Paparan

Search This Blog

Saturday, August 15, 2009

The Colour Of Successfulness

The Royal Speech

The Honoured Royal Giving Of Degree

A very supportive loving hubby



No one such a great great mom like u...


Three of my loving kids...celebrate my graduation dinner with all Mprincs' friends special host by IPKUM


Congratulations to All lectures and Mprinc

After a full year, at last we're all now officially announced as a Graduate of Master of Principalships on 11th August 2009 by our Dean (Director IPKUM) Prof. Dr. Shahril Marzuki and honoured giving by Raja Nazrin. What's a great experience had been shared and passed through with all the members of kohort 9 IPKUM.
Behind my successfulness actually support by a great love of all the family members, especially my loving husband, mom and all my great kids. It's will never have a great success without all of their courage, love and patience.


Saturday, August 8, 2009

Ikhtiar Akhir Menghadapi Peperiksaan

Sebahagian pelajar yang sedang mendengar ceramah.

Solat hajat dan bacaan yasin.


Penceramah jemputan.

Sebagai guru kita harus memberikan pengharapan kepada murid bahawa mereka mampu untuk mencapai kejayaan. Segala usaha yang dilakukan bersama oleh murid, guru dan ibu bapa harus disulam dengan doa yang beterusan dan sembahyang hajat yang berpanjangan. Pada jumaat 7 Ogos 2009, Panitia Agama telah menyempurnakan solat hajat peringkat dalaman iaitu dalam kalangan murid dan guru tingkatan 3 dan 5. Selepas itu bacaan yasin telah diadakan. Aktiviti berikutnya diselitkan dengan ceramah fadilat bulan rejab, syaaban dan ramadhan yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang merupakan pensyarah USIM.


Sebelum ini saya telah menyuarakan pandangan agar diadakan solat hajat bersama ibu bapa. Pengetua memaklumkan memang ada dalam perancangan. Bagi saya yang sentiasa bekerja dan berpandukan takwim dan perancangan yang telah dibuat pada awal tahun agak 'lost' kerana takwim hanyalah sebagai syarat dan bukan panduan untuk pelaksanaan. Saya juga mencadangkan kepada ketua panitia untuk mengajukan permintaan kepada pengetua agar solat hajat ini diteruskan pada setiap jumaat sehingga menjelang peperiksaan. Ini lah ikhtiar terakhir yang boleh dilakukan bagi membantu anak-anak didik kita agar berjaya dalam peperiksaan. Tapi bagaimana yang tidak mengerjakan solat wajib?. Mudah-mudahan Allah membukakan pintu hati anak-anak SMKPSP untuk bersabar dalam mengerjakan amal ibadat mu YA Allah. Jadikan lah mereka anak-anak yang sejuk mata memandang dan membawa rahmat kepada ibu bapa dan negara. Semuga mereka berjaya dengan cemerlang. Terimalah doa kami Ya Allah. Amin ya rabbal alamin.

Kebiasaan bekerja dengan PIBG dan ibu bapa menyebabkan saya mencari-cari dan menunggu peluang untuk berbincang dengan PIBG dan ibu bapa. Oleh kerana saya menguruskan Hal Ehwal Murid, maka kesempatan berjumpa dengan ibu bapa yang anak-anaknya ada masalah salah laku mejadi ruang dan peluang kepada saya untuk berkongsi idea dan pandangan dengan ibu bapa. Ada ibu bapa yang agak terkejut bila saya bertanyakan pandangan mereka untuk membantu memajukan sekolah. Mungkin tidak menyedari idea, kepakaran dan sumber dari mereka sangat penting kepada sekolah. Saya dapati walau pun mereka suri rumah, pekerja yang tidak tetap atau pekerja ladang ada idea yang boleh ditapis dan digunakan untuk membantu sekolah.

Pendekatan mesra, kasih sayang dan tegas dalam membangunkan murid menjadikan saya antara penolong kanan yang tidak menunjukkan sikap bengis dan garang. Saya pernah berkata kepada murid-murid yang ada salah laku disiplin. Saya akan garang jika kamu melanggar peraturan, tetapi jika kamu semua anak-anak yang baik, menghormati guru-guru dan tekun di dalam kelas saya adalah ibu yang paling penyayang.

Hari ini saya melihat Mohd Muslim mula berpakaian seluar seperti biasa bukan lagi chikang, baju kemas dimasukkan ke dalam seluar dan rambutnya juga sudah disikat sempurna (bukan lagi ala2 punk). Alhamdulillah sejuk hati mak. Qayyum yang selalu ponteng tak jadi lagi ponteng. Hari isnin saya meronda seperti biasa, saya melihat dia membongkok-bongkok bersama dua lagi rakannya mengintai kut guru tak nampak mereka nak lompat pagar. Mereka tak sedar saya sedang memerhati dari belakang. Apa lagi saya menyergah dengan kuat...terkejut lari lintang pukang...saya pasti waktu jam 1 memang mereka dah gelisah nak balik. Rondaan diteruskan kebelakang dan mendaki tangga dari blok belakang. Meninjau tandas-tandas dan ruang-ruang yang dijadikan spot ponteng. Alhamdulillah tiada kelihatan lagi murid seperti awal bulan yang lalu. Naik ke kelas-kelas meninjau murid. Masuk ke kelas yang tiada guru. Kelas Qayyum rupanya. Dia melihat saya buat2 tak tau. Saya tanya kenapa tak jadi lompat pagar...dia dan rakannya tersengih...Itu la jika cikgu tak ada dalam kelas memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk ponteng. Kena bagi perkembangan staf tentang kesedaran dari segi undang-undang kepada guru. Tahun depan la....agaknya baru boleh mula.


Persiapan Konvo

Para graduan Sarjana Kepengetuaan menyandang beg jubah masing-masing. Soup ekor agaknya sedang mengira berapa kad jemputan yang ada ...cukup ke untuk keluarga yang nak di bawa...

Serius pakwar sedang mengira nilai hadiah yang perlu disediakan oleh bendahari kepada semua pensyarah dengan baki wang kohort yang ada.

Graduan Sarjana Kepnegetuaan 2009 yang sempat bersama pada hari pengambilan jubah 6 ogos 2009 (khamis).


Pertemuan dengan rakan-rakan kohort 9 IPK amat menggembirakan. Terasa hubungan masih erat seperti dulu. Pakwar walau pun dah tak jadi penghulu tetap mempunyai tanggungjawab membantu rakan yang tidak dapat hadir mengambil jubah. Sikap tanggungjawab dan rendah hati tidak boleh direka-reka dan ianya diperlihatkan secara neutral. Jika ada yang ingin berlakon perihatin pasti tidak menjadi dan give up ditengah jalan.


Begitu juga dengan Nasir yang masih sudi membantu rakan2 menghantar laporan ke Bahagian tajaan bagi sebagai bukti menyiapkan kajian yang wajib disempurnakan oleh pegawai yang ditaja oleh Kementerian dan seluruh rakyat Malaysia. Bagi yang menyiapkan kajian dengan bersungguh-sungguh sehingga melupakan waktu tidur, beristirehat dan riadah bersama keluarga ..tahniah diucapkan. Keputusan yang diperolehi hanyalah dipandang oleh manusia. Keputusan yang sebenar Allah yang menentukan. Jika kita ikhlas dalam menuntut ilmu Allah akan menjadikan ilmu yang dituntut bermanfaat dan berguna dalam menjalankan tugas.


Tahniah kepada semua rakan kohort 9 yang telah dapat menyempurnakan pengajian ijazah sarjana kepengetuaan dengan jayanya dan cemerlang. Selamat berkonvo.

Wednesday, August 5, 2009

Mesyuarat Kurikulum JPN Selangor di SMKPSP

Sebelum bermesyuarat Dr. Zahri Aziz, Pengarah JPN selangor, Tn Hj Bajuri, Penolong Pengarah, Tn A. Rahman, PPD Sepang dan Pengetua meninjau bilik guru. Pengarah sedang bertanya sesuatu dengan guru pelatih.


Pengarah meninjau kelas dan masuk ke kelas bercakap dengan murid mengenai H1N1
Pegawai-pegawai menyambut ketibaan pengarah.


Tn PPD Sepang sedang berbicara dengan Penolong Pengarah sementara menunggu Tn Pengarah tiba.


Pegawai-pegawai sedang mendaftar


Penolong Kanan En. Azman Johari sedang mendengar penerangan pengetua



Pengetua, Pn Zaini sedang menjelaskan mengenai persiapan terakhir kepada saya dan penolong Kanan


Ini lah bilik mesyuarat yang sememangnya dah cantik. Sepatutnya mesyuarat diadakan di sekolah lama saya iaitu SMKBBST tetapi oleh kerana ada murid yang positif H1N1 maka PPD telah membawa rombongan ke sekolah kami SMKPSP. Makluman pertukaran tempat dimaklumkan kepada kami pada petang isnin. Hanya ada satu hari untuk buat persiapan. Tapi semuanya dah sedia cantik hasil kerja tangan pengetua. Semuanya nuetral dan tak ada lakonan atau persiapan tambahan.
Alhamdulillah dalam masa sebulan saya masuk semua kelas sudah diceriakan semula, sampah memang saya perangi setiap hari, kebersihan dan penjagaan tandas mula dititikberatkan kepada guru dan murid kesan H1N1. Cuma kantin tak berapa ceria tapi bersih dan surau hanya sempat dikemaskan dan dibersihkan oleh pekerja.
Oleh kerana puan pengetua ke Ipoh setelah selesai menyambut tetamu kerana urusan rasmi, maka penolong kanan dan saya membantu pengetua menjadi backup. Alhamdulillah Tuan PPD menyampaikan ucapan tahniah dan gembira dengan keadaan sekolah yang kondusif. Ada beberapa cadangan pengarah seperti sudut komputer di dalam bilik guru untuk keperluan guru bekerja dan guru tidak dibenarkan duduk semasa mengajar pasti diambil tindakan oleh pengetua. Pengalaman yang cukup bermakna sebaik genap sebulan di sini.


Sunday, August 2, 2009

Sumber makanan berkurangan

Pakar barat meramalkan dalam beberapa tahun akan datang sumber makanan dunia akan mula berkurangan. Vincent Piket dalam tulisannya di ruangan forum The Edge keluaran 27 julai menyatakan bahawa pengeluaran makanan harus digandakan menjelang 2050 bagi menampung pertambahan penduduk dan juga perubahan diet manusia. Pakar pelaburan Rogers juga mula mengalihkan perhatiannya daripada keluaran dan pasaran komoditi kepada keluaran pertanian dengan membeli tanah pertanian di Kanada dan Brazil. Beliau menyatakan bahawa trend menunjukkan keluaran pertanian di seluruh dunia mulai merosot dan tidak lagi dapat menampung keperluan pemakanan penduduk yang semakin bertambah. Tambahan pula generasi muda mula tidak meminati untuk menceburi bidang pertanian secara skil besar. Kebanyakan anak-anak muda mengejar pekerjaan yang lebih moden di bandar. Oleh itu, Rogers menjangkakan peluang pelaburan dibidang pengeluaran makanan akan lebih menguntungkan dalam bebeberapa tahun akan datang. Hal ini demikian kerana, tiada satu organisasi korporat yang melabur di dalam bidang ini secara besar-besaran, kerana menganggap pengeluaran pertanian tidak menguntungkan.
Betul apa yang Rogers katakan iaitu makanan akan sentiasa menjadi satu keperluan kepada manusia. Trend sekarang menunjukkan ladang-ladang pertanian tidak dapat menampung permintaan penduduk dunia, maka harga makanan akan menjadi bertambah mahal. Rogers yang kini menetap di Singapura telah menekankan bahawa anaknya perlu menguasai tiga bahasa dunia iaitu bahasa inggeris, bahasa cina dan bahasa perancis. Beliau percaya China akan mula menjadi gergasi ekonomi dunia, kerana kelemahan ekonomi Amerika yang menggunakan pendekatan makro yang amat lemah dalam menangani masalah ekonomi negaranya. Amerika bakal dilanda muflis apabila mula mencetak wangnya secara berlebihan dalam usaha menangani pengangguran, defisit, inflasi dan hutang yang berlebihan. China adalah tempat Amerika bergantung kerana mempunyai tunai yang berlebihan.
Pandangan Rogers mula menarik perhatian pakar ekonomi dunia untuk turut berbicara mengenai sumber makanan dunia yang diramalkan akan kritikal. Tambahan pula satelit hari ini mula memberi fokus kepada glasier yang semakin menebal di puncak Himalaya yang akan menghentikan sumber air kepada sungai Yang Tze, Sungai Mekong, Sungai Irrawadi, Sungai Ganges dan Sungai Brahmaputra. Jika Allah telah mentakdirkan punca air bagi sungai-sungai tersebut beku akibat glasier yang semakin menebal, ianya akan menjejaskan sumber air kepada 2/3 penduduk dunia. Kesan kepada pertanian akan lebih dasyat lagi. Dunia bukan sahaja akan menghadapi krisis air tetapi juga krisis makanan.
Ekoran daripada itu, mari lah kita sama-sama kembali untuk berbakti kepada bumi. Mulakan dengan tanah yang sekangkang kera di laman rumah kita. Jika kita mempunyai tanah yang luas dan tidak diusahakan, mulalah untuk mengerjakan secara kecil-kecilan dahulu dari sekarang. Mulakan dengan tanaman makanan dan tidak hanya menumpukan kepada ladang-ladang kelapa sawit, getah atau lain-lain sahaja.
Pupuk lah anak-anak didik kita di sekolah untuk meminati bidang perladangan bagi menghasilkan sumber makanan. Sebenarnya masih banyak tanah-tanah pertanian yang tidak diusahakan dengan sebaiknya di kampung-kampung kita. Bersyukurlah kerana kita masih ada tanah....ada insan yang sudah tidak mempunyai tanah kerana hakisan ombak, banjir, runtuhan tanah, ditenggelami oleh ombak besar dan sebagainya yang didatangi musibah tuhan. Berdoalah semoga umur kita masih panjang dan dapat berbakti kepada anak-anak didik, negara dan dunia.