Oleh kerana aku kaka yang sulong, tanggungjawab memang berat tergalas di bahu. Tanggungjawab? dari mana datangnya tanggungjawab? adakah dididik, terdidik atau kesedaran yang datang sendiri. Walau apa pun, apa yang pasti tanggungjawab adalah kesedaran atau hidayah yang diberikan oleh Allah ke dalam diri seseorang tanpa disedari bila ianya wujud.
Tanggungjawab tu tak pernah berhenti selagi kita bernyawa. Salah satunya yang harus diambil tanggungjawab ialah menikahkan adik-adik.
Adik lelaki yang bongsu dah sampai seru nak kahwin...tapi anak muda zaman sekarang lagi cepat dari kita...mereka dah rancang sendiri...dah cakap-cakap semasa sendiri berapa belanja...nak beli apa...lain dengan kita dulu..semua mak kita yang fikir semua tu.....bila mak ayah dah tak de...adik beradik la kena di beritahu dan kena ambik tanggungjawab untuk uruskan perkahwinan. Nak uruskan nikah kahwin tak de lak menjadi susah kerana adik-adik lelaki ku seramai lima orang dan seorang perempuan aku semua yang uruskan dengan mak.
Yang jadi susah ni...nak ekspress...sampai ada sepupu kami yang menempelak.....tak sabar-sabar nak kahwin...
Bagi ku ...sekarang tak de nak bekwoh besar-besar...cukup ala kadar panggil waghih...waghih yang dekat saja...rupanya ada yang naik sheikh..nak tumbang kerbau....hey...pening kepala aku mikirnya...rumah kat kampung nak kena balik kemas..siapa nak masak kalu dah sampai tumbang sekor kerbau...
sempena cuti tahun baru ni..aku ajak adik-adik balik kampung. nak cari tukang gulai...nasib katering paloh yang kami sering tempah bila ada kenduri sanggup nak masak..kira upah RM12 sekilo daging untuk gulai...lain-lain menu ayam percik, acar, sambal, ikan kering, buah, nasi dan air termasuk semua urusan menghidang kira lain harga..
Bab maddoh (jemput kenduri) aku serah kat izani...dia yang sering ikut mak ke rumah waghih...aku ni asyik dok terperap dalam rumah oghang tak kenal...risau jugak hati..kut gulai lebih banyak...ade ke waghih nok maghi kalu mak dah takdok...
Barangan hantaran semu ada ada...kali ni aku tak payah berjaga malam...gubah barang hantaran....semuanya tunang adik nak buat...itu memang kerja dia...gubah hantaran...dah lega sikit..dalam masa tak sampai sebulan uruskan semua ni...teruk aku dibuatnya..
menu meja pengantin dah minta mak sepupu yang masak..dengan masak sup tulang untuk tahlil arwah.....rasanya banyak lagi ni...kenduri 5 februari sempena cuti maulidurrasul..nikah jumaat, sabtu...sanding dan ahad kenduri rumah kami menyambut menantu....kira 3 hari 3 malam jugak kenduri ni...
bestnya jika mak ada..tentu meriahkan...hilai tawanya..gelak besarnya...dan aku tak payah fikir nak jemput siapa...aku sedia duit je..untuk kenduri dan persiapan kahwin adik-adik...mak....
Tuesday, January 24, 2012
Saturday, December 24, 2011
Mission complete
Kerja- kerja akhir memantapkan kualti menerbitkan buku memang memenatkan. Semenjak julai lagi memberi fokus sepenuhnya, di samping tugasan lain yang sentiasa datang memenuhkan kotak surat. Dalam dua minggu ini, bila keluar bangunan pejabat malam dah sunyi betul...hanya ada kereta atau motor petugas teknikal dan pengawal keselamatan. Agaknya...Ada yang dah diulit mimpi, atau bersenang lenang di atas sofa yang empuk sambil jari jemari menekan punat tv memilih saluran yang digemari.
Semalam, timbalan sebagai Pengerusi telah mengesahkan semua kandungan yang telah diteliti setiap ayat frasa. Akhirnya...dimuktamadkan...Alhamdulillah. Hemmmm....nikmatnya,....rasanya pagi ni bangun dengan minda yang cukup lapang dan tenang. Semua kerja yang berat dah selesai....dan journey sepanjang tahun ni dah tamat semakan dengan mission yang dah complete.....
Cuma Ada satu lagi....adikku dah merajuk agaknya....tangguhkan pertunangan ke tahun depan....agaknya dik kakakmu ni belum sedar sepenuhnya tanggungjawab dia besar menggantikan ma........
Semalam, timbalan sebagai Pengerusi telah mengesahkan semua kandungan yang telah diteliti setiap ayat frasa. Akhirnya...dimuktamadkan...Alhamdulillah. Hemmmm....nikmatnya,....rasanya pagi ni bangun dengan minda yang cukup lapang dan tenang. Semua kerja yang berat dah selesai....dan journey sepanjang tahun ni dah tamat semakan dengan mission yang dah complete.....
Cuma Ada satu lagi....adikku dah merajuk agaknya....tangguhkan pertunangan ke tahun depan....agaknya dik kakakmu ni belum sedar sepenuhnya tanggungjawab dia besar menggantikan ma........
Saturday, December 17, 2011
OMBAK RINDU
Hari ini balik agak awal, lepas solat maghrib terus jalan laju menuju alamanda yang hanya lebih kurang lima minit berjalan kaki (agaknya kot tak pernah kira). Sengaja tak bawa kereta hari ini. Sekarang musim anak cuti ada la driver....berangan jadi mem... bila ain dah masuk kolej yang akan bermula minggu hadapan, hmmmm merasa la terkial-kial cari parking.
Tiket ain dah beli beberapa hari yang lalu bila dia datang jemput balik kerja. Kami bertiga..sengaja pilih waktu tayangan dah ke hujung tak nak bersesak. Dengar cerita...publisiti memang hebat. Masuk lobi TGV..poster pelakon utama dipaparkan..ada yang berkesempatan ambil gambar dengan hero filem...cantik maya pakai tudung...
Memang betul apa yang dikhabarkan...hari ini sesiapa pun boleh datang dengan gembira bersama keluarga untuk melihat filem yang mereka suka. Zaman panggung wayang tempat imej yang tidak baik sudah dibersihkan oleh ibu bapa dan anak-anak yang datang untuk sama-sama berhibur. Ada juga nenek bertongkat dengan anak dara mereka. Golongan wanita yang sebaya saya juga ramai datang dengan rakan-rakan sekerja mereka, dan tidak kurang juga remaja ...dan pasangan. Sekarang jika ada pengunjung berbaju kurung bukan lagi sesuatu yang luar biasa.
Ombak rindu memang melekat di jiwa, di mata, di hati....dan meruntun perasaan. Gandingan Maya dan Aaron memang menjadi dan sangat berkesan di hati penonton. Lisa dengan watak ego, angkuh dan kasar juga harus dipuji, di samping pelakon pembantu yang lain juga berjaya menjiwai watak dengan baik.
Melihat fenomena kejayaan filem hari ini, membuka minda bahawa industri kreatif seni perfileman, teknologi perfileman, grafik, rekaan fesyen, penulisan atau seni kreatif juga semakin berkembang. Kejayaan pengarah menggarap cerita, ketelitian penyuntingan, pemilihan setting yang cantik, menarik dan sesuai dengan jalan cerita di sokong dengan kreativiti pelakon yang menjayakan watak menjadikan sesebuah filem itu berjaya dan dapat menarik minat penonton. Saya percaya pasti ada yang ingin ulang tonton filem ini, jika tidak ke panggung mungkin langgan Astro first.
Penghasilan filem banyak mencipta ruang dan peluang kerjaya di masa hadapan. Tidak perlu ke luar negara untuk mendapat setting yang cantik dan menarik. Filem juga boleh mempromosi industri pelancongan negara seperti yang dilakukan oleh Korea. Filem ini berjaya mencari tempat yang cantik dan saya fikir ..ladang cameron akan ramai dikunjungi selepas ini...dan ke Langkawi untuk mencari di mana rumah atau resort tersebut....atau ke bendang padi yang dikelilingi bukit....sangat perfect..sama seperti buku novel tersebut yang sudah diulang cetak. Universiti juga boleh menjadikan filem sebagai bahan pembelajaran pelajar untuk dibuat kajian bagi mencipta teknologi perfileman yang lebih baik. Pelajar mungkin boleh mejadi pelatih kepada mana-mana produser untuk melahirkan projek pelengkap kursus mereka dalam semua industri yang berkaitan perfileman.
Penulisan kreatif juga boleh berkembang satu hari nanti. Guru BM dan Sastera boleh menghidupkan pembelajaran murid dengan memulakan penulisan jurnal sebagai projek PBS murid. Mata pelajaran sastera harus dihidupkan dan diajar mengenai penulisan kreatif ini. Anak-anak hari ini amat mengagumi penulis novel remaja. Jika sekolah dapat menarik murid untuk membaca dan menulis dengan gaya bahasa yang betul kita akan melahirkan lebih ramai ahli sastera dan penulis yang baik. Begitu juga bidang seni kreatif dan reka cipta yang lain seperti muzik, pereka fesyen, pereka grafik, teknologi berasaskan pengkomputeran, teknologi komunikasi, pereka bentuk model kereta, rumah, hiasan dalam dan lain-lain lagi seharusnya di beri tumpuan kerana industri kreatif ini yang semakin berkembang dan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa. Pasaran indsutri kreatif semakin berkembang dan nilai jualan tahunan juga melonjak tinggi. Begitu juga dengan kelas fotografi yang mengajar murid membuat filem pendek...pasti banyak yang boleh dipelajari oleh murid....dan menyeronokkan..
Jika anak-anak kita memasuki bidang industri kreatif ini, mereka tidak perlu bekerja dengan orang lain tetapi mencipta kerja dan memberi peluang kerja. Berhubungan itu, Pendidikan Asas Vokasional dan Kolej Vokasional harus dikembangkan dan ditawarkan oleh bukan hanya kerajaan tetapi juga sektor swasta secara meluas. Promosilah vokasional sebagai satu lagi aliran pembelajaran yang menjadi pilihan 70% daripada murid sekolah dan pelajar menceburinya, demi untuk membawa negara sebagai negara maju berpandapatan tinggi.
"murid yang cerdik akan melahirkan lebih ramai pekerja dan jawatan, tetapi murid yang pandai hanya mencipta satu kerja dan satu jawatan sahaja" petikan kata-kata Pengarah BPTV...
Subscribe to:
Posts (Atom)