Paparan

Search This Blog

Thursday, July 9, 2009

Kebajikan Pelajar

Dalam perjalanan pulang jam 5.30 petang singgah di rumah murid (Usha Rajendran, 1A) yang kematian ibunya kerana kanser. Sumbangan disampaikan kepada neneknya.

Pn. Fauziah wakil dari Nestle menyampaikan taklimat kepada semua peserta pertandingan.

Bersama pengetua mendengar taklimat pertandingan. Ruangan yang kosong di belakang kami adalah dikhaskan untuk VIP. Kerusinya akan ditukarkan kepada 'banquet chair' yang siap dihias reben pagi besok. Pengetua kata bimbang jika malam ini hujan akan menyebabkan kerusi basah akibat tempias. Besok jam 7.00 pagi dah mula pendaftaran peserta pertandingan, so kena la sampai sebelum itu.


Dalam kesibukan sekolah menguruskan persediaan menjadi tuan rumah pertandingan memasak sekolah-sekolah Negeri Selangor, saya sempat meminta bantuan guru kebajikan mengutip derma daripada guru-guru dan murid. Petang rabu merupakan aktiviti kokurikulum. Saya meneruskan kerja-kerja HEM yang tidak dapat dijalan waktu pagi. Jam 3 petang pengetua memanggil dan minta menasihatkan pelajar yang tidak berpakaian sesuai agar pulang dan keluar dari kawasan sekolah. Saya turun ke bawah dan mencari-cari dalam ratusan murid yang berkeliaran hadir untuk aktiviti ko. Guru yang nampak saya mula bertanya nak buat apa petang ni..saya kehairanan. Aktiviti ko ...tanya HEM nak buat apa. Cikgu tk merancang bersama murid ke nak buat apa? entah lah... rupanya PK Ko tak ada kerana uruskan pertandingan murid. Cari SU Ko...katanya pengetua minta buat gotong royong.


Saya ambil kesempatan kumpulkan guru dan minta tolong mereka minta pelajar gotong royong je. Bahagikan guru dan murid yang ada mengikut kawasan kritikal sahaja. So masalah sampah untuk hari ini selesai.


Sekolah yang menyertai pertandingan sudah mula mendaftar di Dewan Terbuka. Saya tinjau tingkah laku murid-murid agar tidak mengganggu aktiviti tamu di dewan. Tapi murid yang hadir ko selalunya murid yang agak baik sahsiahnya so mereka agak tenang dan tidak menganggu perjalanan majlis pada petang ini.

Besok kena bertolak lebih awal untuk sampai sebelum jam 7.00 pagi....

3 comments:

  1. kalau sy pengetua, sy cari awk jadi pk1. amacam...............

    ReplyDelete
  2. Beruntunglah sekolah tu dapat PKHEM yang proaktif.

    ReplyDelete
  3. Graduan Mprinc bukanlah guru yng mencari keselesaan untuk bekerja, graduan mprinc ialah guru yang mencari cabaran kerja untuk di galas dan disempurnakan....selepas satu cabaran, cabaran lain akan menanti...
    syabas yati...jadikan graduan mprinc kohort 9 ini kebanggaan semua...

    ReplyDelete

Kongsi minda anda