Paparan

Search This Blog

Monday, July 27, 2009

Kepemimpinan Distributif

Bersama Tuan Hj Ramli, Pn Hjh Rosnarizah, Pn Hjh Solehah dan peserta NPQEL

Professor Alister Jones mungkin berjenaka sehingga Dr Amin Senin tersengih dan diperhatikan oleh barisan pengetua Cemerlang, Datin Asariah dan Dr. Hj Khair.

Tema Seminar Nasional Kepemimpinan Dan Pengurusan Ke 16 tahun ini adalah "Distributed Leadership". Tema yang dinyatakan di dalam bahasa inggeris ini telah menimbulkan perdebatan tentang kerelevenan menggunakan tema yang tidak diterjemahkan ke dalam BM, apabila peserta yang baru sahaja mendengar taklimat menteri pelajaran mengenai MBMMBI (Memperkasakan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris) di PICC pada sehari sebelum SN 16 bermula pada 21 Julai.

Kertas Tema telah dibentangkan oleh Prof. Alister Jones dari Universiti Of Waikato, New Zealand. Pembentang kertas yang lain terdiri dari ahli akademik dari Universiti tempatan, kajian Phd dan amalan terbaik pengetua cemerlang. Sebanyak 15 kertas kerja dibentangkan dengan peruntukan masa hanya 20 minit bagi satu kertas. Seminar ini telah menjadi medan untuk para pendidik yang membuat kajian untuk membentangkan hasil kajian dan amalan terbaik yang terpilih.

Seminar juga telah mendapati tiada istilah yang sesuai untuk menterjemahkan 'distributed' di dalam bahasa melayu. Kebanyakan pembentang menggunakan kepemimpinan teragih sebagai terjemahan yang agak relevan. Namun saya bersetuju dengan Dr. Ishak Sin yang menterjemahkan sebagai kepemimpinan distributif.

Kepemimpinan Distributif secara konsepnya boleh dikatakan sebagai kesediaan pemimpin untuk berkongsi kepemimpinan dengan orang bawahan secara sukarela membangunkan kapasiti setiap individu di dalam organisasi. Kepemimpinan distributif ini lebih merupakan kepada amalan pemimpin yang bersedia menyebarluaskan dan mengagihkan tugasan, membuat keputusan, tanggungjawab dan akauntabiliti.


Namun seperti kiasan Prof. Datuk Dr Rahim Selamat, mantan Pengarah IAB bahawa pengetua harus rela dan bersedia mengagihkan kuasa memimpin kepada orang bawahan dan rela membangunkan kepemimpinan guru-guru di bawah pimpinan mereka. Beliau masih inginkan pelajar UNISEL memanggilnya cikgu kerana baginya beliau ialah seorang yang berketurunan guru. Jiwa guru yang ada dalam dirinya telah menterjemahkan bait-bait ayat yang jelas menggambarkan kenikmatan bekerja sebagai guru. Jika beliau yang sudah pencen dan meninggalkan perkhidmatan pendidikan lebih satu dekad dan masih berjiwa guru, kita yang berada di dalam sistem seharusnya mempunyai semangat juang yang lebih tinggi untuk mendidik dan mambangunkan anak bangsa Malaysia.

Wednesday, July 22, 2009

Kes Pertama

Pada hari isnin 20 Julai, pagi ada perjumpaan dengan ibubapa murid seralai 4 orang yang ada masalah ponteng sekolah yang serius. Oleh sebab kelas penuh minta guru disiplin yang hanya 14 waktu bantu kawal kelas. tengahari ada mesyuarat dengan guru-guru tingkatan dan penyelaras tingkatan. Petangnya menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Jam 4.15 kerani kata ada call dari hospital banting. Hati tertanya2 kenapa pulak hospital? Capai buku catatan dan bergerak mengangkat telefon. Nurse Haslina yang bercakap memaklumkan ada pelajar yang terlibat dalam 'suicide case' dengan telan pil dan Dr nak jumpa pagi besok. Agak terkejut. Sepanjang berkhidmat tak pernah terlibat dengan kes sedemikian.

Pelajar tersebut tingkatan satu, india dan mendakwa di buli dengan kata-kata sinis oleh rakan-rakan perempuan tingkatan lima dan dua. En. Thamil guru disiplin ada maklumkan dengan saya dan tindakan memanggil pelajar telah di ambil. Kaunselor juga memanggil ke semua pelajar yang terlibat. Ibu bapa pelajar yang di buli juga datang berjumpa kaunselor pada pagi 16 julai. Call kaunselor tanya perkembangan dan latar belakang kes yang dikendalikan oleh beliau. juga ajak beliau teman ke hospital. Pengetua juga perlu dimaklumkan. masih ingat dengan pesanan semasa berkursus di IAB apa2 kes mesti inform pengetua dulu.

Besok paginya 21 Julai saya dan kaunselor ke Hospital Banting. Setelah menunggu sejam dapat berjumpa dengan Dr. Girija yang mengambil kes pelajar tersebut. Pada mulanya Dr agak negatif dengan pihak sekolah dan menganggap sekolah tidak menbgambil tindakan sehingga menyebabkan berlaku kejadian yang serius ke peringkat cubaan membunuh diri. Pesanan Dr Tie, masih diingati, apa sahaja kes murid perlu ada catatan. mujurla catatan tersebut membantu meyakinkan dr bahawa kita telah mengambil tindakan mengikut laporan kes oleh murid. So masalah tersebut telah diperbesarkan oleh ibu bapa yang menyebabkan anaknya tertekan.


Dari Hospital terus pulang. Uruskan anak2 dan malamnya selepas hantar muaz tusyen terus naik ke IAB. Risau jugak jalan kat Karak gelap tapi...tahan je la. Mendaftar dah jam 10.30, dapat la dekat kayangan tingkat 4. nasib blok b dan bukan c. Masuk ke bilik rupanya roomate dah ada...pegawai dari BTP. Belum mandi katanya takut tak ada orang sebelah. kesian. kalu saya pun sama kut.

banyak mulut jugak roomate. kami sembang tak sedar dah jam 12.00.

Sunday, July 19, 2009

Jakarta Bergegar Lagi

Gegaran pagi sabtu mengejutkan kota metropolitan Jakarta. Pengeboman ini dilihat cuba menguji keupayaan Presiden Susilo Bambang yang baru memenangi pilihanraya yang lalu. Amerika mengharapkan agar pihak yang bertanggungjawab diambil tindakan dengan sewajarnya. Sasaran hotel JW Marriot adalah kali kedua setelah pengeboman yang pertama di Bali dan mencederakan sejumlah hampir 200 orang. Kesibukan tetamu di restoran Ritz Carlton adalah juga tempat yang strategik dijadikan sasaran pengebom berani mati.

Apa yang menyebabkan seseorang bertindak di luar batas normal manusia? Tindakan mereka sering dikaitkan dengan islam dan rangkaian Al Qaeda. Orang-orang yang dikatakan berjuang kerana jihad ini sering kali dilabelkan oleh Amerika dan sekutunya sebagai pengganas. Namun, sebaliknya tindakan terang-terangan pihak Isreal membunuh rakyat Palestin dihalalkan oleh mereka.

Dalam pada itu, Indonesia tidak mendedahkan senarai tetamu yang menginap di kedua-dua hotel yang menjadi sasaran. Berkemungkinan besar terdapat dalam kalangan tetamu yang bersarapan di Restoran Hotel Ritz Carlton dan tempat letak kereta JW Marriot merupakan sasaran utama pihak yang bertanggungjawab melakukan pengeboman.

Muslihat Amerika, Yahudi dan sekutunya yang menjadikan Indonesia sebagai pusat kawalan di Asia amat merbahaya kepada kedudukan negara kita. Amerika memang telah lama inginkan perairan negara untuk dijadikan laluan kawalan mereka yang kononnya untuk menjaga keamanan antarabangsa. Namun kebijaksanaan kepemimpinan negara kita telah menolak desakan mereka. Kunjungan Obama ke Indonesia semasa kempen piliharaya sedang rancak berlangsung seharusnya di ambil perhatian yang serius oleh negara-negara ASEAN yang lain.

Jika di kaji kedudukan negara-negara di sekitar Asia Tenggara hanya Malaysia dan Indonesia sahaja yang ditadbir dan dipimpin oleh pemimpin Islam dan merupakan negara-negara Islam. Sekarang Indonesia telah berada di bawah genggaman Amerika dan sekutunya. Yang tinggal hanyalah negara kita Malaysia. Malaysia harus mempunyai pendirian yang teguh mengenai keselamatan perairan dan dalam negara. Muslihat Amerika dengan memberikan tekanan kepada negara apabila CIA melabelkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang menjadi laluan atau transit pedagang manusia. Isu keselamatan yang lain ialah laluan dagangan dadah yang menjadikan warga Malaysia sebagai sasaran.

Sekarang tiba masanya kita semua bersatu hati ke arah perpaduan serta saling menghormati adat dan budaya masyarakat majmuk. Kita juga harus perihatin dan mengambil tahu akan segala isu-isu ekonomi, politik dan sosial sama ada dalam atau luar negara.

Wednesday, July 15, 2009

Program HEM

Hari ni seperti biasa sampai di sekolah jam 7.05 pagi. 10 minit ambil masa untuk mencatat 'things to do' untuk hari ini. Perhimpunan pagi ini jam 7.15 saya menyerahkan catatan kepada guru disiplin untuk bercakap dengan pelajar. Sudah seminggu saya membiasakan diri bercakap dengan pelajar setiap pagi mengenai disiplin, sikap, minat belajar dan keceriaan kelas. Hari ini saya minta pertolongan En. Thamil guru kanan disiplin menasihatkan murid-murid mengenai kebersihan dan kekemasan diri; keselamatan murid datang dan pulang dan menepati masa naik ke kelas apabila rehat.
Hari ini kelas memang penuh, free waktu rehat sahaja. Pengetua telah maklumkan beliau telah mengarahkan guru jadual waktu menyediakan waktu baru untuk saya yang hanya berjumlah 15 waktu. Entah bila boleh siap tak tau...Kelas tamat jam 11.40 pagi. Mesyuarat pengurusan yang pertama saya hadiri pada jam 12.30 bermula. Tadi ada cikgu Thong bagi rambutan. makan je la rambutan dan teguk air kosong. Nak g kantin belum tentu ada makanan. sebab sekolah satu sesi. Kalu nak makan kena order...lambat.
Pada mseyuarat saya mencadangkan beberapa pelan tindakan bagi memantapkan pengurusan HEM. Berasaskan data dan maklumat yang dapat diperolehi setakat ini beberapa cadangan telah disuarakan untuk dibincangkan bersama-sama dengan pengetua, Penolong Kanan, Kaunselor dan Guru Kanan Mata Pelajaran. Fokus utama saya adalah kepada perkara-perkara berikut:
1. Meningkatkan keprofesionalisme guru tingkatan dan guru disiplin.
2. Membangunkan kepemimpinan pengawas
3. Memperkasakan Ketua Tingkatan
4. Pembudayaan murid.
Tindakan akan bermula serentak secara berperingkat. Langkah pertama adalah mengadakan perbengkelan guru tingkatan dari segi pengurusan kelas, perjumpaan dengan pengawas, perjumpaan dengan ketua tingkatan, menggerakkan ketua tingkatan menghias dan menjaga keceriaan kelas, meronda dan menegur murid yang membuang sampah dan menggerakkan murid mengutip sampah setiap kali nampak sampah, memantau keadaan tandas lelaki dan wanita...(walaupun nak muntah bila masuk tandas lelaki...kena masuk juga), memantau adab makan murid di kantin dan makanan yang disediakan dan unit-unit HEM yang lain. Kesemua pelan tindakan ada yang telah berjalan dengan cara mewar-warkan, enforcement dan dengan guru-guru berjalan sepenuhnya minggu hadapan.
Pengetua saya proaktif dan inginkan saya bertindak dengan segera...so tak boleh tunggu....
Ingat nak environmental scanning dulu dalam sebulan. Tapi hanya sempat seminggu....setiap hari ada kesempatan berbincang dengan pengetua...banyak idea yang dilontarkan. so saya budak baru belajar kena la terus bergerak....

Tuesday, July 14, 2009

Laporan Projek

Hari ni balik dari sekolah jam 2 terus ke kedai weng seng untuk ambik jilid laporan dan terus hantar ke IPK. Besok dan lusa ada mesyuarat. so kenala bergegas ke KL hari ni jugak. Baca sepintas lalu...pasti ada jugak silapnya....entah le.itu pun buat pembetulan tak mail kat datin...mesti dia marah agaknya...

tadi kat IPK datin ada kelas. Profesor pelawat Tony Townsend pun sedang mengajar. Saya tengok ada khemah kat depan dewan kuliah 3 dan 4. pejabat kata student buat pesta buah-buahan tempatan. Dari jauh saya perhati ada pelbagai buah-buahan tempatan. Ingat je dulu kat IAB pak nik buat pesta buah-buahan tempatan duku dan manggis...

Saturday, July 11, 2009

Usaha + bijaksana + Doa + sokongan = hasil cemerlang

Persiapan oleh sekolah yang menyertai mewakili daerah .. tema tahun ini adalah makanan sihat untuk perkelahan (bekal)

Booth tuan rumah....ok la untuk pertama kali menyertai...


ini booth sekolah yang menang...mereka di Shah Alam lebih menghargai Bagan Lalang...

Pertandingan memasak peringkat negeri selangor telah dimenangi oleh SMK Seksyen 18, Shah Alam. Pengetua dan penolong kanan sekolah tersebut turut hadir bersama memberikan sokongan. Sempat meninjau persiapan awal booth peserta pertandingan. Kreativiti murid dan guru amat tinggi dan boleh dibanggakan. Sayang tak sempat meninjau hasil masakan mereka kerana sibuk mengawal pelajar agar tidak membuat bising.


Dalam sibuk meronda...tak sedar jam sudah menunjukkan jam 11.00 pagi..kelihatan dari jauh tetamu telah mula sampai...cepat-cepat menuju ke bilik. meninjau muka....tak sempat touch up..betulkan tudung je..


Di ruang legar kelihatan ketua bidang sudah menunggu bersama pelajar yang ditugaskan membantu menyambut tetamu....ringkasnya kelihatan....saya hanya memerhati sahaja. Roset disediakan agak besar dan pelbagai warna...bunga plastik...tak pa la nanti program HEM saya taja orkid sbg roset...protokol masih boleh ditambahbaik...


Pegawai dari PPD negeri selangor dah mula sampai, diikuti oleh Ketua Sektor Pn. Fatimah...tiada jurugambar merakam detik kehadiran tetamu...sayangnya tak da la memori peristiwa sekolah...kamera saya pulak dalam bilik...kaki dah tak larat nak naik ambil....
Pengetua mengiringi Ketua Sektor ke Dewan Pertandingan...PK ko mengiringi pegawai-pegawai dari JPN....so saya ambil keputusan tunggu Tuan PPD sepang yang masih dalam perjalanan. Saya fikir AJK sambutan tidak merancang dan menguruskan dengan baik sesi sambutan tetamu...sebagai tuan rumah saya fikir kita perlu lebih mesra dan mengenali tetamu yang hadir...yang penting menghargai kehadiran mereka dengan menunjukkan rasa hormat dan mengalu-alukan kehadiran mereka ke sekolah kita. Saya hanya memerhatikan dan zip mulut ....sambutan dibiarkan kepada pelajar dan mereka berada di belakang....tak pa la....nanti jika ada majlis rasmi lagi...boleh la bantu...
Ketibaan Tuan PPD saya sambut dengan senyum....sebaik melihat saya beliau mengucapkan tahniah..hari ini pertama kali jumpa selepas saya dicadangkan untuk dilantik sebagai HEM. Sehari sebelum melapor diri saya ada ke PPD tapi beliau tiada di Pejabat, so lapor diri dengan Tn Hj Mutallib, Penolong PPD Unit Sekolah Menengah. Tuan PPD ni laju jalannya..saya tertinggal di belakang...lagi pun beliau berbincang urusan pejabat dengan pegawai dari JPN. ingat je macam abang Z jalannya....
Di dewan ada demo memasak...pengetua dok masak rupanya....Majlis berjalan agak tidak teratur..teks ucapan juruacara....atas pentas penuh dengan guru dan pelajar yang membantu menyampaikan hadiah....kenapa gitu....tak pernah ada majlis rasmi ke di sekolah ni.....protokol pun salah dari keutamaan tetamu menyampaikan hadiah....
seperti yang dijangka....komen berderet dari tuan PPD, ketua sektor dan pegawai JPN....kak zah (kami memang baik kerana saya pernah mengelolakan pertandingan memasak negeri tahun 2006). Saya terpaksa memohon maaf bagi pihak sekolah....
Satu lagi saya lihat...tidak dijemput tetamu VIP lain yang hadir untuk turut sama ke bilik jamuan. sedihnya..... saya mengiringi pasukan hakim dan menjemput mereka makan....tapi mereka memberi alasan ada urusan...saya meninjau bilik jamuan hanya ada vvip dan beberapa pegawai PPD dan JPN. Mana pengetua, pegawai2 maggi yang hadir...saya keluar semula mencari-cari mereka yang lain....rupanya mereka di dewan...dah makan hasil pelajar katanya...malunya saya...macam tu ke kita sambut tetamu yang datang....
Pengetua kena bangunkan budaya guru-guru dan murid di sini. Bila semua tamu vip dah balik saya terus ke bilik jamuan...mereka dah mula habis makan....saya sampaikan salam mereka yang dah pulang kepada pengetua. so ceduk la nasi sendiri di bahagian AJK. Dalam dok ceduk tu VVIP dah mula bangun nak berangkat pulang. saya letak nasi dimeja yang sempat ambik gulai ikan masin je...
So keluar mengiringi mereka. Bila semua dah pulang tuan PPD pulak banyak sembangnya...memberikan nasihat....Betul kata beliau...komunikasi itu sangat penting..beliau memberikan contoh sekolah yang bermasalah komunikasi yang menyebabkan konflik pentadbir dan guru.....last sekali sebelum pergi menasihati saya agar menunjukkan pretasi yang cemerlang.katanya hujung tahun ni ada penstrukturan pentadbir sekolah di daerah ini...harap2 dapatla balik semula ke sekolah yang lebih dekat....
Sambil bergerak ke bilik jamuan bersembang dengan PK KO...tapi beliau taknak makan anak menunggu lama di kereta katanya...Bersama pengetua masuk bilik jamuan. PK tak ada hari ni...beliau menyampaikan ceramah teknik menjawab di sekolah di Kajang. Saya tengok pengusaha kantin dok mengemas...apa aku nak makan ni..tengok jam baru pukul 2. kenapa cepat sangat kemas...hati agak panas...cari air...gelas pun tak ada....
Mereka perasan aku tercari2 lauk....rupanya dah packing semua....mereka bagi la lauk ikan seekor....rasanya nak naik saja...tapi mengenangkan kita baru...so makan jugak la.....kawan dari SMK Seri Sepang masih ada meneman saya makan...nasib la labu...
Itula selalu kita fikir guru orang melayu banyak dan kaya adatnya..terutama bila menyambut tetamu...tapi mungkin kesibukan belajar, kemudian kerja....budaya itu mula dihakis masa...
kemungkinan ini ialah salah satu cabaran yang menyukarkan pengetua membangunkan budaya murid-murid...wallahuallam.






Thursday, July 9, 2009

Kebajikan Pelajar

Dalam perjalanan pulang jam 5.30 petang singgah di rumah murid (Usha Rajendran, 1A) yang kematian ibunya kerana kanser. Sumbangan disampaikan kepada neneknya.

Pn. Fauziah wakil dari Nestle menyampaikan taklimat kepada semua peserta pertandingan.

Bersama pengetua mendengar taklimat pertandingan. Ruangan yang kosong di belakang kami adalah dikhaskan untuk VIP. Kerusinya akan ditukarkan kepada 'banquet chair' yang siap dihias reben pagi besok. Pengetua kata bimbang jika malam ini hujan akan menyebabkan kerusi basah akibat tempias. Besok jam 7.00 pagi dah mula pendaftaran peserta pertandingan, so kena la sampai sebelum itu.


Dalam kesibukan sekolah menguruskan persediaan menjadi tuan rumah pertandingan memasak sekolah-sekolah Negeri Selangor, saya sempat meminta bantuan guru kebajikan mengutip derma daripada guru-guru dan murid. Petang rabu merupakan aktiviti kokurikulum. Saya meneruskan kerja-kerja HEM yang tidak dapat dijalan waktu pagi. Jam 3 petang pengetua memanggil dan minta menasihatkan pelajar yang tidak berpakaian sesuai agar pulang dan keluar dari kawasan sekolah. Saya turun ke bawah dan mencari-cari dalam ratusan murid yang berkeliaran hadir untuk aktiviti ko. Guru yang nampak saya mula bertanya nak buat apa petang ni..saya kehairanan. Aktiviti ko ...tanya HEM nak buat apa. Cikgu tk merancang bersama murid ke nak buat apa? entah lah... rupanya PK Ko tak ada kerana uruskan pertandingan murid. Cari SU Ko...katanya pengetua minta buat gotong royong.


Saya ambil kesempatan kumpulkan guru dan minta tolong mereka minta pelajar gotong royong je. Bahagikan guru dan murid yang ada mengikut kawasan kritikal sahaja. So masalah sampah untuk hari ini selesai.


Sekolah yang menyertai pertandingan sudah mula mendaftar di Dewan Terbuka. Saya tinjau tingkah laku murid-murid agar tidak mengganggu aktiviti tamu di dewan. Tapi murid yang hadir ko selalunya murid yang agak baik sahsiahnya so mereka agak tenang dan tidak menganggu perjalanan majlis pada petang ini.

Besok kena bertolak lebih awal untuk sampai sebelum jam 7.00 pagi....

Wednesday, July 8, 2009

Minggu Permulaan Yang Sibuk

Bermula 6 Julai pengetua mula memberikan kepercayaan untuk melaksanakan tugas HEM. Dengan jadual waktu sementara yang diberikan menggantikan guru yang pindah sebanyak 26 waktu, saya seperti tidak dapat bernafas. Semput mendaki tangga. Al maklum la, selama dua tahun, jalan berlenggang kangkung. Hari pertama tak sempat menjamah makanan sehingga ke jam 1.00. Dalam perjalanan untuk bertemu Datin bagi mengambil laporan yang telah disemak dan perlu diperbaiki, singgah petronas beli roti dan air kosong. Dalam keletihan dapat juga bertemu Datin pada jam 2.50 ptg di IPK. Melihat catatan pembetulan yang di buat saya dah faham situasi yang dihadapi. Hati kecil bertanya sendirian bila la masa nak siapkan ni? Selasa 15 Julai dah nak kena hantar. Untuk copy ambil masa 3 hari. Jam 5 petang habis berbincang dan pulang ke rumah. Dengan perut yang hanya di alas dengan air kosong dan roti bilis sebuku. Seperti biasa rutin, ambil anak, order makanan dan 8 mlm hantar anak tusyen. Jam 10.00 mlm mata dah tak boleh nak bukak ambil anak dalam keadaan menahan mengantuk dan letih. Maklum la pagi 4.30 dah mula bangun, sediakan makan pagi dan bekal anak. 10.30 sampai di rumah, solat isyak dan terus padam.
Sebelum tu dah pesan anak-anak siapkan kelengkapan sekolah sebab hubby outstation dan perlu hantar anak ke sekolah se awal jam 6. 00 pagi. kesian mereka...6.30 di sekolah masih gelap dan hanya ada satu atau dua pelajar sahaja. Pagi besoknya jam 5 pagi saya dapati adik ada tidur di bilik muaz...hem lagi hati..boleh minta dia tolong hantar anak ke sekolah.
Hari ke 2, 7 julai mula berurusan dengan ibu bapa yang datang kerana salah laku disiplin anak-anak mereka. Hari ni juga ada majlis penyerahan wang KWAMP kepada seramai 31 orang murid dengan jumlah wang sebanyak RM300 seorang. Saya difahamkan jumlah tersebut berkurangan berbanding tahun lepas sebanyak RM600. Ibu bapa ada bertanya mengenainya, kena la pandai memberi penjelasan bagi pihak Kementerian. Hari ada ada 6 waktu. 4 waktu dengan kelas peralihan. Saya ambil kesempatan menggunakan waktu untuk mengajar mereka membaca. Bagi yang lancar tiada masalah. Ada 8 orang yang perlu betul-betul dibantu. saya telah bersedia dengan buku bacalah anakku, ajar mereka membaca seperti mengajar anak-anak saya waktu kecil dahulu. Hiba juga hati melihat keinginan mereka bila didekati. Pelajar india dan cina nampak seolah-olah degil, tidak menghormati guru...tetapi sebenarnya mereka putus asa kerana tidak faham apa yang diajar oleh guru. Saya mendekati, memujuk dan mengajak mereka untuk membaca. Setelah 4 masa berakhir mereka mula berlembut apabila ditegur dan bersedia menjawab apabila ditanya. Hari ini adalah hari yang ketiga saya bersama mereka. Saya mula agak senang hati mungkin hari-hari berikutnya lebih mudah untuk saya mengawal mereka.
Hari ini 8 Julai. 3 masa bersama 1D yang digeruni oleh semua guru. Pantang lepa mata mereka bergaduh. Saya sepatutnya hanya mengajar pelajar ERT sahaja. Tapi oleh kerana cikgunya merayu-rayu minta di ambil kesemua pelajar kerana beliau ada urusan untuk persiapan pertandingan memasak terpaksa saya akur. Masa berlalu begitu lambat. Tiada perancangan untuk murid lelaki yang terlalu banyak tenaganya. Tekak dah mula agak keperitan untuk menenangkan mereka yang bercakap dengan nada suara yang kuat separuh menjerit. Di tambah dengan mengganggu rakan, cuit sana, cuit sini...mengejek dan akhirnya bergaduh. Seram jugak...dibuatnya. Dah lama tak hadapi situasi pelajar bergaduh. Di sekolah asal tiada murid yang bergaduh semasa saya mengajar. Mujur budak2 kecik dapat dicekup kedua-duanya...
Setiap hari misteri...apa lagi yang akan berlaku besoknya.....

Friday, July 3, 2009

Dilema Guru Baru NPQH

Ini lah sekolah baru saya SMK Pantai Sepang Putra, indah namanya, segah bangunannya, dan sehebat cabaran mendidik anak-anaknya.

Memperkenalkan Pengetua baru saya Pn Zaini mesra dan tegas orangnya.



Apabila ditawarkan sesuatu jawatan kita mempunyai pilihan untuk menolak atau menerima. Menerima bererti kita menyahut cabaran untuk menggalas tanggungjawab yang berat dalam memperkasakan generasi pewaris negara dan kecemerlangan pendidikan bangsa Malaysia.

Oleh hal yang demikian saya bertekad untuk bersama-sama memikul tanggungjawab sebaris dengan pemimpin-pemimpin lain di sekolah. Namun kerenah birokrasi menyebabkan kita berada dalam dilema. Hal ini ialah kerana kita dihantar atas alasan dengan jawatan secara lisan, tetapi surat penempatan tidak menyatakan apa-apa berkenaan dengan perkara berikut. Tambahan pula pengetua tidak mahu ( mungkin tidak menyedari mereka ada kuasa itu ) menggunakan kuasa autonomi yang diberikan oleh Kementerian untuk mengarahkan kita bertugas terlebih dahulu sebagai jawatan yang ditawarkan.

Saya meminta pandangan Ketua Unit HEM JPNS En. Khaidir berkenaan hal ini. Beliau menyatakan dengan kuasa yang ada pada pengetua, saya boleh diarahkan menjalankan tugas HEM yang kosong sementara menunggu surat lantikan di terima.

Persoalannya berapa lama sesuatu surat lantikan itu akan diproses dan dikeluarkan? Satu bulan, 2 bulan atau berbulan2. Hal ini akan menyebabkan kita berada dalam keadaan dilema kerana melihat tugasa kita akan menjadi semakin menimbun kerana lazim di sekolah jika bukan tugasan aku..usah ambil peduli.

Bayangkan dengan komposisi tiga kaum yang hampir sama banyak, pencapaian murid yang rendah, ses juga rendah, semangat guru juga hampir lemah....memperlihatkan murid yang kurang adab, tidak menghormati guru dan rakan, mudah tercetus pergaduhan kecil dan lain-lain lagi yang akan dihadapi nanti.

itu la nasib NPQH tidak sama dengan lantikan rakan-rakan lain ke jawatan di sekolah. Mereka boleh terus menjalankan tugas sementara menunggu surat lantikan. PELIK DAN AJAIB.

Wednesday, July 1, 2009

Malaysia Pedagang Manusia?

Pandangan yang dilontarkan oleh Quek Sue Yian (The Edge, Jun 29, hlm 55) mengenai bagaimana Malaysia boleh keluar dari senarai Tier 3?. Siapakah yang mengeluarkan senarai Tier ini? mengikut laman web Nationmaster.com sumber mengenainya diperoleh daripada CIA factbooks. Penulis menyatakan bahawa Malaysia telah disenaraikan berada dalam kategori Tier 3 oleh US State Department Trafficking In Persons (TIP) Report 2009. Laporan tersebut telah menyenaraikan Malaysia ditangga yang ke 17 sebagai negara yang tidak mengambil tindakan yang secukupnya untuk menghalang perdagangan manusia.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa Malaysia didakwa sebagai sumber, destinasi dan transit bagi perdagangan wanita dan kanak-kanak untuk bekerja sebagai buruh, pelacuran dan perniagaan. Kanak-kanak yang tidak didaftarkan kelahiran secara sah adalah merupakan mangsa terbesar perdagangan kanak-kanak.

Kanak-kanak yang tidak didaftarkan disebabkan oleh beberapa faktor antaranya:
1. kegagalan mendaftar kelahiran
2. masalah pendaftaran akibat daripada yuran, peraturan dll
3. kanak-kanak yang telah didagangkan dan tidak mempunyai dokumen
4. proses anak angkat yang tidak sempurna.
5. Kanak-kanak terbiar.

Sejauhmanakah seriusnya masalah kanak-kanak yang terbiar dan dijadikan hamba moden ini. Laman Web NationMaster menyatakan perdagangan manusia adalah bentuk perhambaan moden yang sedang berleluasa pada alaf ini.

Saya bersetuju dengan pendapat penulis yang menyarankan Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan yang serius akan hal ini. Saya berpendapat masalah ini adalah mungkin berpunca daripada pergantungan negara terhadap buruh asing yang memberi ruang kepada kemasukan pendatang tanpa izin secara berleluasa.

Rentetan daripada itu, negara juga seharusnya menyedari limpahan pekerja asing banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Masalah jenayah , pengaruh budaya asing yang tidak sihat , masalah sosial dan pelacuran semakin berleluasa.

Implikasi kepada pendidikan, kanak-kanak yang tidak didaftarkan dan mempunyai dokumen kelahiran tentunya tidak akan dapat mendaftar sebagai murid sekolah. Ini akan memberi kesan kepada masalah jenayah juvana seterusnya kepada ekonomi negara. Sebagai guru seboleh-bolehnya kita harus memastikan anak-anak mendapat pendidikan formal yang sempurna sehingga sekurang-kurangnya mendapat SPM atau kemahiran asas agar dapat menyumbang dalam bidang pekerjaan.

Minggu Haluan Siswa 09

Bersama Prof Datuk Hussein selepas ceramah motivasi beliau. Selepas tu sempat bincang untuk temujanji bagi meneruskan Phd. Saya akan meneruskan kajian mengenai Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP). Kajian lanjutan berikut adalah untuk memulakan dan melaksanakan KPP di sekolah. Saya akan menjalankan kajian berbentuk eksperimental untuk melihat kesan KPP kepada pencapaian murid dan juga pembelajaran guru. Kaedah kajian menggunakan kualitatif dan di sokong oleh kuantitatif. Kajian juga mungkin berbentuk kajian kes...tengok perbincangan lanjut dengan penyelia (Prof Datuk) dulu cam na.

Kami kusyuk mendengar celoteh Prof. Datuk mengenai cerita2 semasa beliau belajar dulu...Arman dan Woo kusyuk mendengar...boleh ambil inspirasi tu....nanti jadi orang hebat seperti beliau..

Prof. Datuk semasa menyampaikan ceramah motivasi beliau kepada pelajar kohort 10.

30 Jun kami keluarga kohort 9 menyambung tradisi IPK senior menyambut ketibaan pelajar baru pada Minggu Haluan Siswa. Pagi sampai uruskan pendaftaran dengan Ida dan Su dan kemudian Sdr Azhan ingatkan tentang majlis perasmian dah nak mula. Tak sempat tengok aturcara betul2 dan prepair skrip. semuanya spontan. dah tentu bila spontan ni pasti ada silapnya. tapi alhamdulillah semua profesional dan fleksibel. dan majlis berjalan lancar.
Terima kasih kepada rakan2 yang dapat hadir bersama-sama hari ni. Sayang tak sempat bergambar ramai2 mungkin seronok bercerita sampai lupa nak bergambar....almaklum la...semua dah fresh dan free and easy je...orang jerman kata sempoi...