Paparan

Search This Blog

Monday, August 2, 2010

Aku Cikgu

Dalam beberapa minggu ini hati menjadi keliru, banyak rasa, banyak diperhati, banyak didengar, pelbagai tafsiran. DG apa sebenarnya maksud akronim tersebut? Selama ini hanya tahu menyebut namun tidak pernah bersuara untuk menyoal akan maksudnya.

Mengimbas kembali semasa temuduga yang dihadiri awal tahun yang lalu. Seramai sembilan orang penemuduga membuat hati berasa sangat kecut. Apatah lagi diduga dengan pelbagai soalan yang menguji ketahanan diri. Masih diingat dengan jelas asakan soalan pengerusi temuduga yang rupanya Timbalan pengarah mengapa sudah ada jawatan di sekolah masih nak datang ke bahagian? tambahan pula ada NPQH ..."sikit...lagi...sikit lagi katanya u akan jadi pengetua"...lagi pun kenaikan pangkat lebih banyak di sekolah. mengapa nak datang ke bahagian yang tidak menjamin ada kenaikan pangkat.

Jawapan ku tekal. Bukan pangkat yang dikejar tapi peluang dan suasana untuk mendapat intelektual power itu yang ku kejar. walau pun hati berasa kesal meninggalkan sekolah yang sangat dijiwai...bagi ku sekolah adalah kehidupan. banyak ilmu yang bermanfaat dan berguna boleh disebarkan jika berada di sekolah.

Namun pelan kerjaya harus ku ikuti...sebenarnya jiwa masih di sekolah dan gembira dipanggil guru, dikelilingi dan mendapat ucap dan doa sejahtera setiap masa oleh murid ...rasa bertuah menjadi guru. Percaya lah aku amat berbangga dipanggil dan menjadi cikgu.

Banyak persoalan yang harus dijawab...banyak tindakan yang harus diambil...dan keputusan ku nekad...semoga aku bisa berbakti sebagai guru walau tidak berada dalam kelompok murid. menyedut udara yang sama dengan murid. makan semeja dengan murid...mendengar ucapan manja murid...hati pasti rindu semua itu...

Walau di mana ku berada aku tetap cikgu!

Anak-anak cikgu rindu kamu

1 comment:

  1. Itulah kenangan. Selalunya kita hanya mampu bernostlagia apabila sesuatu peristiwa itu telah berlalu. Yang paling malang ialah apabila kita sudah diberi tempoh yang cukup untuk mengabdikan diri kepadaNYa, tetapi kita mensia-siakan. Gunalah kesempatan yang ada untuk memenuhi tuntutan dan sebab kita dijadikan. Sesungguhnya hidup ini hanyalah untuk mencari bekalan sebelum ke sana.

    ReplyDelete

Kongsi minda anda