini. Saya berpendapat masalah ini adalah mungkin berpunca daripada pergantungan negara terhadap buruh asing yang memberi ruang kepada kemasukan pendatang tanpa izin secara berleluasa.

Rentetan daripada itu, negara juga seharusnya menyedari limpahan pekerja asing banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Masalah jenayah , pengaruh budaya asing yang tidak sihat , masalah sosial dan pelacuran semakin berleluasa.

Implikasi kepada pendidikan, kanak-kanak yang tidak didaftarkan dan mempunyai dokumen kelahiran tentunya tidak akan dapat mendaftar sebagai murid sekolah. Ini akan memberi kesan kepada masalah jenayah juvana seterusnya kepada ekonomi negara. Sebagai guru seboleh-bolehnya kita harus memastikan anak-anak mendapat pendidikan formal yang sempurna sehingga sekurang-kurangnya mendapat SPM atau kemahiran asas agar dapat menyumbang dalam bidang pekerjaan.

2 comments:

  1. Tahniah dapat jawatan PKHEM, mudahan dapat memberi khidmat terbaik untuk anak bangsa

    ReplyDelete
  2. JPN selalunya akan bekerja hingga lewat malam bila ada PRU ..

    ReplyDelete

Kongsi minda anda