Paparan

Search This Blog

Tuesday, November 3, 2009

Pengurusan Data Sekolah

Dari kiri Pn. Marhamah PK SMK Seri Sepang, Diyana PK SMK SG Rawang, Guru Data, Pn. Mardiyah PK Petang SMK BBST dan PN. Salwa Guru Data SMKBBST
Meeting luar mesyuarat nak mandi ke tidak....tengah minggu Tiara Beach Resort kami je yang ada...

Minggu lepas diarahkan oleh pengetua menggantikan penolong kanan ke satu mesyuarat mengenai pengurusan data sekolah di PD. Mesyuarat berkisar kepada penyediaan data emis, penempatan guru dan penempatan murid. Pening jugak melihat data guru dan mengira hak untuk penempatan guru 2010. Agak hidup mesyuarat apabila membincangkan tentang isu penempatan guru dan penempatan murid tingkatan satu. Bukan apa kalau penempatan murid ada sekolah rendah yang muridnya sudah membuat pertukaran 100% ke sekolah lain dan tidak mahu datang ke sekolah saya. Sekolah lain juga menghadapi masalah sama apabila ibu bapa memilih untuk pergi ke sekolah yang bagus sahaja walau pun berjauhan. Tahun hadapan pendaftaran murid tingkatan satu secara online dan PPD menyarankan agar guru SMM adalah juga merupakan guru pendaftaran murid.

No comments:

Post a Comment

Kongsi minda anda