Paparan

Search This Blog

Thursday, April 15, 2010

I Love U much

Teringat je dulu masa kat IAB ada lecturer yang omong Kluster sebagai "Kalau leka urus sekolah terabai rumahtangga". Kiranya takde la sampai terabai rumahtangga...dan belum pun sampai leka urus sekolah. Namun kadang-kadang mungkin the daily schedule very tight tiada masa untuk diri dan sembang hati ke hati dengan anak2.
Sometimes my mother complaint...kat rumah banyak makan membazir...roti, kerepek...keropok yang di goreng tak ada yang makan...bukan tak nak makan tapi tiada masa luang ..laisy time duduk enjoy tengok tv.....

Mungkin tiada masa rehat..anak-anak tak berapa sihat walaupun ambik supplementary. Anak sulong pernah mengadu sakit pinggang..kami bawa ke pusat rawatan annur di bangi dan juga lepas tu Azzaharah bangi...mungkin masa tu dr masih tak dapat kesan.

Seminggu ni sakitnya berulang dan makin serius...sakit perut katanya..kami bawa dulu klinik dan dr suspect appendiks...malam tadi kami bawa hospital dan dr nasihatkan operation adalah yang terbaik.

Ya Allah ku mohon agar anak ku sihat seperti sedia kala, ceria dan cergas...jika ada kesakitannya engkau pindahkan ya Allah kepada ku...kasihanilah anakku Ya Allah....

Kak in mama saaaaayang kak in...


Wednesday, April 14, 2010

Zakat Wajib

Menunaikan zakat sering kali di ambil ringan oleh segelintir atau mungkin ramai umat islam. Ust Abdul Halim Din semasa sesi tazkirah pada majlis penyampaian sumbangan bagi program sekolah angkat Lembaga Zakat Selangor menjelaskan Allah telah menyebut di dalam Al quran sebanyak 27 kali tentang kewajipan menunaikan solat dan zakat.

Walaupun kutipan LZS pada tahun 2009 berjumlah ratusan juta ringgit, namun jumlah pembayarnya hanyalah 10% sahaja daripada jumlah yang layak mengeluarkan zakat. Oleh itu belum sempurna iman seseorang sekiranya masih berkira dan kedekut untuk mengeluarkan zakat.

Dengan kemudahan potongan gaji dan kaunter zakat yang ada di setiap daerah di negeri selangor memudahkan umat islam melunaskan rukun islam yang ketiga ini.
Wang sumbangan tersebut telah dirancang untuk pembangunan insaniah dan kecemerlangan akademik pelajar2 asnaf. Semua aktiviti yang dirancang sudah pun dihantar kepada LZS.
Jadi program yang terdekat adalah Kem Jejak Taqwa pada 28/4-30/4 nanti, diikuti Motivasi Kecemerlangan akademik pada 3 Mei nanti. Anak2 asnaf juga akan dibekalkan buku rujukan, latihan dan dibimbing untuk cemerlang dalam akademik. Mudah2an sumber yang halal, niat yang baik Allah akan beri ganjaran kepada kecemerlangan anak2 asnaf agar kehidupan mereka akan berubah suatu hari nanti. InsyaAllah.

Sunday, April 11, 2010

The Renaissance Man

Membaca karangan penulis yang mengkesahkan mengenai Ungku A. Aziz atau Pak Ungku memberi satu inspirasi baru kepada pembaca. Pak ungku yang merupakan sepupu kerabat Diraja Johor mempunyai sejarah hidup yang tersendiri. Ibunya berbangsa turki telah meninggalkan dunia sewaktu Pak Ungku masih kecil. Walaupun berdarah raja namun jiwanya adalah jiwa rakyat.

Beliau di antara negarawan yang sentiasa memikirkan pembangunan rakyat kebanyakan. Penubuhan Tabung Haji, Gerakan Koperasi, dan perancangan DEB. Pemikiran beliau merentasi semua ilmu kerana sikapnya yang suka membaca. Dikisahkan beliau merupakan di antara rakyat Malaysia yang paling banyak membaca. Disiplin yang membaca ada pada dirinya, suka mengkaji, berfikir dan berusaha mencari ilmu baru menyebabkan beliau sentiasa ingin belajar.

Pak Ungku juga adalah pejuang bahasa melayu. VC UM yang ketiga ini berjuang memelihara pantun melayu. Semangat cintakan Bahasa Malayu diterjemahkan melalui pemikiran yang disampaikan dalam bentuk ceramah, penulisan, syarahan dan perbentangan kertas kerja seminar atau perbincangan mesyuarat. Antara pantun yang disebut ialah:

Kelapa puan di dalam jalur
Kelapa jantan dibuat titian
usaha pembangunan hendaklah jujur
supaya kemiskinan dapat dihapuskan

Pak Ungku sering menyeru agar orang melayu berubah sikap dari malas kepada lebih rajin, berjimat cermat dan suka menyimpan serta menghapuskan amalan berhutang. Dala hal ini pantun yang disebut ialah:

Paku ini paku landai
paku berasal dari Jawa
barang bini habis digadai
pinjam pula barang mentua

Dikisahkan Pak Ungku juga sentiasa mengetengahkan peranan wanita dalam meningkatkan ekonomi orang melayu dan membantu suami keluar dari kemiskinan. Antara pantu yang disebut ialah:

Petir guruh berselang-selang
Kilat menyambung di dahan jati
cantik sungguh tuan dipandang
tidak tertahan asyik di hati

Selain dari pantun Pak Ungku juga menyeru agar memelihara budaya tradisi dan muzik melayu seperti ghazal. Selama 20 tahun diamanahkan sebagai VC UM, Pak Ungku telah membawa kecemerlangan dan kemajuan kepada UM.

Saya beri 5 mata kepada buku ini.

Selamat membaca.