Paparan

Search This Blog

Wednesday, August 5, 2009

Mesyuarat Kurikulum JPN Selangor di SMKPSP

Sebelum bermesyuarat Dr. Zahri Aziz, Pengarah JPN selangor, Tn Hj Bajuri, Penolong Pengarah, Tn A. Rahman, PPD Sepang dan Pengetua meninjau bilik guru. Pengarah sedang bertanya sesuatu dengan guru pelatih.


Pengarah meninjau kelas dan masuk ke kelas bercakap dengan murid mengenai H1N1
Pegawai-pegawai menyambut ketibaan pengarah.


Tn PPD Sepang sedang berbicara dengan Penolong Pengarah sementara menunggu Tn Pengarah tiba.


Pegawai-pegawai sedang mendaftar


Penolong Kanan En. Azman Johari sedang mendengar penerangan pengetua



Pengetua, Pn Zaini sedang menjelaskan mengenai persiapan terakhir kepada saya dan penolong Kanan


Ini lah bilik mesyuarat yang sememangnya dah cantik. Sepatutnya mesyuarat diadakan di sekolah lama saya iaitu SMKBBST tetapi oleh kerana ada murid yang positif H1N1 maka PPD telah membawa rombongan ke sekolah kami SMKPSP. Makluman pertukaran tempat dimaklumkan kepada kami pada petang isnin. Hanya ada satu hari untuk buat persiapan. Tapi semuanya dah sedia cantik hasil kerja tangan pengetua. Semuanya nuetral dan tak ada lakonan atau persiapan tambahan.
Alhamdulillah dalam masa sebulan saya masuk semua kelas sudah diceriakan semula, sampah memang saya perangi setiap hari, kebersihan dan penjagaan tandas mula dititikberatkan kepada guru dan murid kesan H1N1. Cuma kantin tak berapa ceria tapi bersih dan surau hanya sempat dikemaskan dan dibersihkan oleh pekerja.
Oleh kerana puan pengetua ke Ipoh setelah selesai menyambut tetamu kerana urusan rasmi, maka penolong kanan dan saya membantu pengetua menjadi backup. Alhamdulillah Tuan PPD menyampaikan ucapan tahniah dan gembira dengan keadaan sekolah yang kondusif. Ada beberapa cadangan pengarah seperti sudut komputer di dalam bilik guru untuk keperluan guru bekerja dan guru tidak dibenarkan duduk semasa mengajar pasti diambil tindakan oleh pengetua. Pengalaman yang cukup bermakna sebaik genap sebulan di sini.


2 comments:

  1. Kenapa ada sesetengah pegawai tidak memakai pakaian seragam Unit Kokurikulum?. Adakah pemakaian pakaian unit Ko hanya diwajibkan untuk guru biasa sahaja?. jika guru biasa dikenakan surat tunjuk sebab, bagaimana dengan pegawai?

    ReplyDelete
  2. cantik bilik mesyuarat...

    ReplyDelete

Kongsi minda anda