Paparan

Search This Blog

Showing posts with label PEMBANGUNAN PELAJAR. Show all posts
Showing posts with label PEMBANGUNAN PELAJAR. Show all posts

Thursday, April 29, 2010

Insan yang ehsan

Tiga perkara yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia yang disampaikan oleh jibrail melalui Rasulullah saw iaitu islam, iman dan ehsan. Anak-anak kita jika teguh melaksanakan rukun islam, tetap mempercayai ke semua rukun iman dan ada ehsan akan selamat serta hasanah dunia dan akhirat.

Ustaz Irwan dari USIM menjelaskan ehsan itu ialah "apabila engkau menyembah dan beribadat kepada Allah, seolah2 kamu melihat Allah. Sekiranya kamu tidak dapat merasakan melihat Allah, ketahuilah Allah melihat kamu".

Malam ni Kem Jejak Taqwa anak angkat Lembaga Zakat Selangor akan mengadakan malam keseniaan dan jam 4 pagi qiamullail..

InsyaAllah niat yang baik akan sampai ke hati anak2 kita dan menjadi amalan yang baik...

Hanya Allah yang memahami kepuasan hati jika dapat melaksanakan tanggungjawab mendidik anak2 ke jalan yang benar ....

Ya Allah berilah biar keputusan yang ku buat adalah kerana mu...

Sunday, April 25, 2010

Assalamualaikum usatazah !

Benarlah apa kata orang kita dilihat dari apa yang kita kerjakan....

Merancang untuk mengadakan kem kerohanian memang cabaran besar kerana bukan bidang kita sepenuhnya. Berkat pertolongan ustazah di sekolah yang di ambil pandangan dan mengajak untuk berbincang pengisian program memudahkan proses menyusun atur dan mencari penceramah serta fasilitator.

Berurusan dengan ustaz dan ustazah ni menaik taraf ke gelaran yang lebih baik. Pihak Lembaga Zakat Selangor yang di undang untuk merasmikan program fikir saya ialah ustazah, setelah berhubung beberapa kali

Yati : Assalamualaikum En. Kamaruddin...

LZS : Walaikumussalam...ha ustazah apa buleh saya tolong?

Yati : Hmmm (gelak) ...En Kamaruddin naik taraf hari ni panggil sayo usatazah...

LZS : Ha..ha..tok apo la kalu naik tage pung (orang kuala krai dio)

Minggu hadapan selama 3 hari Kem Jejak Taqwa diharapkan agar dapat memupuk kesedaran para pelajar anak2 asnaf seramai 40 orang untuk mengamalkan rukun islam dan iman sepenuhnya. Rata-rata ditanya amat menyedihkan islam hanya pada nama. Solat jarang-jarang ada yang tak ingat lagi bacaan dalam solat...dan ibu bapa bila di tanya mengiakan anaknya tak solat....susah kita nak tuduh adakah ibu bapa juga sedemikian..

Mudah2an Allah memakbulkan niat murni kita...kalau pun sebelum ini ustaz dan ustazah mengajar di kelas mereka tidak ambil peduli dan ada yang ponteng waktu agama, kali ini kem ini diharapkan memberi manfaat sepenuhnya kepada mereka, amin.

Wednesday, April 14, 2010

Zakat Wajib

Menunaikan zakat sering kali di ambil ringan oleh segelintir atau mungkin ramai umat islam. Ust Abdul Halim Din semasa sesi tazkirah pada majlis penyampaian sumbangan bagi program sekolah angkat Lembaga Zakat Selangor menjelaskan Allah telah menyebut di dalam Al quran sebanyak 27 kali tentang kewajipan menunaikan solat dan zakat.

Walaupun kutipan LZS pada tahun 2009 berjumlah ratusan juta ringgit, namun jumlah pembayarnya hanyalah 10% sahaja daripada jumlah yang layak mengeluarkan zakat. Oleh itu belum sempurna iman seseorang sekiranya masih berkira dan kedekut untuk mengeluarkan zakat.

Dengan kemudahan potongan gaji dan kaunter zakat yang ada di setiap daerah di negeri selangor memudahkan umat islam melunaskan rukun islam yang ketiga ini.
Wang sumbangan tersebut telah dirancang untuk pembangunan insaniah dan kecemerlangan akademik pelajar2 asnaf. Semua aktiviti yang dirancang sudah pun dihantar kepada LZS.
Jadi program yang terdekat adalah Kem Jejak Taqwa pada 28/4-30/4 nanti, diikuti Motivasi Kecemerlangan akademik pada 3 Mei nanti. Anak2 asnaf juga akan dibekalkan buku rujukan, latihan dan dibimbing untuk cemerlang dalam akademik. Mudah2an sumber yang halal, niat yang baik Allah akan beri ganjaran kepada kecemerlangan anak2 asnaf agar kehidupan mereka akan berubah suatu hari nanti. InsyaAllah.

Saturday, March 6, 2010

Buta pun boleh cemerlang dan hafaz Al Quran...Allahuakbar..




Minggu ini, seperti kata Macbeath semasa ucaptama Kongress ICSEI 2010 sekolah di Malaysia yang dilawatinya agak bising bukan kebisingan murid melakukan aktiviti pembelajaran di dalam kelas tetapi bising dengan pelbagai aktiviti dan program sampingan.

Betul la tu tok Macbeath...di Malaysia pelajar di sekolah bukan hanya belajar akademik semata tetapi juga pembentukan sahsiah dan ketrampilan diri melalui aktiviti kokurikulum.

Hujung minggu lepas kem kepimpinan pelajar. Isnin hingga jumaat kem Citra Ikbn pula melibatkan 43 orang pelajar di Komplek Rakan Muda Kelang...fuh migrain sampai pening cari tak jumpa. Rabu selepas kelas jam 10.30 bertolak dari sekolah meninjau perjalanan program di samping nak pastikan murid melibatkan diri dengan aktif dan berdisiplin. Maklumbalas En. Badrul dan Pn Faizah fasilitator program di ambil catatan agar dapat ditambahbaik disiplin dan sahsiah murid yang terlibat pada masa hadapan. Ambil kesempatan bincang partnership untuk program berikutnya.

Minggu ini juga sebenarnya ada sedikit salahfaham yang menyebabkan PPD turun dan memberikan bimbingan mengenai program pemulihan pelajar baru bermasalah yang dipindahkan dari sekolah lain seramai 17 orang (jan dan feb). Program pemulihan saya namakan pemutihan. InsyaAllah lepas cuti akan bermula. Tapi manpower mungkin masalah sikit...kertas cadangan hampir siap dan akan dipersembahkan kepada pihak pengurusan untuk kelulusan.

Ikutkan program dan aktivtii memang banyak dalam unit HEM, sangat perlukan kerjasama semua ahli...namun semua tidak faham pentingnya sahsiah murid yang cemerlang untuk meningkatkan kecemerlangan akademik.

Pagi tadi sambutan Maulidurrasul dijalankan dalam kesederhanaan tapi bermanfaat. Ustaz Zaifullah Jaafar Sidek dari JAIS yang menyampaikan ceramah amat berkesan di hati saya. Mudah2an berkesan juga di hati murid. Ustaz mengupas isu zina dan minum arak yang berkaitan dengan gejala sosial hari ini. Pendekatan yang digunakan dengan mengambil contoh terkini dan berkaitan dengan teknologi dan dunia remaja menarik minat murid.

Sekejap tadi bermula jam 9-11.30 mlm, kami sekeluarga mengikuti program motivasi yang dianjurkan oleh pusat tiusyen anak-anak di BB Bangi. Yang hebatnya dua penceramah jemputan merupakan OKU cacat penglihatan. Kedua-duanya memiliki kehebatan masing-masing. Saudara Mohd Hafiz sedang menyiapkan Phdnya dalam bidang Kaunseling dan merupakan satu-satunya kaunseling buta yang berdaftar di Malaysia. Sementara saudara Mohd Nor merupakan Hafiz Al Quran yang hanya mengambil masa 7 bulan menghafaz Al Quran.

Allahuakbar....tilik-tilik diri...muhasabah diri....kita yang ada cukup sifat ini membaca Al Quran pun boleh di bilang dengan jari....apa lagi menghafaz...dan Phd pun bayangnya tak nampak...

Maha suci Allah jika ada daya, usaha, istiqamah, kesungguhan, doa dan taqwa insyaAllah akan dimakbulkan apa jua hajat kita...

Mudah2an Allah meniupkan roh kesedaran ke dalam diri kita, anak-anak, para pelajar dan semua guru untuk berusaha memperbaiki diri menjadi lebih baik dalam amalan agama, pembelajaran dan pekerjaan agar hasanah dunia dan akhirat. Amin..

Saturday, February 27, 2010

Pemuda Harapan Bangsa Pemudi Tiang Negara

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara...agak lama kita tidak mendengar moto yang dulunya sering dilaung-laungkan oleh pemimpin dan juga diiklankan di TV. Agaknya mungkin hari ini tiada pengharapan seumpama itu disebut-sebut lagi maka anak-anak belia kita leka dan hidup dalam dunia khayalan mengejar keseronokan dan kemewahan yang sementara.
Sempena sambutan Maulidur Rasul ini penghayatan perjuangan Rasulullah saw dalam erti kata yang sebenarnya wajib diterapkan ke dalam jiwa sanubari anak-anak muda belia kita. Bermula hari ini sehingga ahad ini, seramai 60 orang pemimpin sekolah yang terdiri dari kumpulan terbesar pengawas, diikuti PSS, PRS, Koperasi, SPBT dan ketua tingkatan.

Pihak sekolah mengharapkan kem kepimpinan ini akan dapat memanfaatkan anak-anak dan menjadikan mereka pemimpin hari ini dan masa hadapan. Namun kem di sini tidak seperti kem yang sebenar. Di Kem SMA Gadong Jaya ini segala-galanya disediakan seperti makan minum dan tidur di dalam bilik dorm, Datang seolah-olah berehat dan bermain. Tidak sehebat cabaran berkhemah di hutan, masak sendiri dan tidur di dalam khemah. Satu hari kami merancang akan membawa mereka merasa kem yang sebenar tidur berbumbungkan langit, bersidaikan hutan, berdendang irama cengkerik dan fauna hutan dan gangguan nyamuk.

Teringat je masa mengikuti setiap perkhemahan semasa di sekolah dan di UKM. Memang seronok dan mencabar berkhemah di kaki gunung ledang dan hutan lipur ayer keroh paling seronok. Pengalaman sebegitu tiada di bilik darjah. Kem kepimpinan yang sebenar akan mengajar kita untuk bersedia mengambil tanggungjawab dan jati diri untuk boleh bekerja dalam suasana stress.