Paparan

Search This Blog

Wednesday, November 25, 2009

2012...berfikir sambil menonton..


Sebagai ibu kepada 4 anak remaja cuti sekolah memang sesuatu yang mencabar. Anak2 bila remaja mereka nak dilayan seperti rakan dan teman untuk berkongsi minat. Tapi dalam masa yang sama perlu bertegas, mudah2an dapat memberi peringatan bagi perkara2 yang memudaratkan atau tidak baik untuk mereka.

Salah satu daripadanya adalah keinginan untuk berhibur, shopping, menonton wayang atau bersiar2. Kesempatan di ambil untuk membawa mereka libur di Sunway Pyramid. Anak memilih untuk menonton cerita pilihan mereka. Saya mengambil kesempatan menonton 2012 yang dikatakan begitu hebat cinematographynya dan kesan visual.

Geologis berdasarkan kajian telah menghasilkan suatu cerita yang saya fikir berkesan untuk memberikan ingatan kepada manusia tentang kemusnahan bumi dan bagi islam merupakan tanda-tanda akan berlaku kiamat.

Amerika sekarang sedang dilanda krisis kekeluargaan. Oleh hal yang demikian, cerita ini telah menyelitkan unsur2 kasih sayang keluarga dengan skrip dan penghayatan watak yang sangat berkesan.

Namun apa yang mendukacitakan jika melihat 'beyond the film', apa yang tersirat jelas menggambar sikap prejudis terhadap islam. Kenapa saya mengatakan demikian? Di dalam cerita tersebut tiada seorang pun orang islam yang selamat menaiki Bahtera yang dibayar dengan harga berbilion Euro bagi satu tiket tempat duduk. Jika diteliti sami Buddha bagi mereka wajar diselamatkan . Namun agama yang kekal hidup dan selamat adalah kristian. Walau bagaimana pun, para paderi juga tidak ditonjolkan, apa yang dihighlightkan adalah ahli sains yang sangat penting untuk diselamatkan berbanding dengan yang lain....cerita ni seolah2 macam game yang selalu digunakan untuk membuat kursus team building...siapa yang perlu diselamatkan di atas kapal jika dunia hancur...

Yang paling bestnya...dalam menangani ekonomi Amerika bukan hanya Obama dan pakar ekonomi yang memikirkan untuk mengatasi krisis ekonomi yang semakin defisit dan kuncup, pembuat filem juga turut berperanan.

Kebangkitan Asia hari ini yang jelas menunjukkan India dan China semakin ghairah menerajui dunia dari segi teknologi. China hari ini adalah satu2nya negara harapan Amerika yang dapat membekalkan tunai (pasaran yang besar) dan membantu Amerika keluar daripada krisis. Punca berlakunya ledakan dikesan oleh pakar geologis India...manakala teknologi pembinaan bahtera dijalankan oleh China dengan dasar kerahan tenaga. Filem ini jelas menjulang kehebatan China melalui dialog-dialog yang ditonjolkan.

Keghairahan Amerika bersekutu dengan China dilaporkan telah menimbulkan rasa kecil hati negara2 Eropah (akhbar minggu lepas).

Saya ratekan filem ini dengan 4 star....enjoy the film and think what the hidden message....

Kalu dah penat tonotn filem...boleh try sistem imbangan badan dengan bermain ice skating...

Seronok tengok anak2 yang bermain dengan gembira...skating..its about building confidence ability and patience..try yourself..namun bagi pasangan remaja sekolah semoga mengetahui batasan pergaulan lelaki dan perempuan...kebebasan yang melampau akan mengakibatkan kemusnahan moral dan krisis kekeluargaan di masa hadapan...

Selamatkan anak2 kita dari gejala sosial seks bebas...

Tuesday, November 24, 2009

Bah seluruh dunia

Ahli meteorologi meramalkan hujan akan berterusan mencurah sehingga akhir disember. Fenomena hujan lebat musim monsun timur laut memang sudah lumrah. Namun banjir yang berlaku hari ini, bukan semat2 disebabkan oleh jumlah hujan turun yang berlebihan tetapi diburukkan lagi oleh paras air laut yang semakin meningkat.

Paras air laut meningkat adalah berpunca dari pencairan glasier yang disebabkan oleh pemanasan bumi yang semakin meningkat. Hampir 30% daripada glasier di kutub utara mula mencair, dan lebih kritikal bongkah ais turut bergerak menuju ke England. Hal ini mungkin yang menyebabkan Utara England dilanda banjir, dan beberapa negara lain juga dilaporkan turut mengalami banjir.

Oleh itu, usah diratapi kerana banjir tetap akan datang. Sebagai seoran yang.,..

hemmm....nak lena.... coverage pu slow

Sunday, November 22, 2009

Tabahkan hati Siti Amynur

Kesukaran hidup dan kekuatan mengharungi cabaran setiap hari akan mematangkan anak2 sekecil Siti Amynur. Sesungguhnya Amy adalah anak yang terpilih. Dipilih Allah untuk menghadapai kesukaran hidup namun disayangi oleh ramai orang kerana sifat tabah, tekun dan kesungguhannya menghadapi hari-hari persekolahan dengan tenang.

Syabas kepada Amy, dalam usia dini beliau telah dapat mengawal emosi yang cukup kuat kerana dapat terus memberikan tumpuan terhadap pelajaran dan masa yang sama menjaga ibunya yang sakit tenat. Seringkali kita yang dewasa ini tersasar emosinya dan berkecamuk. Amy telah belajar melalui pengalamannya untuk distribute problem in many boxes...EQ amy memang tinggi.

Amy sekarang hanya bergantung hidup dengan abangnya yang berumur 14 tahun. Apa tindakan sekolah dalam membantu Amy meneruskan pembelajaran:

1. Guru besar dilaporkan untuk berusaha mendapatkan tempat ke SBP untuk Amy.
2. Guru Besar boleh juga mengusahakan agar KPM memberikan bantuan kecemasan KWAMP yang perlu dimohon setiap tahun kepada Amy dan abangnya. Usaha harus dipanjangkan kepada pengetua sekolah menengah di mana Amy akan ditempatkan nanti.
3. YB harus membantu Amy dan abangnya untuk meneruskan persekolahan dan membela nasi Amy.

tapi di mana saudara mara Amy? kenapa tiada yang tampil kehadapan untuk membantu? maklumat ini tidak dilaporkan di dalam akhbar BH.

Insya Allah Allah Maha Pengasih..pasti ada insan yang akan membantu dengan ikhlas...

Saturday, November 21, 2009

Hemmm....bestnya

Pulut Ikan Kering ..di makan dengan kelapa dan ikan kering


Early saturday morning as usual sometimes like today i'll went out cari nasi berlauk. But Some other times if free gulai kuah kunyit ikan aya (for nasi berlauk) i'll cook myself. At BBN there're three restaurant which is popular dishes are kelantanise breakfast as nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk gulai ikan tongkol, nasi lemak, and kuih like cek mek molek, sekaya...and many more...So i bought nasi berlauk gulai ikan for hubby and nasi lemak plus nasi berlauk ayam goreng for kids...kuih cek mek molek...complete..easy is'n it?...


Actually this morning we're rushing to PD to servis our car cos there not so busy...no need to booking just walk in.Before that we leave waja at proton servis BB Salak tinggi..and then pickup at 3 oclock..


it's our time together, talking, laughing and discuss economic issues.....but guess who actually talk much? hi..hi...


coming home about 11 oclock....tomorrow we have kenduri to attend...kids complaint nothing more to eat...thats another things budget food during school holiday will double..wait then u will see size for school uniform amel will increase...ha..ha..


while do groceries...my head spinning over what i'm going to cook for lunch?...tak boleh ke tak makan? do i've to cook all the time???...think something simple and easy....steambot..yes...

hemm...what wait grab fishball...and sewaktu dengannya...that our lunch + nasi goreng cina...


but u know dinner is more special....yesterday my bro brings 3's durian and he want me to make pulut durian...so tanak pulut and he out to buy kelapa untuk santan...


u know what happen...in time wait for him ..amel dah bedal almost two biji durian....and bila dia balik bukak another biji buruk...isi not so good ..so pulut tu bawa ke hari ni...


Apa jadi dengan pulut tu?....its very special jadinya pulut ikan kering...


hemmm...fuah...fuah...pulut ikan kering ni pantang tengok...pasti cannot stop eating...ingat je dolu2 kat jalan hamzah kita selalu pergi beli pulut ikan kering...bukan pagi tau tapi jam 11.00 atau 12.00 midnight...sekarang dah jadi history...sebab dah naik KB Mall....


hemmm...bestnya...makan pulut ikan kering dengan kopi 'o'...dah tu hujan pulak...betul2 macam kat kampung waktu musim banjir...cuma different situasi...lagi syok kalu dok kat bendul...makan sambil tengok hujan....atau lepas main banjir...


i bet u will never feel that feeling again....so sad..

Friday, November 20, 2009

Selamat sekolah cuti....

Siapa yang bercuti sebenarnya...guru atau murid? rasanya kedua2 nya tak cuti cuma instead of bekerja dan belajar di sekolah tapi diteruskan dengan melakukannya di rumah. Komen ruangan pojok cakap-cakap dalam berita harian hari ini .. "Ramai yang kelihatan riang selepas mendapat 5A.....ada yang menangis kegembiraan tapi jarang kedengaran menangis kekecewaan kerana gagal"

Tahniah kepada semua guru dan anak2 yang telah berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Tapi bagi 3 266 orang murid yang tidak mencapai (mendapat E semua) apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah anak2 tersebut ada masalah pembelajaran(Pendidikan Khas) atau tidak menguasai pembelajaran akibat daripada ketidakprofesionalan guru.

Ataupun mungkin ketidakperihatinan ibu bapa terhadap pembelajaran anak2 yang menyebabkan anak2 tidak mengambil berat tentang hal pembelajaran.

Hal yang demikian juga berlaku di sekolah saya. Pernah seorang ibu datang menuntut kembali bedak compact yang kita rampas dengan alasan penting untuk digunakan oleh anaknya yang bekerja ada malam hari dan hujung minggu di kedai makan kat bagan lalang. Baru2 ni pun ada ibu yang menuntut rantai besi dan didapati anaknya juga bekerja di waktu malamdan hujung minggu. Anak2 mereka sering ponteng sekolah, tidak menunjukkan minat untuk belajar di dalam kelas kerana mengantuk, tidak membuat kerja sekolah apa tah lagi mengulangkaji pelajaran. Masa anak2 sepatutnya berada di sekolah sudahberalih peranan sebagai pekerja bawah umur.

Apa kita nak kata jika ibu bapa pun mengharapkan gaji anak2 setiap bulan untuk menambah top up,membayar motorsikal atau membeli keperluan sekolah. Ada juga yang menyalahguna wang biasiswa dan KWAMP anak2 mereka untuk tujuan peribadi.

Apa yang perlu difikirkan adalah untuk memperjuangkan hak anak2 untuk belajar dengan sempurna. i'm thinking of to have pendidikan keibubapaan next year...not in the school but at their village or Taman perumahan with collaboration Ahli Parlimen....harap2 will aproved by pengetua..

Thursday, November 19, 2009

Tangisan atau menyesal???

sedih betul lihat kemelut politik negara hari ni...mana jati diri pemimpin di cabar dengan letak jawatan sudah menangis...apa rakyat kata tengok pemimpin menangis...

see more news at www.bharian.com. or www.star.com or nan yang siang pau...

Wednesday, November 18, 2009

mari la sayang...

Angin malam meniup pipi...menggigit ku kedinginan...jari-jari lancar menekan papan kekunci vaiox yang baru tiba tadi...

last week 11.11 adalah hari lahir ku yang ke 40....hubby mencari-cari hadiah yang nak di beli...tapi dah habis promosinya...

kebetulan ada launch new sony vaio product di Sunway Pyramid last sunday...so kami dan anak2 went to see whats so special about the product...

Pucuk di cita ulam mendatang...dah lama daku mencari baru mendapat...

memang slim dan light..only 700 over kgs ...boleh masuk dalam handbag..tapi fungsi lebih banyak than pocket pc yang diperkenalkan sony last mei...

so berbicara melalui vaiox...vaiopink(CR) si nani dah booking...ok la tak de la berebut dgn kak in...

rupanya dah masuk 40 an...

rumah kata go..go you out...

kubur kata....marila sayang....

Tuesday, November 17, 2009

Pengantin lama vs pengantin baru...



Musim cuti sekolah mula menjelang ni pasti banyak undangan kenduri kahwin. Cuaca yang dingin memang sesuai untuk hibernate bagi pengantin baru...

Ahad lalu kami curi masa yang sibuk g Jengka 4 hadiri kenduri kahwin abang ipar my in law (adik my hubby) Marwan..jauhkan...kami dulu pun heran camna dia boleh jumpa jodoh kat situ...tapi sekarang dunia makin mengecil yang jauh pun dah jadi dekat...dak..

Kami bertolak jam 9.30 pagi exit kut Maran dan tiba kat sana dah jam 1.00 petang....nampak macam lengang je...tapi marwan kata ayam dah habis tinggal gulai daging je...tapi actually gulai tulang best.. rupanya majlis dah mula jam 11.00...3 ekor lembu tumbang....dan jemputan sehingga jam 2.00 je...wow..bayangkan dalam masa 3 jam..semua gulai habis...tentunya sesak macam kat stadium bukit jalil tadi...fiuhh untung kami sampai lambat ada le tempat duduk...

Hebatla...orang felda kenduri...

Monday, November 16, 2009

Learn a new thing

Today i've to collect things from PPD, so it's a time to came home early. Bestnya dapat lunjurkan kaki kat katil......tapi heran betul ari ni sunyi je ...mana semua anak2 pergi sekolah dah dicutikan tadi call kak in katanya dah balik rumah...tak cakaplak dia orang nak g mana...


Nani ada...rupanya ikut pakciknya g PD nak survey hotel yang diarahkan mendaftar untuk induksi...

Buka komputer nak update bicara....tapi slow sangat musim hujan ni...lagi bertambah lembab....

Dalam dok menunggu line ok...bunyi kereta dan loceng rumah ...bising je suara amel...merungut tak dapat mandi...pakciknya explain hujan nanti bahaya....sembang2 pasal hotel dan induksi...juga ttg one of the blog yang dapat di bukak...he's xplain about FB also..so why wait...xplore FB lak....

Rakan Bicara boleh le add me as friends...ari tu rasanya ada pakwar invite me...tapi tak reti nak reply itu yang ignore...sorry...now know a little bit about FB ....same as this blog...still tak berapa mahir

Anyway it's fun to learn a new things...so don't stop learning...

Friday, November 13, 2009

Terima kasih daun keladi

Minggu-minggu akhir persekolahan ni banyak perkara yang perlu difikirkan dan dilaksanakan. Semuanya berkaitan dengan persediaan untuk memulakan persekolahan pada 4 jan 2010 nanti. Nak cuti sekolah ni macam nak bercuti balik kampung. nak kena kemas terlebih dahulu.

Hari ni bersama-sama dengan guru-guru dan murid-murid kami warga smkpsp mengadakan gotong royong akhir, tapi kali pertama semenjak saya di sini. Saya dapatkan bantuan Majlis perbandaran sepang untuk memotong dahan pokok yang merbahaya dan berjuntai keluar pagar dan juga khidmat lori mengangkut sampah kering dan basah. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu...seronok tengok sekolah bersih dan hijau je...

sisa-sisa dahan pokok yang tak tau berapa lama bertimbun di sekeliling padang dibersihkan oleh alam flora....daun-daun kering yang susah sangat pekerja swasta nak bersihkan dibersihkan oleh murid dan guru. sampah yang menyumbat aliran air dalam longkang juga murid dan guru bersihkan....

alhamdulillah...hari isnin minggu hadapan ada satu hari lagi murid masih ada di sekolah...kami bersama-sama akan susun kerusi meja ikut bilangan murid bagi tahun hadapan...

Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru-guru, murid-murid, pegawai MPSp, Alam Flora, pekerja swasta sekolah, kantin yang menyediakan makanan dan pengawal yang menjaga lalu lintas....terima kasih semua..tanpa bantuan dan sokongan semua pihak aspek 3K takkan dapat dilaksanakan dengan sempurna....

terima kasih daun keladi tahun hadapan kita kerjasama lagi...

Thursday, November 12, 2009

Raja Gula Malaysia

Selama 45 tahun Robert Kuok telah menerajui sektor pengilangan gula di Malaysia sehinggakan digelar sebagai raja gula. Gulai Prai sekarang ini telah dijual sepenuhnya kepada felda. Apa muslihat taiko ini sehingga bersetuju untuk melepaskan semua ekuitinya kepada Felda dan juga tradewinds. The Edge (November 2-8) menggelarkan Syed Bukhari (Tradewinds) sebagai raja gula Malaysia yang baru. Walaubagaimana pun segala urusan pengeksportan gula keluar negara masih melalui perkapalan kuok...kiranya Kuok sekarang masih kekal raja gula dunia...walaupun hilang title raja gula malaysia...sehingga hari ini negara Australia merupakan pengeksport gula terbesar negara. Felda bayar cash sebanyak RM1.2b atas pembelian tersebut (The Edge N0v 9-15).

Baca lanjut di http://www.theedgemalaysia.com.

Monday, November 9, 2009

Menggapai Bintang di Langit

Minggu 2/11-5/11 sesudah mesyuarat di PD sambung ke Pangkor Kursus untuk HEM Selangor yang baru. Hati resah jugak memikirkan tinggal sekolah agak lama ...hampir dua minggu..entah apa jadi dengan anak2 kat sekolah..

Katanya budget baru turun..so banyak mesyuarat dan kursus yang perlu dibuat bagi menghabiskannya...ikut kata En. Khaidir Penolong Pengarah Kanan HEM kursus ni dah lama nak buat tapi dek kerana baru turun duitnya itu le kena buat sekarang walaupun dia tahu hujung tahun PKHEM memang tak boleh dok diam...

banyak nak kena fikir untuk tutup sekolah dan buka tahun depan..kerusi meja murid nak kena cukup...mana yang tak cukup kena minta...pintu, tingkap, lantai berlubang dan mana2 papan kenyataan, suis letrik dll nak kena dibaiki....dan yang peningnya duit takdak!!!

mural nak kena di lukis...semua nak segera..dan sedia cantik...camna tu????

bila g kursus lagi banyak kerja rupanya..yang dok fikir dah banyak itu baru surface saja...

belum tengok 3k lagi...itu belum jadi pengetua semua bidang nak kena tengok....

Kat sana jumpa ramai jugak PKHEM baru yang sama dilantik macam saya baru dua tiga bulan...

yang respeknya adan PKHEM yang dah 15 tahun berkhidmat sbg PKHEM...wow tabik le..tentu dah fingers tips semua tugas-tugas HEM.

Bila tengok semua senarai kerja PKHEM dan bidang kerja setiap bahagian rasa macam nak gapai bintang kat langit...kut tangan tangan tak sampai...

tapi ingat je pesan pujangga

Gantungkan semangatmu setinggi bintang dilangit
Rendahkan hati mu sedalam mutiara di lautan....

jadi usah khuatir bintang di langit...di pandang indah tinggi dilangit..jika tidak dicapai tangan ...capailah di hati semangat tinggi mu...

Bagai jagoan berlari ke penamat....pasti usaha ada hasilnya..jika tidak untuk kita...yang jelas untuk anak-anak generasi pewaris bangsa....

Saturday, November 7, 2009

Gomo Red Warriors

85 000 tiket habis dijual...wow pasti merah melaut dengan penyokong Red Warriors kat stadium Bukit Jalil malam ni...Penyokong Jang baru 15 000...

Harapan memang tinggi menggunung semoga hari ini dalam sejarah dan meningkat kembali zaman kegemilangan bola sepak negeri kelate...

tapi janganla sampai merusuh....

Dua tiga hari ni hujan lebat jah....pasir pekan kampung tepi sungai dah naik air....penyokong yang menempah dua biji bas entah dapat datang ke tidak...adik kata ada yang terkandas kat jeli sebab banjir....hati pasti meresah je...kut tak lepas nak tengok malam bersejarah ni....

Ingat je dolu-dolu bila time ada game kat stadium kota bharu laungan penyokong pasti bergema membelah malam sunyi hingga ke pasir pekan...saya suka juga ikuti game masa tu...duduk je tadah telinga kat tingkap...bila dengar sorakan hati pasti gembira....dan berbisik dah dapat sumbat gol la tu....nak g tengok bola jangan harap dapat jejak sebelah jari pun tak boleh.....tapi kalu ramai-ramai dan bersesak saya pun tak minat sebenarnya...tengok tv lagi baik...
adik lelaki saya izani pasti tak pernah miss ....dia ambil kesempatan jual ais krim sambil tengok bola...dapat masuk free cos tauke aiskrim memang dah ada deal dengan stadium dan dapat sedikit wang...

Selamat berjuang ..gomo kelate gome....gol!!!!

Tuesday, November 3, 2009

Pengurusan Data Sekolah

Dari kiri Pn. Marhamah PK SMK Seri Sepang, Diyana PK SMK SG Rawang, Guru Data, Pn. Mardiyah PK Petang SMK BBST dan PN. Salwa Guru Data SMKBBST
Meeting luar mesyuarat nak mandi ke tidak....tengah minggu Tiara Beach Resort kami je yang ada...

Minggu lepas diarahkan oleh pengetua menggantikan penolong kanan ke satu mesyuarat mengenai pengurusan data sekolah di PD. Mesyuarat berkisar kepada penyediaan data emis, penempatan guru dan penempatan murid. Pening jugak melihat data guru dan mengira hak untuk penempatan guru 2010. Agak hidup mesyuarat apabila membincangkan tentang isu penempatan guru dan penempatan murid tingkatan satu. Bukan apa kalau penempatan murid ada sekolah rendah yang muridnya sudah membuat pertukaran 100% ke sekolah lain dan tidak mahu datang ke sekolah saya. Sekolah lain juga menghadapi masalah sama apabila ibu bapa memilih untuk pergi ke sekolah yang bagus sahaja walau pun berjauhan. Tahun hadapan pendaftaran murid tingkatan satu secara online dan PPD menyarankan agar guru SMM adalah juga merupakan guru pendaftaran murid.