Pada hari isnin 20 Julai, pagi ada perjumpaan dengan ibubapa murid seralai 4 orang yang ada masalah ponteng sekolah yang serius. Oleh sebab kelas penuh minta guru disiplin yang hanya 14 waktu bantu kawal kelas. tengahari ada mesyuarat dengan guru-guru tingkatan dan penyelaras tingkatan. Petangnya menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Jam 4.15 kerani kata ada call dari hospital banting. Hati tertanya2 kenapa pulak hospital? Capai buku catatan dan bergerak mengangkat telefon. Nurse Haslina yang bercakap memaklumkan ada pelajar yang terlibat dalam 'suicide case' dengan telan pil dan Dr nak jumpa pagi besok. Agak terkejut. Sepanjang berkhidmat tak pernah terlibat dengan kes sedemikian.
Pelajar tersebut tingkatan satu, india dan mendakwa di buli dengan kata-kata sinis oleh rakan-rakan perempuan tingkatan lima dan dua. En. Thamil guru disiplin ada maklumkan dengan saya dan tindakan memanggil pelajar telah di ambil. Kaunselor juga memanggil ke semua pelajar yang terlibat. Ibu bapa pelajar yang di buli juga datang berjumpa kaunselor pada pagi 16 julai. Call kaunselor tanya perkembangan dan latar belakang kes yang dikendalikan oleh beliau. juga ajak beliau teman ke hospital. Pengetua juga perlu dimaklumkan. masih ingat dengan pesanan semasa berkursus di IAB apa2 kes mesti inform pengetua dulu.
Besok paginya 21 Julai saya dan kaunselor ke Hospital Banting. Setelah menunggu sejam dapat berjumpa dengan Dr. Girija yang mengambil kes pelajar tersebut. Pada mulanya Dr agak negatif dengan pihak sekolah dan menganggap sekolah tidak menbgambil tindakan sehingga menyebabkan berlaku kejadian yang serius ke peringkat cubaan membunuh diri. Pesanan Dr Tie, masih diingati, apa sahaja kes murid perlu ada catatan. mujurla catatan tersebut membantu meyakinkan dr bahawa kita telah mengambil tindakan mengikut laporan kes oleh murid. So masalah tersebut telah diperbesarkan oleh ibu bapa yang menyebabkan anaknya tertekan.
Dari Hospital terus pulang. Uruskan anak2 dan malamnya selepas hantar muaz tusyen terus naik ke IAB. Risau jugak jalan kat Karak gelap tapi...tahan je la. Mendaftar dah jam 10.30, dapat la dekat kayangan tingkat 4. nasib blok b dan bukan c. Masuk ke bilik rupanya roomate dah ada...pegawai dari BTP. Belum mandi katanya takut tak ada orang sebelah. kesian. kalu saya pun sama kut.
banyak mulut jugak roomate. kami sembang tak sedar dah jam 12.00.
Tahniah! dapat pergi IAB lagi. Teringat kenangan lama menghuni bilik F310
ReplyDeleteMacam mana khabar tentang gambar komesmen. Tak kan bila terjumpa tuan pengarah, pesanan kawan dah lupa?
ReplyDelete............ guru mprinc kena sentiasa bersedia.
ReplyDelete... salam utk iab. Rindu nak minum2 kat restoren KK