Paparan

Search This Blog

Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Di kuantan 11 pasangan dinikahkan pada tarikh bersejarah ini. Hari yang baik, jumaat segala penghulu hari.

Hari ini juga hari jadi saya..dah lama berfikir nak bercuti dan muhasabah diri.

rileks, refresh dan rethink selama hidup ini apakah yang sudah disumbangkan, berapa banyak amalan dah cukup ke pelaburan akhirat untuk membeli banglo di syurga, adakah sudah berperanan sebagai ibu yang dapat mendidik anak-anak sebagai penerus waris yang solehah dan soleh, atau sudah cukup ke persiapan diri menuju hari tua.

tapi yang dok angan-angan ada beberapa yang tak dapat buat...niat baik insyaAllah dimakbulkan jika tidak hari ini, besok, lusa atau bila-bila masa yang diizinkan Allah suatu hari nanti.

Biasa la di Dasar, EPRD jika tak energetik tak boleh tahan lama kerja di sini...balik jam 1 pagi biasa dan balik sambung lagi tidur 1 jam saja...sampai boss atasan puas hati dan siap sepenuhnya dibentang, capai keputusan dan sebagainya. Tapi bila selesai kita akan rasa puas hati...dan esok datang lagi...semuanya cukup mencabar dan perlu segera dan pantas.

Semalam dapat satu kerja dan hantar pagi ini. Habis la cuti-cuti Malaysia, malam tadi dah siapkan separuh dengan rakan sepejabat sampai jam 10.00 dan balik sambung, pagi tadi emel ke pejabat TPM.

Anyway terima kasih yang hantar sms ucap selamat hari jadi...pengetua lama pun hantar juga...bagus betul macam tu pemimpin sentiasa ingat anak buah...


Saturday, March 5, 2011

Aku Pasrah....

Setelah ma kembali ke Rahmatullah...kami adik beradik masih tidak tenang kerana dalam masa yang sama ayah juga dalam keadaan kritikal. Desakan ayah untuk mengambilnya membawa ke sini adalah panggilan Allah sebenarnya.

Hari Jumaat 25 Februari 2011 genap 40 hari ma meninggal dunia. Kami adik beradik merancang untuk membuat tahlil di rumah G pada hari sabtu agar saudara mara dapat hadir bersama.

Besoknya 26 Februari sabtu...kami beramai-ramai tahlil dalam keadaan sederhana. Lauk ku tempah dengan saudara yang mengusahakan katering di semarak...dan kami masak nasi saja. Adik Ipar ku Ida masak puding sebagai pencuci mulut. Jam 6 petang adik ku Izani mengkhabarkan ayah dipindahkan ke ICU kerana tidak sedarkan diri...virus dah mula menyerang otaknya..dan jantung....malam lepas tahlil kami adik beradik bergerak ke hospital....

Malam isnin Muaz ada tiusyen dan juga kelas di sekolah. " Bah...lepas ambil Muaz boleh g sepital tengok ayoh deh...? aku menelefon suami yang masih dalam perjalanan pulang meminta izin untuk melawat ayah.

Kesian adikku Izani yang jaga ayah di ICU....Hospital Putrajaya...kali ini aku bukanlah anak yang baik kerana tidak dapat menjaga ayah sepenuhnya seperti mana aku jaga ma...ada cerita sebenarnya ....tetapi terlalu pedih untuk diluahkan...biarlah ia terus sebati dalam jiwa....hilang ditelan masa....insyaallah...

Dari jauh ku lihat adik Mizi (G) dan Izani sedang berbual-bual dengan bapa pesakit ku kira yang sama-sama menunggu di luar pintu utama hospital...suami ku memberi salam....
rupanya pakcik tu sama menunggu anaknya di wad sebelum ni...Kami minta izin untuk naik ke ICU di tingkat 1.

Ayah....kenapa setelah 30 tahun datang untuk tinggal bersama kami untuk dijaga dihospital dan sekarang koma tidak sedarkan diri....sama seperti ma...berada di katil no 13 yang sama dan cara rawatan menggunakan bantuan pernafasan yang sama. Beep....beep...beep...bunyi semua mesin di dalam bilik itu menjadikan anggota ku lemah...air mata ku bercucuran....kenapa harus ku lalui saat-saat ini sekali lagi....bacaan Al quran ku tersekat-sekat.... suami ku memeluk bahuku untuk meredakan kesedihan....

Jam sudah menunjukkan 1 pagi..."Bah...kalau jadi apa2 ko ayoh...raso mace tok sir balik jah...."
aku meluahkan apa yang terbuku di hati...."Bakponyo.....balik la....sudah urus pengkebumian...kita balik la...." suami cuba memujuk...."tak tahu la...rasonyo tok sanggup nok hadapi....tok tahu ggapo hok nok jjadi kalu balik"

Kring....kring...kring....aku dikejutkan dengan panggilan telefon...jam menunjukkan 2.45 pagi....tak sampai satu jam mata terlelap...kenapasi zani ni telefon...ada apa dengan ayah...aku menelefon semula panggilan yang tak sempat ku sambut tadi.."Kak ayoh takdok doh kak...." Izani menangis teresak-esak aku tahu jiwanya memang sensitif...walau pun ayah jauh tapi dia dan ayah sentiasa dekat...dia anak dan adik yang baik....

Aku dan suami bergegas ke hospital...di sana adik beradik berlainan mak dah ada...mereka memang kebetulannya dah sampai pada hari ahad.

Allah yang maha menentukan segalanya.....ayah dimandikan di masjid dan bilik yang sama...di bawa dengan van jenazah yang sama dan dipandu oleh pemandu yang sama membawa jenazah ma balik ke kelantan. Apa lagi yang Allah nak tunjukkan supaya kita manusia berfikir....di kubur...semua saudara mara datang bersalaman dengan kami adik-beradik seolah-olah....ayah selama ini sehidup semati dengan ma....banyak cerita dan tafsiran yang dibuat oleh sedara mara...yang amat mengguris hati dan tak dapat lagi ku dengar....dari jauh ku lihat keluarga yang dua minggu dulu ibu tiriku....menyendiri dalam kelompok keluarga mereka....

"Emmm..la..Allah wi kelik ayoh mu..." tapi untuk dua minggu....setelah bekas isterinya membuangnya kerana sakit..dan anak-anaknya tidak mahu menjaganya kerana kerenahnya kala menanggung sakit....

adakah itu ada maknanya Ya Allah.....

Wednesday, October 20, 2010

Pemikiran Ke hadapan

Ramai yang berfikir hanya mengenai hari ini, Jarang-jarang yang berkira-kira tentang hari esok dan kadang-kadang pula yang melonjakkan pemikiran melihat lebih dari esok.

Namun, ramai yang sudah lupa ajaran agama syumul yang telah di bawa lebih dari 1400 tahun yang lalu. Kalimah-kalimah suci Allah jelas membawa pemikiran manusia melepasi lebih dari dunia kehidupan ini dan sentiasa relevan tanpa batasan masa.

Hari ini, jika anda menjadi pemikir kepada negara, pencetus perubahan kepada pendidikan negara atau pun pemangkin kepada reformasi politik negara...anda mungkin melonjakkan pemikiran jauh ke hadapan merentasi masa kini dengan penuh harapan.

Pemikir barat senantiasa menjual ide-ide baru yang menyebabkan kita menjadi pengguna ide yang taksub dan lupa kepada asas pegangan.

Walau apa pun peranan dan bidang kuasa yang kita bawa dan diamanahkan .....

jangan lupa di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung...

Thursday, April 15, 2010

I Love U much

Teringat je dulu masa kat IAB ada lecturer yang omong Kluster sebagai "Kalau leka urus sekolah terabai rumahtangga". Kiranya takde la sampai terabai rumahtangga...dan belum pun sampai leka urus sekolah. Namun kadang-kadang mungkin the daily schedule very tight tiada masa untuk diri dan sembang hati ke hati dengan anak2.
Sometimes my mother complaint...kat rumah banyak makan membazir...roti, kerepek...keropok yang di goreng tak ada yang makan...bukan tak nak makan tapi tiada masa luang ..laisy time duduk enjoy tengok tv.....

Mungkin tiada masa rehat..anak-anak tak berapa sihat walaupun ambik supplementary. Anak sulong pernah mengadu sakit pinggang..kami bawa ke pusat rawatan annur di bangi dan juga lepas tu Azzaharah bangi...mungkin masa tu dr masih tak dapat kesan.

Seminggu ni sakitnya berulang dan makin serius...sakit perut katanya..kami bawa dulu klinik dan dr suspect appendiks...malam tadi kami bawa hospital dan dr nasihatkan operation adalah yang terbaik.

Ya Allah ku mohon agar anak ku sihat seperti sedia kala, ceria dan cergas...jika ada kesakitannya engkau pindahkan ya Allah kepada ku...kasihanilah anakku Ya Allah....

Kak in mama saaaaayang kak in...


Friday, January 1, 2010

010110

Nombor 0 menandakan permulaan ujudnya 1 jasad manusia dari Adam.
0 juga beerti kita bermula dari yang tiada kepada 1 adanya kita.
0 menandakan ujudnya manusia dari rahim ibu membentuk kita 1 insan mulia
0 adalah bentuk bumi ini yang akhirnya kita 1 di alam alam barzakh
0 lah kita tanpa pencipta yang 1
0 lah kita hanya sujud dan beriman kepada agama yang 1
0 kita hari ini berdiri teguh esok dengan 1 kejayaan
0 juga adalah bulatkan tekad untuk cemerlang 1 hari nanti

0 dan 1 menanda umur kita sudah menginjak satu hari.
0 dan 1 menandakan ilmu bertambah lebih sedikit
0 dan 1 menandakan jasad dan nyawa pasti bersatu
0 dan 1 menandakan amanah Allah membesarkan anak2
0 dan 1 fitrah manusia inginkan lebih maju
0 dan 1 pasti berlalu...
yang pasti kita dari o juga akan menuju ke liang yang 1.

Saturday, December 12, 2009

Jauh beringat...dekat...cuai la pulak...

hu..hu..sedih betul...dari Nilai balik ke KB tak de pulak berlaku apa2 alhamdulillah semua ok. nak g cuci kereta yang berdebu sangat kat selang dua buah rumah je..alih-alih masuk longkang...

apa lagi tercabut sebelah bumper...sedih betul...

agaknya penat sangat...tak perati betul2...nasib pomen kat rumah murah je...pasang klip bumper semula..cuma RM50...kalau kat KL tak tau berapa mereka caj mungkin ratus2....

tapi ada le sikit calar kat bumper...kenapa cuai sangat ni???

Thursday, October 1, 2009

Tragedi Oktober...

Kejadian yang berlaku semalam seolah-olah merupakan amarah Allah kepada manusia....baca sahaja bait-bait kalimah Allah dalam surah Arrahman...darah pasti berderau...

dalam jangkamasa sehari semalam beberapa kejadian peringatan Allah yang diingatkan kepada manusia...gempa bumi di Padang, tsunami di Samoa, taufan ketsana di pantai timur yang sebelum ni melanda melumpuhkan Filipina dan bergerak ke Vietnam. Taufan ketsana juga telah menjejaskan penduduk di Pantai Timur iaitu Kelantan dan jertih terengganu. Di Kelantan sehingga Jeli dan Kuala Krai...ini bererti ribut yang datang membawa hujan sangat kuat sehingga ke tengah daratan...penduduk di Bachok, tumpat, dan deretan kedai PCB tentunya terjejas teruk.

marilah kita bersama berdoa dan sujud kepada kebesaran Allah. Jika kita masing-masing menjalankan tanggungjawab sepenuhnya sama ada sebagai ibu bapa, guru, ahli masyarakat, pemimpin politik dan sesiapa sahaja tentunya gejala sosial, maksiat dan perkara yang menjelekkan tidak akan berlaku.

Lihat la apa yang jadi dengan anak2 kita hari ini...remaja sekolah lelaki sudah beramai-ramai menjadi gay, anak dara kita tiada lagi segan silu mengajak lelaki untuk masuk ke rumah dan melakukan maksiat ketika keluarga semuanya ada di dalam rumah...ayah tidak lagi segan silu merogol anak sendiri, isteri tidak lagi segan silu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain malahan bukan islam, ibu tidak lagi kisahkan anak-anak, abang ipar sesuka hati menjadikan adik isteri sebagai pelacur murahan, anak-anak gadis yang masih bersekolah tidak lagi rasa berdosa dan bersalah menjual diri kerana kemewahan dan pelbagai lagi musibah yang diberitakan semenjak dua bulan kebelakangan ini.

Wallahuallam..