Paparan

Search This Blog

Friday, July 3, 2009

Dilema Guru Baru NPQH

Ini lah sekolah baru saya SMK Pantai Sepang Putra, indah namanya, segah bangunannya, dan sehebat cabaran mendidik anak-anaknya.

Memperkenalkan Pengetua baru saya Pn Zaini mesra dan tegas orangnya.



Apabila ditawarkan sesuatu jawatan kita mempunyai pilihan untuk menolak atau menerima. Menerima bererti kita menyahut cabaran untuk menggalas tanggungjawab yang berat dalam memperkasakan generasi pewaris negara dan kecemerlangan pendidikan bangsa Malaysia.

Oleh hal yang demikian saya bertekad untuk bersama-sama memikul tanggungjawab sebaris dengan pemimpin-pemimpin lain di sekolah. Namun kerenah birokrasi menyebabkan kita berada dalam dilema. Hal ini ialah kerana kita dihantar atas alasan dengan jawatan secara lisan, tetapi surat penempatan tidak menyatakan apa-apa berkenaan dengan perkara berikut. Tambahan pula pengetua tidak mahu ( mungkin tidak menyedari mereka ada kuasa itu ) menggunakan kuasa autonomi yang diberikan oleh Kementerian untuk mengarahkan kita bertugas terlebih dahulu sebagai jawatan yang ditawarkan.

Saya meminta pandangan Ketua Unit HEM JPNS En. Khaidir berkenaan hal ini. Beliau menyatakan dengan kuasa yang ada pada pengetua, saya boleh diarahkan menjalankan tugas HEM yang kosong sementara menunggu surat lantikan di terima.

Persoalannya berapa lama sesuatu surat lantikan itu akan diproses dan dikeluarkan? Satu bulan, 2 bulan atau berbulan2. Hal ini akan menyebabkan kita berada dalam keadaan dilema kerana melihat tugasa kita akan menjadi semakin menimbun kerana lazim di sekolah jika bukan tugasan aku..usah ambil peduli.

Bayangkan dengan komposisi tiga kaum yang hampir sama banyak, pencapaian murid yang rendah, ses juga rendah, semangat guru juga hampir lemah....memperlihatkan murid yang kurang adab, tidak menghormati guru dan rakan, mudah tercetus pergaduhan kecil dan lain-lain lagi yang akan dihadapi nanti.

itu la nasib NPQH tidak sama dengan lantikan rakan-rakan lain ke jawatan di sekolah. Mereka boleh terus menjalankan tugas sementara menunggu surat lantikan. PELIK DAN AJAIB.

4 comments:

  1. Buat yang terbaik menggunakan ilmu serta kemahiran yang dipelajari.InsyaAllah "ular menyusur akar tak akan hilang bisanya".
    Graduan NPQH dan Mprinc mesti bijaksana! Saya percaya anda boleh..cuma bersabar ya.

    ReplyDelete
  2. Insyallah dalam sedikit masa lagi semuanya akan selesai. Buat apa yang patut ...

    ReplyDelete
  3. Bagi saya, kalau jadi prebet kita buat cara prebet(ikut arahan), kalau dilantik kapten atau jawatan yang lebih tinggi barulah kita laksanakan segala teori kepemimpinan yang telah dipelajari.

    ReplyDelete
  4. Laksanakan tugas dengan penuh berdedikasi, Tuhan yang akan menentukannya. Flower Power pasti Yati U can make it.

    ReplyDelete

Kongsi minda anda