Paparan

Search This Blog

Friday, November 13, 2009

Terima kasih daun keladi

Minggu-minggu akhir persekolahan ni banyak perkara yang perlu difikirkan dan dilaksanakan. Semuanya berkaitan dengan persediaan untuk memulakan persekolahan pada 4 jan 2010 nanti. Nak cuti sekolah ni macam nak bercuti balik kampung. nak kena kemas terlebih dahulu.

Hari ni bersama-sama dengan guru-guru dan murid-murid kami warga smkpsp mengadakan gotong royong akhir, tapi kali pertama semenjak saya di sini. Saya dapatkan bantuan Majlis perbandaran sepang untuk memotong dahan pokok yang merbahaya dan berjuntai keluar pagar dan juga khidmat lori mengangkut sampah kering dan basah. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu...seronok tengok sekolah bersih dan hijau je...

sisa-sisa dahan pokok yang tak tau berapa lama bertimbun di sekeliling padang dibersihkan oleh alam flora....daun-daun kering yang susah sangat pekerja swasta nak bersihkan dibersihkan oleh murid dan guru. sampah yang menyumbat aliran air dalam longkang juga murid dan guru bersihkan....

alhamdulillah...hari isnin minggu hadapan ada satu hari lagi murid masih ada di sekolah...kami bersama-sama akan susun kerusi meja ikut bilangan murid bagi tahun hadapan...

Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru-guru, murid-murid, pegawai MPSp, Alam Flora, pekerja swasta sekolah, kantin yang menyediakan makanan dan pengawal yang menjaga lalu lintas....terima kasih semua..tanpa bantuan dan sokongan semua pihak aspek 3K takkan dapat dilaksanakan dengan sempurna....

terima kasih daun keladi tahun hadapan kita kerjasama lagi...

1 comment:

Kongsi minda anda