Paparan

Search This Blog

Sunday, October 25, 2009

AGM KHAS PPPPM




Dari Kiri En. Amir Hamzah, Dr Lee Ong Kim, Profesor Datuk Dr Ahmad Bajunid,
Pn. Norhayati, dan Pn. Hjh Norihan.






















Bersama Datin Frieda Pilus dan Ucapan Dr. Khair


Sebahagian ahli yang hadir, sebelah Dr. Mohinder his newly wed wife...cute dan she is cikgu jugak.


Tanggal 24 Oktober 2009, jam 2.30 petang bertempat di Dewan Kuliah A Kampus Bahasa Antarabangsa Lembah pantai, berlangsung Mesyuarat Agung Khas Pertubuhan Pentadbiran Pendidikan Malaysia (PPPPM). Mesyuarat Agung Khas ini bertujuan untuk menggerakkan semula PPPPM dan melantik AJK yang baru. PPPPM telah menyepi selama 5 tahun ekoran daripada sebahagian JK induk dan JK kecil telah berpindah keluar negara, pencen, meninggal dunia dan pelbagai lagi kekangannya.

Hari ini dengan JK yang baru dan mantap semua berkeyakinan di bawah kepemimpinan Prof. Datuk Ibrahim Ahmad Bajunid pertubuhan ini akan bergerak dengan lebih rancak lagi di persada dunia pendidikan tanah air dan antarabangsa.


JK PPPPM adalah seperti berikut:
Pengerusi - Ybhg. Profesor Datuk Ibrahim Ahmad Bajunid
Naib Presiden I - Datu Dr Adi Badiozaman Tuah
Naib Presiden II - Dr. Saidullah Abdillah
Setiausaha Kehormat - Dr. Sazali Yussof
Pen. S/usaha I - Dr. Mohinder Singh
Pen. S/Usaha II - Dr Khwan Wai Bing
Bendahari Kehormat - En. Amer Hamzah Jantan
Pen. Bendahari - Pn. Hjh Norihan Azizan

AJK
1. Pn. Noorul Aini Ambak (Pengetua dan exco PKPSM)
2. Datin Frieda Pilus (Sekolah Swasta)
3. En. Muhd Abd Rahman (Bekas pengarah Sabah dan skrg di JPM)
4. Dr. Noraziah Hj Abdul Aziz (KJ Dokumentasi IAB)
5. YM Raja Amer (YDP PIBG VI Dan Pengerusi IPTS)
6. Pn. Satinah (IPG)

Pemeriksa Kira-kira
1. En. Ahmad Rusli Din
2. YM Raja Fauzi
3. Pn. Shahida


Think Tank dan Networking

Ybhg Dato' Wan Omar Yaakob
Dr Lee Ong Kim - Antarabangsa
Prof Omar Karim - IPTA dan IPTS
En. Aslam Khan - Ketua Editor
Tn Hj Rosli
Dr Khair
Dr. Helmi - web master

Pn. Norhayati will be in the JK for the next next next election...insyaAllah....
So buat permulaan kena lihat, dengar, belajar dan ambil ilmu sebanyak mungkin.
Bina Rappo, terbitkan artikel, dapatkan doctorate, bentang paper in the conference and i'll be the one who will deliver my idea and my wisdom in the international arena....
hemmmmm...maybe next 10 years...
Being in the comitty of local and world intelectual / educational leaders is my dream come tru.


Wednesday, October 21, 2009

SDT????

Sekolah Dalam Taman (SDT) merupakan idea mantan KPPM yang lalu. Hal ini dilancarkan adalah untuk menghasilkan suasana ceria dan kondusif kepada pembelajaran murid. Saya fikir idea ini adalah hasil dari projek SMAD yang telah dijalankan di barat di mana terbukti berjaya meningkatkan kecemerlangan pembelajaran murid. Sekolah diberikan peruntukan untuk menceriakan kelas dan menyediakan peralatan pembelajaran.
Keceriaan yang dijalankan di dalam bilik darjah dan bukannya di halaman sekolah. Kajian telah membuktikan faktor bilik darjah dan faktor sekolah memainkan peranan yang penting dalam membantu pembelajaran murid yang berkesan. Kekilafan pemimpin sekolah mentafsir idea ini menjadikan mereka rakus berbelanja untuk mendapatkan hasil segera menyediakan taman-taman mini, mengecat bilik-bilik khas, membeli pasu-pasu bunga dan tanama hiasan yang sudah besar dan merimbun. Segalanya harus magis dan sedia cantik sebelum pihak yang menilai mampir ke sekolah.
Sekolah sekarang telah menjadi medan pertandingan dan bukan lagi membentuk budaya pembelajaran. Guru dan pengetua lebih senang menempah daripada mengajar murid dengan sabar melukis di dinding. Guru seni seakan tidak berfungsi dalam pembelajaran seni kreatif di sekolah. Begitu juga dengan guru KH yang tidak mengajar murid topik memasu secara praktikal, sebaliknya hanya memberi penerangan yang kononnya berkesan di dalam bilik darjah.
Sehubungan dengan itu, pengetua harus membawa guru-guru kembali ke pangkal jalan dan bertugas dengan penuh tanggungjawab, akauntabiliti, dan integriti.
But it's not that easy...to make this happen.
Kalu tak tak de le pengetua habiskan wang untuk keceriaan...

Merdeka Habis....

Murid-murid PMR bila dah habis exam memang merdeka habis...macam tiada esok lagi....semua nak buat hari ni...
Muaz setiap hari ada je aktiviti nak di buat...nak g time square...nak g mid...nak g jamming..
"ha...jamming apa tu"...
bila muaz minta nak g jamming kami suami isteri saling berpandangan....abahnya tanya apa tu jamming ...abah kalu jam tak suka penat...ari2 g kerja mesti tempuh jem....
muaz kata "bukan jam tu la abah...ni jamming main alat muzik dengan kawan2 kat studio muzik"

kami gelak ramai2 ada jugak studio jamming kat taman dahlia (Kat sekolah muaz)...ingat kat KL, Shah Alam, PJ atau kajang je yang ada...
Kami bagi le tapi dengan syarat mesti g sekolah pagi nya....lain2 nak rewang kena tunggu hujung minggu atau cuti sekolah...satu lagi kena tengok dengan siapa kawan yang dia nak pergi...sembahyang kena ingat dan mesti balik sebelum maghrib...
Ari ni kat sekolah...anak2 PMR ramai yang tak hadir...tapi geng qayyum yang kena tangkap tak puasa dan masalah disiplin tu ada...tangkap mereka untuk mengecat surau dan tandas....
Janji belanja makan dan ada imbuhan....
tadi bincang dengan pekerja nak buat tapak semaian pun nak pakai duit....tapak semaian tu nak buat dekat hujung pagar yang asyik berlubang kerana jadi laluan ponteng balik awal atau datang lewat....
mula tu nak bina tembok simen...tapi saya fikir balik elok buat tapak semaian...since sekolah pun belum ada tapak semaian...tahun ni sebahagian duit boss beli bunga dan pasu. kalau ada tapak semaian bunga tak perlu dibeli cuma beli pasu sahaja...tempat tu ada pokok besar sesuai sangat....jadi tapak semaian...

tu la jadi Hem ni nak kena cari banyak dana...kalu tidak projek tak jalan....semua nak kena pakai duit...pekerja nak kena belanja...anak2 buat kerja nak imbuhan....
tapi tak apa mengecat pun satu proses pembelajaran kepada murid.



Hujung pagar belakang bengkel KH selalu jadi laluan murid ponteng atau datang lewat....
kalau dah buat tapak semaian ..harap dapat tutup satu laluan ponteng...



Friday, October 16, 2009

cuti sakan....

Semalam pagi khamis bersama dengan PK sampaikan sumbangan maruku dan duit kepada murid-murid berbangsa india yang menyambut dewali. Naik daripada dewan, masuk bilik mesyuarat discuss dengan PK dan guru-guru mata pelajaran T5 mengenai perancangan untuk membantu saat-saat akhir murid kelas 5 Zaaba yang ramai fail terutama BM.

Semasa perbincangan dengan menggunakan kaedah brainstorming memperlihatkan sikap sebenar setiap guru termasuk GK. Jika berada dalam zon selesa memang susah nak cungkil pinggul untuk bangun, berdiri dan melangkah kaki untuk berlari dengan sesungguh hati. Namun tak boleh kencang sangan nanti terkejut beruk...susah lak...

Saya memang tak tahan melihat murid seolah-olah tiada aktiviti pembelajaran. Guru macam rileks je...ari tu masa PMR tak nampak suasana nak exam....sekarang tiba giliran SPM pulak...murid-murid melepak macam tak ada tujuan hidup...lalu suarakan suara hati kepada PK. Itu yang timbul nak buat perbincangan semalam.

Lepas tu panggil murid dan suara hati guru murid berlangsung di bilik mesyuarat. 1.30 tgh ke rumah terbuka pengetua. Memang tabik kat pengetua sampai cuti nak masak untuk staf. Ada tiga menu utama Nasi minyak, rojak pesembur dan Mee utara ( macam mee jawa ). semuanya sedap-sedap dan pedas...

Hari ni jumaat cuti sakan (cuti peristiwa dewali, isnin cuti ganti lak). dapat la kemas kat dapur kejap dan selesaikan mendobi. ptg zammil ada jamuan di sekolah agama....belanja KFC 2 barrel kat kawan2 zammil...tak larat nak masak....rasa nak rileks je...ramai jugak ibu bapa yang hadir.

Balik dah petang singgah rumah jiran beraya. Jam 6 balik berkejar masak...tgh dok masak hubby dah balik ..kelam kabut buat air...apasal balik awal lak ari ni...selalu jam 9.30 mlm baru sampai...rupanya ada meeting kat GMI bangi...ada projek yang belum siap..dah tu singgah kat MFI juga kat bangi katanya. Jam 6.45 ambik nani kat sekolah...si nani nak KFC jugak singgah beli..jam 7.30 baru sampai rumah...

anak2, in law ( doktor yang baru balik tu ) and my hubby tgh makan...Anak2 memang dah jadi habit mesti makan sebelum jam 8.00. Kalu tak makan time tu mereka memang tak makan dah...
istilah makan malam tak ada rumah kami...mak saya dulu marah kat kami makan waktu maghrib katanya tak elok..tapi nak wat cam na...bila balik sekolah kesian mereka kelaparan..terus makan. Bila dah makan naik mandi solat dan tusyen...itula rutin hidup mereka...

cara hidup dolu-dolu dan kini memang berubah...namun nilai seharusnya tetap sama....

Tuesday, October 13, 2009

KORBAN DAN AQIQAH

Setiap tahun harga satu bahagian lembu untuk ibadah Korban pasti meningkat. Walau pun begitu, hal ini tidak menjadi halangan kepada umat islam untuk menunaikan ibadah yang sangat dituntut ini.

Sebagai alternatifnya kita masih boleh melunaskan tanggungjawab ini dengan menunaikan ibadat korban atau aqiqah di Kemboja.

Bagi Aqiqah seekor kambing berharga RM450, Korban 1 bahagian lembu RM250 dan Korban seekor kambing RM450.

Bagi yang berminat boleh la menghubungi Hj Hashim 019 241 2120 / 012 901 0580.

Jika kita berkorban di sana, kita akan memberi mereka nikmat merasa daging yang hanya diperolehi setahun sekali.

Kami dah beberapa tahun berkorban di Kemboja. Selalu hubby yang menunaikannya melalui hidayah.net. Harga pun last sekali tahun lepas hanyalah RM150 sahaja. Tak tau la tahun ni kut dah meningkat jugak...

Monday, October 12, 2009

Mari berjimat

Setiap oktober ahli ekonomi, politik, pelabur, ahli perniagaan dan juga penjawat awam pasti menunggu perbentangan bajet tahunan 2010. Ahli perniagaan menunggu-nunggu pelan pemulihan yang bakal dibentangkan oleh PM pertama kalinya pada tahun ini. Sementara penjawat awam tentunya menunggu ada bonus ke tidak...
Khabar angin yang bertiup kencang kesan kegawatan ekonomi yang melanda menyebabkan pendapatan bercukai merosot, eksport juga merosot dan pelaburan asing menurun. Dalam masa yang sama perbelanjaan dan cukai import meningkat. Hal ini menyebabkan kerajaan akan mengurangjan perbelanjaan mengurus.
Sebagai penjawat awam kita boleh membantu negara mengurangkan perbelanjaan mengurus dengan berjimat cermat menggunakan air, elektrik dan telefon di tempat kerja. Cuba lihat aircond, kipas, lampu yang sentiasa terpasang di bilik guru, pejabat, bilik darjah, bilik-bilik khas tanpa kawalan walau pun jumlah orang yang menggunakannya sedikit.
Kadang-kadang lampu di koridor terpasang 24 jam. Bilik guru dan pejabat sejuk macam dok kat kutub utara. Telefon digunakan untuk urusan peribadi tanpa kawalan.
Begitu juga halnya dengan air paip yang sentiasa melimpah di padang kerana bocor menunggu untuk di baiki. tapi malangnya tandas tetap berbau sebab guru dan anak-anak kita taknak simbah air banyak-banyak dan flush selepas menggunakannya.
mari lah kita sama-sama berjimat cermat dan menggunakan harta awam yang datangnya daripada duit cukai kita dan rakyat jelata dengan berhemah...

Thursday, October 8, 2009

Peperiksaan.....

Semenjak dari Kak Ain ambik UPSR pada tahun 2005, setiap tahun hati memang risau je kerana akan ada anak yang menduduki peperiksaan. Tahun lepas 2008 kak ain PMR, tahun ni 2009 Muaz ambik PMR, tahun 2010 Kak ain SPM dan Nani PMR, 2011 Muaz pulak SPM....kemudian nani pulak dan Zammil lak. Pendek kata tak ada break.....itula penangannya kalau anak berderet setahun sorang..

Mama, abah, kak ain, nani dan muaz sentiasa mendoakan kejayaan muaz.....semoga dapat cemerlang ya sayang...

Semalam g jenguk Muaz sekejap kat sekolahnya (sekolah lama saya). Bestnya dapat jumpa rakan2. Sembang dgn PK lama jugak...dapat la tips...

Budaya sekolah lama dengan sini sangat berbeza....banyak yang perlu dibangunkan...rasanya kena cari tips membangunkan budaya sekolah pulak....tapi dari aspek murid le....

Unit HEM sediakan sarapan pagi untuk calon PMR. Terima kasih kepada semua guru yang turun dan bantu guru bertugas mengagihkan roti pelbagai perisa (mini pizza, sausage, coklat, butter dan cheese), air mineral dan kismis kepada murid. Roti dapat diskaun ehsan Kak Maria tauke kilang roti daripada RM1.20 bagi 70 sen sahaja. Semoga rahmat Allah kepada perniagaan kak maria. amin. Semoga murid-murid dapat menjawab peperiksaan dengan cemerlang.

Tuesday, October 6, 2009

Bad Mood

Hari ini terasa begitu malap dan melemaskan. Mungkin tidak cukup tidur kerana memasak untuk adua anak yang ada jamuan raya di sekolah. Di sekolah semalam dan hari ini begitu menekan jiwa. Semalam ada murid yang terlibat dengan kes polis. Kepala mula ligat berpusing. "Bagaimana harus ku bangunkan modal insan di sekolah?".

Semenjak memikul tanggungjawab ini bermula Julai, pendekatan ku hanyalah meneruskan apa yang telah di atur oleh Hem yang sebelumnya. Perancangan ada namun dirasakan elok memulakannya tahun hadapan.

Tadi mengajar di kelas aku terlanggar jam dinding yang hanya disangkutkan pada papan hitam. Ketinggian ku dah bertambah ke. Setahu ku selalunya aku kena menjengkit untuk memadamkan papan hitam hingga ke atas. Kepala buntu.....elok balik saja....badan rasa macam nak demam...macam ada yang tak kena....entah la...harap jangan ada perkara yang tak elok berlaku....

ok la...nak balik tidur kalu sempat jap.....bye.. (3.30 ptg)

Saturday, October 3, 2009

Open Houses

Bagi masyarakat di Kuala Lumpur, apabila tiba hari raya mengadakan rumah terbuka adalah satu kemestian. Walau pun adat melayu bertandang ke rumah rakan taulan dan sanak saudara tidak perlu menjemput atau dijemput, malahan islam sendiri menggalakkan memuliakan tamu kerana kehadiran tamu membawa rahmat. Namun oleh kerana setelah penat berhari raya di kampung, kemudiannya meredah kesesakan dalam perjalanan pulang ke kampung atau ke rumah tempat bermastautin menjadikan warga kota segan untuk bertandang.

Bukan apa bimbang rakan taulan atau sahabat handai tidak lapang dan tidak bersedia menerima tetamu. Selalunya jika bercuti pulang ke kampung hari akhir cuti baru warga kota akan pulang semula ke negeri tempat bekerja. Jika hanya sepasang suami isteri tak mengapa. tapi jika anak sudah berderet, beg pakaian penuh bonet kereta...rumah dah jadi kedai dobi.kadang-kadang mendobi pakaian sampai hampir seminggu baru habis.

Hari ni ada perkembangan staf sehingga jam 11.30...budget baru turun so kena buat dua kali lagi sabtu minggu ni dan minggu depan. Open house pulak berderet sehingga ke selayang, bangi, kota warisan dan rakan di bagan lalang. Muaz ada tusyen di sekolah tengahari 1.30 baru habis. Bila balik hubby kata g bangi dan kota warisan je lah tak sempat nanti ..so kena la pilih...pasti ada rakan yang terasa tak dapat pergi semua...

Rumah terbuka tetap memberikan ruang kepada kami untuk berkunjung rakan dan saudara. Tahun ni masih tak boleh panggil semua rakan untuk bertandang ke rumah. Tamat belajar tempohari langsung tak ada masa rehat. Posting terus dapat kerja dan belum betul2 rest. Cuti sekolah dan cuti raya juga tiada ruang untuk make over rumah. Sekarang cuba selesaikan sediakan buku pengurusan untuk tahun hadapan. Harap masa cuti dapat ambil masa untuk susun semua buku-buku dan nota. Dan yang penting sediakan ruang untuk kecahkan buku semula bila tiba masanya.

Prof datuk apa khabar? Selamat Hari Raya Prof. Datuk Hussein.

Friday, October 2, 2009

Budaya kerja secara kolaboratif

Sekolah yang mengamalkan budaya kerja secara kolaboratif akan mendapati semua guru mengamalkan kepemimpinan secara kreatif dan bertanggungjawab untuk membantu pembelajaran murid secara bersama-sama ( Kohm & Nance, 2009). Ini adalah kerana dengan budaya kerja secara kolaboratif ini akan menggerakkan semua guru untuk merasakan mereka bertanggungjawab sepenuhnya dalam membangunkan pembelajaran dan sahsiah murid. Guru tidak akan merasa mereka bekerja secara sendirian. Sebarang permasalahan yang timbul dalam menangani masalah pembelajaran murid akan dibantu dan dibimbing oleh rakan guru yang lain. Aplikasi ini amat membantu guru-guru baru yang masih mencari formula bagaimana untuk menangani masalah mengawal disiplin murid di dalam bilik darjah dan memastikan murid memahami apa yang diajar. Bimbingan dari guru-guru yang lebih senior secara kolaboratif akan membantu guru-guru baru untuk menjadi lebih profesional.
Dalam masa yang sama, budaya kerja ini juga akan menjadikan hubungan di antara guru lebih rapat dan bekerja dalam suasana yang mesra. Sebarang teguran dan nasihat tidak akan di anggap prejudis kerana bagi setiap guru setiap nasihat dan bimbingan adalah untuk membantu mereka menangani permasalahan yang timbul dan semuanya adalah untuk memastikan pembelajaran murid yang berkesan.
Budaya kerja secara kolaboratif juga akan membantu membuat keputusan yang lebih baik yang berasaskan data-data yang ada berkaitan dengan pencapaian murid. Semasa proses membuat keputusan setiap ahli panitia atau unit akan mengeluarkan pandangan masing-masing dan memilih cadangan yang paling baik secara bersama. Ini menjadikan keputusan yang dibuat adalah merupakan keputusan bersama. Keputusan yang dihasilkan secara bersama akan meningkatkan tanggungjawab yang lebih tinggi dalam kalangan guru. Hal ini demikian kerana setiap ahli panitia atau unit akan merasakan bahawa keputusan tersebut ialah keputusan mereka bersama. Akhirnya akan timbul kejelekitan dalam kalangan guru yang akan meningkatkan budaya kerja profesional.
untuk terus membaca boleh ke http://ascd@smartbrief.com, dan cari educational leadership bulan oktober. Saya baca majalah ini yang dilanggan secara bulanan, yang baru je tiba hari ni dan di buka bila balik dari sekolah jam 5.00 ptg tadi.
Selamat membaca.....
Oktober Bulan Bahasa.....walaupun memartabatkan bahasa malaysia satu kewajipan namun memperkukuhkan bahasa inggeris akan menjadikan kita lebih berilmu...

Thursday, October 1, 2009

Tragedi Oktober...

Kejadian yang berlaku semalam seolah-olah merupakan amarah Allah kepada manusia....baca sahaja bait-bait kalimah Allah dalam surah Arrahman...darah pasti berderau...

dalam jangkamasa sehari semalam beberapa kejadian peringatan Allah yang diingatkan kepada manusia...gempa bumi di Padang, tsunami di Samoa, taufan ketsana di pantai timur yang sebelum ni melanda melumpuhkan Filipina dan bergerak ke Vietnam. Taufan ketsana juga telah menjejaskan penduduk di Pantai Timur iaitu Kelantan dan jertih terengganu. Di Kelantan sehingga Jeli dan Kuala Krai...ini bererti ribut yang datang membawa hujan sangat kuat sehingga ke tengah daratan...penduduk di Bachok, tumpat, dan deretan kedai PCB tentunya terjejas teruk.

marilah kita bersama berdoa dan sujud kepada kebesaran Allah. Jika kita masing-masing menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sama ada sebagai ibu bapa, guru, ahli masyarakat, pemimpin politik dan sesiapa sahaja tentunya gejala sosial, maksiat dan perkara yang menjelekkan tidak akan berlaku.

Lihat la apa yang jadi dengan anak2 kita hari ini...remaja sekolah lelaki sudah beramai-ramai menjadi gay, anak dara kita tiada lagi segan silu mengajak lelaki untuk masuk ke rumah dan melakukan maksiat ketika keluarga semuanya ada di dalam rumah...ayah tidak lagi segan silu merogol anak sendiri, isteri tidak lagi segan silu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain malahan bukan islam, ibu tidak lagi kisahkan anak-anak, abang ipar sesuka hati menjadikan adik isteri sebagai pelacur murahan, anak-anak gadis yang masih bersekolah tidak lagi rasa berdosa dan bersalah menjual diri kerana kemewahan dan pelbagai lagi musibah yang diberitakan semenjak dua bulan kebelakangan ini.

Wallahuallam..