Paparan

Search This Blog

Friday, November 20, 2009

Selamat sekolah cuti....

Siapa yang bercuti sebenarnya...guru atau murid? rasanya kedua2 nya tak cuti cuma instead of bekerja dan belajar di sekolah tapi diteruskan dengan melakukannya di rumah. Komen ruangan pojok cakap-cakap dalam berita harian hari ini .. "Ramai yang kelihatan riang selepas mendapat 5A.....ada yang menangis kegembiraan tapi jarang kedengaran menangis kekecewaan kerana gagal"

Tahniah kepada semua guru dan anak2 yang telah berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Tapi bagi 3 266 orang murid yang tidak mencapai (mendapat E semua) apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah anak2 tersebut ada masalah pembelajaran(Pendidikan Khas) atau tidak menguasai pembelajaran akibat daripada ketidakprofesionalan guru.

Ataupun mungkin ketidakperihatinan ibu bapa terhadap pembelajaran anak2 yang menyebabkan anak2 tidak mengambil berat tentang hal pembelajaran.

Hal yang demikian juga berlaku di sekolah saya. Pernah seorang ibu datang menuntut kembali bedak compact yang kita rampas dengan alasan penting untuk digunakan oleh anaknya yang bekerja ada malam hari dan hujung minggu di kedai makan kat bagan lalang. Baru2 ni pun ada ibu yang menuntut rantai besi dan didapati anaknya juga bekerja di waktu malamdan hujung minggu. Anak2 mereka sering ponteng sekolah, tidak menunjukkan minat untuk belajar di dalam kelas kerana mengantuk, tidak membuat kerja sekolah apa tah lagi mengulangkaji pelajaran. Masa anak2 sepatutnya berada di sekolah sudahberalih peranan sebagai pekerja bawah umur.

Apa kita nak kata jika ibu bapa pun mengharapkan gaji anak2 setiap bulan untuk menambah top up,membayar motorsikal atau membeli keperluan sekolah. Ada juga yang menyalahguna wang biasiswa dan KWAMP anak2 mereka untuk tujuan peribadi.

Apa yang perlu difikirkan adalah untuk memperjuangkan hak anak2 untuk belajar dengan sempurna. i'm thinking of to have pendidikan keibubapaan next year...not in the school but at their village or Taman perumahan with collaboration Ahli Parlimen....harap2 will aproved by pengetua..

3 comments:

  1. it is a good idea and better if to go for a small group of parents where two-way communication between PT

    ReplyDelete
  2. Jika sekiranya ibubapa mengambil cakna tentang hal ehwal anak-anak mereka maka sudah tentulah beban tugas guru di sekolah tidaklah mencabar sangat.

    ReplyDelete
  3. tq....idea mprinc always help me up..

    ReplyDelete

Kongsi minda anda